Gelombang hallyu, hallyu wave ataupun Korean Wave merupakan sebuah istilah yang telah dicipta oleh wartawan Beijing bagi menggambarkan kebangkitan industri hiburan dan kebudayaan Korea pada era 90an. .

Kebangkitan ini bermula dengan tindakan pantas kementerian kebudayaan Korea Selatan yang mahu membangunkan kembali budaya lokal mereka dengan penglibatan lebih 300 jabatan berasaskan budaya di seluruh Korea Selatan.

Impak pertama yang boleh dilihat adalah Korea Selatan berjaya menghasilkan filem berbajet besar pertama mereka iaitu Shiri.

Bermula dari situ juga K-drama berjaya menembusi pasaran China lantas merasmikan terus gelombang hallyu.

Antara kejayaan terawal gelombang hallyu adalah penghasilkan drama Winter Sonata yang berjaya menakluk pasaran Asia Tenggara, India dan Jepun.

Korea tidak memandang ke belakang lagi apabila terus mempromosikan budaya mereka bagi memberikan pulangan lumayan kepada ekonomi negara.

Buat pengetahuan anda semua, pemerintah Korea Selatan sekali lagi melabur dalam projek “K-Culture” yang dipimpin oleh “3.0 Hallyu Generation” bermula sejak 2012.

Impaknya boleh dilihat dengan kadar segera apabila lagu Gangnam Style dan drama My Love From The Stars telah berjaya membawa gelombang hallyu menakluki seluruh dunia.

Situasi itu membuatkan nilai eksport produk-produk berkaitan hallyu meningkat sebanyak 1 peratus.

Ianya telah memberikan kesan yang besar kepada sektor perniagaan apabila gelombang hallyu dapat menghasilkan $4.87 bilion setahun lantas memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hallyu wave tidak terhenti setakat itu sahaja apabila industri hiburan berjaya menyumbang $9.48 bilion kepada ekonomi Korea Selatan ketika tahu 2018.

Malahan nilai eksport produk-produk berkaitan hallyu juga telah meningkat sebanyak 9.1 peratus berbanding tahun 2017.

Penyumbang terbesar kepada peningkatan tersebut adalah melibat beberapa industri seperti permainan video, muzik dan penyiaran yang bernilai $4.42 bilion.

Industri lain yang menyumbang adalah seperti pelancongan ($1.5 bilion), kosmetik ($1 bilion) dan makanan ($770 juta).

Memasuki tahun 2019, popularity BTS membuatkan kumpulan itu mampu memberi pulangan $4.65 bilion kepada ekonomi Korea Selatan.

Malahan, BTS sendiri menyumbang 0.3 peratus saiz keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan. Kumpulan ini dijangkan akan terus memberi pulangan sehingga $48 bilion kepada ekonomi Korea Selatan menjelang 2023.

Bukan itu sahaja, chaebol Korea Selatan juga turut mengambil kesempatan di atas kebangkitan gelombang hallyu bagi menjadikan produk mereka pilihan pelanggan.

Contoh terbaik adalah syarikat LG elektronik yang telah membawa artis Korea menjelajah dunia. Secara tidak langsung. Jenama syarikat mereka akan lebih terkenal dan mula digunakan oleh peminat fanatik artis Korea.

Persoalannya sekarang bagaimanakah industri hiburan Malaysia boleh mencontohi gelombang hallyu untuk mengeksport kebudaya negara kita ke luar?

Mungkin boleh bermula dengan kerjasama antara kementerian komunikasi dan multimedia (KKMM) dan kementerian pengajian tinggit (KPT) untuk menggunakan fakulti kebudayaan yang wujud di 20 universiti awam bagi memulakan kebangkitan.

Setelah tranformasi besar-besaran terhadap industri filem dan muzik terutamanya perlu dilakukan. Salah satunya adalah merapatkan jurang di antara arus perdana dan bawah tanah bagi menzahirkan kearifan tempatan.

Syarikat-syarikat besar di Malaysia juga harus memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi industri hiburan.

Mungkin di masa hadapan, kita dapat melihat Mydin dan Farm Fresh menaja beberapa kumpulan seperti Modread serta Oh Chentaku bagi melakukan konsert jelajah.

Artikel turut boleh dibaca di portal dan laman kewangan kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.