Bagi etnik Rungus. Aktiviti pertanian turut dikenali sebagai “mutagad om motungo” atau bermaksud berladang atau berkebun. Waktu yang baik bagi mula membersihkan tanah untuk tujuan bertani adalah bermula pada bulan Julai dan berakhir sehingga bulan April tahun berikutnya.

Kerja-kerja melibatkan penebangan pokok akan dimulakan sekitar bulan Ogos dan dibiarkan kering sehingga bulan September sebelum mula dib4kar pada bulan Oktober. Bulan Oktober juga akan menyaksikan etnik ini akan mula menanam sebarang jenis sayur-sayuran dan jagung.

RITUAL PENANAMAN PADI

Satu fakta menarik yang wajib kita ketahui kebanyakan daripada etnik Rungus hanya terlibat dalam penanaman padi huma atau dikenali sebagai tagad.

Etnik Pribumi di Sabah turut mahir dalam penanaman padi huma. Bagi etnik Rungus ia lebih dikenali sebagai tangad.

Seperti mana masyarakat KadazanDusun, etnik Rungus juga mempunyai cara tersendiri dalam m3muja semangat padi yang dinamakan sebagai Bambarazon. Awal pada ritual p3mujaan ini dimulakan menerusi adat “mangatod”. Adat ini mewajibkan pemilik tanah diiringi beberapa orang menghantar tepung beras dan tapai ke tapak penanaman sebelum kesemua hantaran ini kemudiannya akan dimakan.

Setelah itu pemilik tanah wajib menyediakan nasi yang dibungkus daun sebelum ditinggalkan untuk “dijamah” oleh Bambarazon. Ritual ini tidak tamat disitu sahaja. Upacara dikenali sebagai “mamapak” akan diadakan di rumah secara besar-besaran di mana haiwan seperti kh1nzir akan dis3mbelih sebagai korba4n.

Sirih pinang dan daging korb4n akan dipersembahkan dan sepanjang pawang wanita yang digelar Bobolizan membacakan mantera sambil menaiki sebuah pondok khas bagi upacara ini ianya akan diiringi dengan bunyi-bunyian daripada paluan gong dan taburan beras diiringi doa sehinggalah upacara selesai.

Seterusnya daging binatang korb4n yang telah dis3mbelih akan diagihkan ke seluruh penduduk kampung untuk dinikmati bersama.

Bobolian memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan tradisional sehari-hari etnik Rungus. Kredit foto,The Firebird Foundation.

MENGHASILKAN BERAS SECARA TRADISI

MONGOMOT

Secara umum penghasilan beras menggunakan kaedah tradisi etnik Rungus boleh lah dibahagikan kepada lima langkah utama. Langkah pertama dikenali sebagai mongomot atau mengetam padi yang akan menggunakan alatan yang dikenali sebagai linggaman.

Daripada rupanya sekali imbas menghasilkan linggaman kelihatan sangat mudah, hanya sekeping besi yang dibentuk seperti mata pisau yang kemudiannya dilekatkan ke sebatang kayu kecil.

Etnik Rungus mengetam padi menggunakan Linggaman. Alat mnuai yang sangat ringkas dan mampu bertahan selama tiga atau lima tahun sahaja.

Penghasilan linggaman barangkali tidak serumit alatan mengetam padi tradisi yang lazim digunakan kebanyakan etnik di Malaysia. Namun cabaran utama adalah dalam memastikan berapa lama ia mampu bertahan didalam simpanan pemiliknya. Bijak menyimpan dan menggunakannya ia mampu bertahan selama tiga sehingga ke lima tahun.

MONGOGIS

Seterusnya kaedah mengasingkan padi daripada sekamnya. Kaedah ini akan menggunakan alatan yang dikenali sebagai pongogis. Pongogis mestilah terdiri daripada material berbentuk leper dan tidak tajam seperti cengkerang kerang ataupun material moden seperti senduk makan, penutup botol atau gelen dan sebagainya.

Kaedahnya adalah dengan meletakkan padi pada bekas seperti penampi padi dan lain-lain dan dengan menggunakan pongogis menggerakkannya ke atas dan ke bawah pada biji-biji padi tadi bagi meleraikannya dari sekamnya.

MONGOGUI

Bagi menghilangkan getah pada biji padi yang telah dituai etnik Rungus telah menemui jalan penylesaian yang bijak menerusi kaedah mongogui ini. Kaedah ini lebih kepada menyangai atau ‘menggoreng’ tanpa minyak padi-padi yang telah selesai dipisahkan daripada sekamnya bagi mempercepat proses pengeringan.

