Dalam kebanyakan disiplin ilmu mahupun sistem, pasti akan mempunyai pusatyang bertindak sebagai asas kepada segala galanya. Sebagai contoh, teologi Islam mempunyai rukun Iman dan rukun Islam. Fizik tak mempunyai sebarang pusat, tapi sekiranya kalau ia ada, barangkali pusat tersebut ialah Teori Segala-Galanya. Dalam disiplin biologi, pusat tersebut ialah dogma pusat.

Jadi, apa dia dogma pusat? Ia merujuk kepada bagaimana bahan terasas biologi, yakni DNA mewujudkan hidupan. Untuk mewjudkan DNA, kita perlukan interaksi kimia. Bermula dengan wujudnya partikel dan cas, partikel elemen mampu berinteraksi dan mewujudkan bahan kimia.

Bahan kimia ini pula akan berinteraksi lagi untuk mewujudkan bahan kimia lain. Sebagai contoh, interaksi 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen akan mewujudkan air (H2O). Interaksi nukleosid dan kumpulan fosfat melahirkan nukleotid, bahan asas kepada DNA dan RNA. DNA sebagai pusat data maklumat genetik, RNA sebagai salinan maklumat DNA dan protein sebagai hasil produk terjemahan maklumat RNA.

Dalam setiap sel haiwan dan pokok, kita mempunyai DNA dalam sel masing masing. Untuk mempermudahkan pemahaman pembaca berkenaan dogma pusat. Bayangkan anda merupakan seorang chef yang mahir dalam pelbagai resepi. Katakanlah pelanggan anda mahukan sejumlah besar kek strawberi. Maka, anda pun menulis resepi kek strawberi pada sehelai kertas dan berikannya pada pekerja anda untuk dihasilkan.

Begitu jugalah dengan dogma pusat. Chef ialah DNA, kertas resepi ialah RNA dan kek strawberi ialah protein. Sekali lagi, untuk senangkan pemahaman, katakanlah darah kita ni pekat sangat dengan gula. Otak kita (pelanggan) akan kesan benda ni dan bagitahu sel pankreas tentang masalah ini. DNA pada sel pankreas akan melalui proses transkripsi RNA di mana sebahagian maklumat genetik tentang resepi buat insulin akan dicetak keluar.

RNA itu pula akan diterjemah oleh ribosom untuk menghasilkan protein hormone insulin. Jadi, kita boleh nampak jelas perkaitan DNA -> RNA -> protein. Benda yang sama juga terjadi pada proses kejadian manusia daripada ovum dan sperma. Daripada DNA, kepada RNA, kepada protein dan seterusnya penciptaan organ, sistem dan akhirnya organisme.

Melalui proses ini, agak agak anda boleh teka tak macam mana kita boleh dapat penyakit genetik dan kegagalan organ? Dalam kebanyakan kes disebabkan permasalahan dogma pusat inilah, terutamanya DNA.

Bila DNA cacat, maka RNA pun cacat dan produk protein yang dihasilkan jadi lain. Contoh je la, kod transkripsi asal RNA untuk buat bahan pembeku darah ialah ‘M U R A I’. Disebabkan DNA tu cacat, kod RNA tu pun cacat menjadi ‘P U * A I’ dan produk yang dihasilkan ialah protein pencair carah.

RUJUKAN:

Ben-Tabou de-Leon S, Davidson EH (2007). “Gene regulation: gene control network in development” (PDF). Annu Rev Biophys Biomol Struct. 36 (191): 191–212. doi:10.1146/annurev.biophys.35.040405.102002. PMID 17291181.

Crick, F. (1970). Central dogma of molecular biology. Nature227(5258), 561-563.

Gottlieb, G. (1998). Normally occurring environmental and behavioral influences on gene activity: From central dogma to probabilistic epigenesis. Psychological review105(4), 792.

Lodish, Harvey (2000). Molecular Cell Biology (4th ed.). New York: W. H. Freeman. Section 14.2. ISBN 978-0-7167-3136-8.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.