Pokok inai atau istilah saintifiknya Lawsonia Inermis yang berasal daripada keluarga Lythraceae adalah pokok yang banyak tumbuh di benua Asia dan Afrika terutamanya di kawasan beriklim tropika seperti India, Yaman, Tunisia, Mesir, Arab Saudi, Pakistan, Iran, Iraq, Turki, Somalia, dan Sudan.

Ketinggian pokok inai boleh mencapai 2.6 meter, mempunyai banyak ranting, berbunga, dan juga berbuah.

Pokok inai tumbuh dengan sihat pada suhu antara 11-45oC. Pokok inai boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan ranting dan biji benih.

 

Daun Inai
Penyemaian pokok inai menggunakan ranting pokok inai

Bagaimana daun inai menghasilkan warna merah?

Daun inai mengandungi sejenis molekul pewarna yang dinamakan Lawsone atau dalam istilah saintifik 2-hidroksil 1,4-naftakuinon yang tersimpan dalam bentuk isomer glukosida di dalam daun inai.

Warna inai yang merah terang tidak akan terhasil tanpa proses penyediaan yang betul.

Ini kerana lawsone tersimpan dalam daun inai dalam bentuk isomer glukosida.

Isomer glukosida akan menghasilkan aglikon dalam proses hidrolisis, dan aglikon akan bertukar kepada lawsone melalui proses pengoksidaan.

 

Isomer glukosida yang tersimpan dalam inai akan melalui proses hidrolisis dan bertukar menjadi lawsone.

 

Struktur molekul 2-hidroksil 1,4-naftakuinon

Warna semulajadi Lawsone adalah oren kekuningan. Apabila daun inai dicampur dengan air limau, lawsone yang terkandung dalam daun inai berubah warna kepada merah terang. Ini kerana lawsone adalah sangat sensitif pada pH.

Pada pH yang rendah, warna lawsone menjadi merah terang, tetapi akan berubah kekuningan apabila pH meningkat.

Disebabkan itu, adalah digalakkan menggunakan bancuhan air limau untuk membancuh daun inai.

Sedang mencari produk inai terbaik? Jom dapatkan di sini. (Klik)

Bagaimana inai mewarnai jari dan rambut?

Kulit, kuku, dan rambut mengandungi sejenis protein yang dinamakan keratin yang melidungi kulit, kuku, dan rambut dari kerosakan.

Keratin terhasil daripada sejenis sel yang dipanggil ‘keratinocyte’.

Apabila inai disapu pada bahagian kulit, kuku, atau rambut, molekul lawsone yang terdapat dalam daun inai, akan menyerap masuk ke dalam kulit, rambut, dan kuku dan berinteraksi dengan keratin dalam tindak balas kimia yang dipanggil ‘Micheal Addition’.

C9H5O2C=O + NH2-Keratin  C9H5O2C=N-Keratin + H2O

 

 

Ini akan menghasilkan warna inai yang tidak mudah luntur. Jadi, warna inai akan kekal lama pada kulit, rambut, dan kuku.

Kegunaan daun inai secara tradisional

  1. Inai biasanya digunakan untuk mewarna jari, dan rambut.
  2. Inai juga digunakan secara tradisional untuk meyihatkan dan menguatkan rambut.
  3. Dari segi perubatan, daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis.
  4. Merawat kuku jari yang sering pecah.
  5. Air inai juga digunakan untuk melegakan sakit kepala
  6. Inai digunakan untuk merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Nak tahu mengapa rambut terasa kasar apabila memakai inai? Baca sini.

Juga baca pandangan Jabatan Mufti Negeri Perak berhubung hukum pemakaian inai.

Sedang mencari produk inai terbaik? Jom dapatkan di sini. (Klik)

Rujukan:

  1. Chaudhary, G., Goyal, S. and Poonia, P., 2010. Lawsonia inermis Linnaeus: a phytopharmacological review. Int J Pharm Sci Drug Res2(2), pp.91-8.
  2. Gallo, F.R., Multari, G., Palazzino, G., Pagliuca, G., Zadeh, S.M.M., Biapa, P.C.N. and Nicoletti, M., 2014. Henna through the centuries: a quick HPTLC analysis proposal to check henna identity. Revista Brasileira de Farmacognosia24(2), pp.133-140.
  3. Nayak, B.S., Isitor, G., Davis, E.M. and Pillai, G.K., 2007. The evidence based wound healing activity of Lawsonia inermis Linn. Phytotherapy Research: An International Journal Devoted to Pharmacological and Toxicological Evaluation of Natural Product Derivatives21(9), pp.827-831.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.