Kaedah ini dikatakan lebih sesuai digunakan pada biji padi yang baru sahaja selesai dituai kerana akan menambah aroma wangi pada padi yang telah disangai. Bagi padi yang telah

disimpan lebih lama di tempat penyimpanan padi (lingkut) melebihi tempoh sebulan bahkan setahun kaedah monidang atau mengeringkan padi di bawah sinaran terik matahari adalah lebih sesuai.

Kaedah mongogui lebih sering dipilih kerana lebih pantas dan menjimatkan masa.

Ramai memilih menggunakan kaedah mongogui kerana disamping lebih pantas dalam mengeringkan padi dan mempercepat proses kematangannya, ia juga mampu menjimatkan masa dimana apabila menggunakan kaedah mongidang padi yang dijemur terpaksa dijaga daripada dimakan oleh ayam ternakan.

Proses ini juga dikatakan antara yang paling rumit dalam menghasilkan beras menggunakan kaedah tradisi dan selalunya pekerjaan ini akan dilakukan kaum wanita yang jauh lebih teliti dan mahir dengan kerja-kerja di dapur.

MONOTU/MONGOGILING

Selesai proses mengeringkan padi seterusnya kita akan beralih kepada proses menumbuk padi yang dikenali sebagai monotu parai. Memandangkan kerja ini melibatkan penggunaan gohulu ataupun lesung kayu yang sangat berat. Maka kudrat para lelaki sangat diperlukan bagi mengangkat dan menumbuk padi menggunakan pemegang gohulu yang juga sangat berat.

Kerja-kerja menumbuk padi lazimnya akan dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepat proses penghasilan beras. Gambar menunjukkan wanita etnik KadazanDusun sedang menumbuk padi bersama-sama.Kredit foto Sniper 44.

Lazimnya lelaki dan wanita akan terlibat dalam kerja-kerja monotu di mana lazimnya seramai empat orang akan bekerjasama menumbuk padi sehingga kulitnya terbuka dan menjadi beras.

MANGATAP

Selesai proses menumbuk padi tiba masanya untuk menampi beras tadi untuk diasingkan daripada hampas kulit padi. Proses ini menggunakan nyiru berbentuk bujur dikenali sebagai rolibu. Dedak padi turut dikenali sebagai tombilod.

Etnik Rungus dengan busana tradisi. Kredit Foto Enuvung Manisa.

MONIRI

Sebenarnya ada satu lagi langkah paling akhir dalam menghasilkan beras tradisi etnik Rungus namun dikatakan kaedah ini semakin pupus dimamah waktu. Sebaliknya hanya wanita lanjut usia dalam kalangan etnik ini yang dikatakan masih mahir menggunakan kaedah ini dalam mengasingkan beras daripada padi yang masih tersisa.

Selepas melalui proses yang sangat rumit lazimnya akan ada sesetengah padi ini yang gagal bertukar menjadi beras. Menerusi kaedah moniri rolibu atau nyiru berbentuk bujur akan dihayunkan ke kiri dan ke kanan bagi memisahkan beras daripada padi. Beras akan kehadapan sementara padi akan ke belakang.

Gadis etnik Rungus yang mahir menggunakan kaedah moniri perlu mempelajari teknik berkenaan untuk satu jangka waktu yang agak lama sebelum benar-benar mahir.

Sekali pandang nampak mudah, namun bagi menguasai teknik ini memerlukan kemahiran yang dipelajari untuk satu tempoh masa yang bukan sedikit. Kelebihan daripada kaedah moniri kita tidak perlu mengasingkan padi dan beras satu-persatu. Sebaliknya kita boleh menjimatkan masa dan langsung memasak beras yang telah siap untuk dinikmati.

PENUTUP

Tidak dinafikan kehidupan moden telah banyak meminggirkan kita daripada cara hidup tradisi yang pernah diamalkan nenek moyang kita satu masa dahulu. Namun masih belum terlambat bagi kita untuk mempelajari, mencintai dan berbangga dengan budaya dan warisan kita selagi tidak bercanggah dengan anutan yang kita yakini saat ini sebelum kelak ia musnah ditelan zaman. Selamat menyambut pesta Kaamatan.

RUJUKAN :

  1. Johan Johnes, Ros,iza M.Z, Jabil Mapjabil, 2019, Kaedah tradisional dalam penghasilan beras oleh etnik Rungus, Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah
  1. Adat resam dan budaya kaum Rungus : Adat persiapan penanaman benih padi, jabatan kebudayaan dan kesenian negara (https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/426)

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.