Pembendungan koronavirus menjadi susah kerana asal-usulnya daripada China. Jika virus ini timbul daripada Amerika Syarikat atau Eropah, seluruh dunia boleh bersiap-siaga atas ketelusan industri kesihatan mereka.

Tetapi birokrasi China yang kukuh menyukarkan usaha ini. China hanya memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tentang satu kluster kes radang paru-paru pada 31 Disember 2019.

Namun data kerajaan Xi Jinping membuktikan bahawa kes pertama direkodkan pada 17 November 2019 (Ma, 2020).

Antara 17 November dan 31 Disember ialah 45 hari. Peranan China dalam dunia globalisasi ini pun sangat besar. Maka perkara ini memangkinkan kecelakaan yang berlaku pada hari ini.

Selama itulah China dan Finland bertukar-tukar kedatangan – dari segi pelancong, peniaga dan pengunjung. Pada 28 Januari 2020, Finnair telah menggantungkan penerbangan daripada Finland ke Nanjing dan Beijing Daxing sehingga April.

Keesokan harinya pula, Finland bergegar. Seorang warga Wuhan yang melancong di Ivalo disahkan positif koronavirus. Wanita tersebut dikuarantin di Hospital Pusat Lapland dimana beliau sembuh sepenuhnya.

Tetapi Finland menganggarkan beliau telah menghantarkan virus kepada sekurang-kurangnya 24 orang. Sejak hari itu kes koronavirus semakin meningkat sehinggalah 9 April negara tersebut ditenggelami dengan 2,605 kes positif.

Tetapi sebenarnya, Finland dilabel sebagai negara paling bersedia untuk menangani koronavirus. Kalau dilihat dari segi peratusan penularan pun, Finland terbukti mengawalnya dengan baik.

­­­Finland mempunyai sifat “jaminan-isme” yang lain dari lain. Sifat sedemikian tidak ada dalam kalangan jiran Scandinavianya. Sejak Perang Dingin lagi, Finland sentiasa melengkapkan keperluan semasa.

Jadi Sanna Mirella Marin yang berusia 34 tahun membentuk kerajaan untuk budaya yang berpandang jauh.

Bersama Menteri Kesihatan (Aino-Kaisa Pekonen) dan Menteri Dalam Negeri (Maria Ohisalo), Sanna hanya perlu menguruskan kes semasa dengan kelengkapan mencukupi.

Finland tidak perlu bergelut untuk membuat topeng muka, sarung tangan dan pembersih tangan. Bahan api, bijirin makanan, peralatan pertanian dan bahan mentah untuk menghasil senj4t4 pun mencukupi juga (Anderson & Libell, 2020).

Jadi apabila kes sudah mendadak (sekitar 384 positif), Sanna menasihati Presiden Sauli Niinistö untuk mengisytiharkan darurat. Mereka menutup sekolah dan kemudahan awam.

Hanya 10 orang sahaja dihadkan menghadiri sebarang mesyuarat (yang tidak digalakkan pun). Warga asing diharamkan daripada memasuki hospital, terutamanya saudara-mara.

Dan Sanna mengisytiharkan persediaan untuk menutup sempadan.

Dasar-dasar ini bertujuan untuk memperlahankan penularan virus yang dijangka boleh mencecah 20-30 kali ganda daripada 500 positif pun.

Perintah berkurung sebegini tetap memberikan tempias buruk terhadap sosioekonomi rakyat. Maka Sanna mengumumkan pakej stimulasi untuk membantu perniagaan dan individu.

Sebanyak €25 bilion (10% daripada KDNK) dibelanjakan. Sepertimana kerajaan telah selama ini mengumpulkan stok, rakyat pun begitu juga. Barangan runcit dan kebersihan diborong secara panik.

Produk dalam tin, pembersih tangan dan kertas tisu pun dibeli dengan banyak. Sanna pun bersidang dalam parlimen bersama semua ahli-ahli parti termasuk pembangkang untuk mengaktifkan kuasa kecemasan yang lebih mutlak supaya koronavirus boleh dibendung lebih baik.

Tangan yang menghayun buaian sedang menggoncangkan dunia Finland. Sanna mengehadkan pergerakan sehingga 13 Mei, terutamanya di kawasan Uusimaa (Reuters, 2020).

Koronavirus telah mencabar pemimpin-pemimpin dunia untuk menjaminkan keselamatan rakyat. Setakat ini Sanna Marin telah mengstabilkan penularan koronavirus dengan hanya 59  kem4tian.

Selama dua bulan negara tersebut menghadapinya dengan tenang, cuma sehingga awal April hanya 300 orang sahaja disembuhkan.

300 sembuh daripada 3,064 positif daripada 46,000 ujian ialah satu jurang yang begitu besar.

RUJUKAN:

Anderson, C., & Libell, H.P. (2020, April 5). Finland, ‘Prepper Nation of the Nordics,’ Isn’t Worried About Masks. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/04/05/world/europe/coronavirus-finland-masks.html

Ma, J. (2020, March 13). Coronavirus: China’s first confirmed Covid-19 case traced back to November 17. South China Morning Post. Retrieved from https://www.scmp.com/news/china/society/article/3074991/coronavirus-chinas-first-confirmed-covid-19-case-traced-back

Reuters. (2020, April 9). Finland Confirms Coronavirus Restrictions in Place until May 13. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/reuters/2020/04/09/world/europe/09reuters-health-coronavirus-finland.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.