Bagaimana Gas Scarecrow Berfungsi?

0
1444
views

Scarecrow merupakan salah seorang dari rogues gallery Batman. Dr Jonathan Crane digelar sebagai Scarecrow kerana dia memakai sut yang terdiri daripada orang-orang. Apa yang menariknya tentang Scarecrow ini dia telah mencipta sebuah gas yang digelar sebagai Fear Gas ataupun Fear Toxin. Scarecrow juga pernah muncul di layar perak dalam filem Batman Begins (2005), The Dark Knight (2008) dan juga The Dark Knight Rises (2012). Dengan alatan neurotoxin-nya, Scarecrow mampu menewaskan musuh dengan halusinasi yang muncul dari ketakutan lawannya!

Dalam siri Gotham, Jonathan Crane telah disuntik dengan serum yang dicipta oleh ayahnya sendiri, Gerald Crane. Serum tersebut seperti yang diketahui umum, membangkitkan ketakutan seseorang itu sehinggalah seseorang itu mampu melawan ketakutannya sendiri. Jika subjek tidak dapat mengawal ketakutannya sendiri, cara untuk menamatkan ketakutan subjek mempunyai dua pilihan : Berani melawan ketakutan atau mati untuk menamatkan ketakutan. Kebanyakan subjek membunuh diri kerana tidak tahan dengan kesengsaraan sendiri. Halusinasi yang wujud di dalam fikiran kadangkala tidak dapat dibendung dan mampu mewujudkan keburukan terhadap diri sendiri.

Berlainan pula dengan Jonathan Crane, dia berjaya melawan ketakutannya sendiri terhadap orang-orang dan dia pula mengambil alter ego yang ditakutinya dahulu sebagai seorang supervillain. Motifnya hanyalah satu, untuk membuatkan rakyat Gotham bebas daripada ketakutan yang membelenggu mereka sendiri. Serum yang dahulunya hanya wujud sebagai cecair, Jonathan Crane telah menaiktaraf serum itu menjadi bentuk gas. Dari situlah Fear Gas wujud. Scarecrow juga menggunakan serampang sebagai senjatanya selain daripada sarung tangan jarum yang dipenuhi dengan Fear Liquid. Kadang-kadang dia juga menggunakan bom tangan yang isinya terdiri daripada Fear Gas.

Dari segi sains, Fear Gas mempunyai carbogen. Carbogen ialah gabungan daripada Karbon Dioksida dan juga Oksigen. Jika terhidu, gas tersebut akan menghasilkan tindakbalas di mana ia menipu otak kita untuk meningkatkan paras karbon dioksida di dalam darah dan pengurangan paras oksigen. Kita akan bernafas dengan pantas dan jantung kita berdegup kencang. Sesekali juga kita akan merasa ketakutan bahawa kita tidak dapat bernafas dengan sempurna.

Waqaf Saham

Ketakutan pada dasarnya bermula dengan tekanan di sekeliling dan akhirnya mewujudkan satu tindakbalas seperti jantung berdegup kencang, otot yang bertenaga (jika hendak melawan sesuatu ketakutan), dan bermacam-macam lagi. Tiada sesiapa memilih untuk menjadi seorang yang penakut. Ia berlaku akibat tindakbalas dari otak kita yang terdiri daripada thalamus, sensory cortex, hippocampus, amygdala dan juga hipotalamus. Kelima-lima bahagian otak ini yang mempengaruhi ketakutan kita sebenarnya. Kelima-lima bahagian otak ini secara ringkasnya :

Talamus – Membenarkan data dari deria kita ke sensory cortex
Sensory Cortex – Terjemahkan data yang dapat dari talamus
Hippocampus – Menyiman atau menerima memori sedar dan memproses deria untuk ketakutan
Amygdala – Menentukan sama ada stimuli yang kita terima bahaya ataupun tidak
Hipotalamus – Respons lawan ataupun lari (fight or flight response)

Ketakutan mengambil dua jalan yang berbeza sama ada High Road ataupun Low Road. Low Road sudah pastinya bertindak untuk lari tanpa berfikir dan High Road berfikir sebelum bertindak apabila menghadapi ketakutan. Yang menariknya, High Road dan Low Road ini bertindak dalam masa yang sama. Jadi, apa yang Fear Gas ini lakukan sebenarnya hanyalah mewujudkan halusinasi dan mempercepatkan tindakbalas ketakutan pada otak dari sudut perubatan. Motif Scarecrow ini secara asasnya perlu difahami dengan mudah, setiap orang menghadapi ketakutan dan kita perlu meyakinkan diri kita sendiri untuk berhadapan ketakutan kita sama ada kita mahu atau tidak.

Sumber :
Batman Arkham City (2011)
Gotham : The Fear Reaper 4×02 (2017)
How Does Fear Work? (2012) https://www.youtube.com/watch?v=uKvf-_Xy8pU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.