https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bagaimana Despacito Jadi Video Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah Di Youtube?

6,053

Dengan jumlah tontonan sebanyak 6.8 bilion selama 3 tahun, dan masih lagi meningkat…

“Despacito” bermaksud “perlahan” dalam bahasa Sepanyol – namun peningkatan popularitinya tidak pula perlahan…

Video itu melepasi 3 bilion tontonan dalam masa 203 hari selepas pelancarannya, menjadikannya video paling banyak dilihat. Tetapi tiga tahun kemudian, ia masih memegang tajuk video paling banyak dilihat di YouTube.

Dengan tontonan melebihi 6.8 bilion dan populasi dunia 7.8 bilion, adalah selamat untuk mengatakan hampir setiap orang di planet tahu lagu yang saya bicarakan petang ini.

Walaupun ianya sangat berhasil di Mexico (385 juta tontonan), daya tarikan lagu ini meluas ke tempat-tempat di mana bahasa Sepanyol bukan bahasa pertama atau bahkan kedua, malah Itali (seramai 146 juta), Indonesia (seramai 41 juta) dan Israel (seramai 18 juta) .

Despacito adalah lagu berbahasa Sepanyol pertama yang berjaya memasuki senarai teratas Billboard Hot 100 sejak tahun 1996.

Daya tarikan antarabangsa “Despacito” – adalah mungkin satu aspek yang paling menarik dan kenapa ianya semakin meningkat naik (pada waktu ianya dilancarkan). Walaupun pada waktu itu Justin Bieber ‘cuba’ membantu memberikan lagu itu sebagai penambahbaikan global dengan remix yang penuh dengan lirik bahasa Inggeris, walaubagaimanapun versi yang asli dari Sepanyol terus menjadi versi yang paling popular. Ia seperti membuang petrol ke api yang sudah tidak terkawal.

Tetapi persoalannya bagaimana itu berlaku?

Apa yang berlaku dalam 4 minit dan 41 saat ini yang menjadikan kejayaan lagu ini begitu luar biasa?

Apa yang istimewa dari lagu yang bahkan tidak ada dalam bahasa Inggeris, bahasa yang paling banyak digunakan di dunia?

Izinkan saya menerangkannya kepada anda, tumpang lalu kejap…

1. Psikologi Muzik yang Baik

Menurut kajian berasaskan sains neuro(1), muzik, secara umum, membangkitkan kenangan peribadi yang mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan emosi positif yang lebih kuat daripada rangsangan lain.

Yang paling ketara, para penyelidik mendapati bahawa muzik berentak ‘upbeat’ (seperti lagu tarian) dapat meningkatkan mood seseorang.

β€œπΌ π‘€π‘Žπ‘›π‘‘ π‘‘π‘œ π‘€π‘Ÿπ‘–π‘‘π‘’ π‘šπ‘’π‘ π‘–π‘ π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘Žπ‘›π‘›π‘œπ‘’π‘›π‘π‘’π‘  π‘‘π‘œ π‘¦π‘œπ‘’ π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘¦π‘œπ‘’ π‘π‘Žπ‘› 𝑓𝑒𝑒𝑙 π‘ π‘œπ‘šπ‘’π‘‘β„Žπ‘–π‘›π‘”. 𝐼 π‘‘π‘œπ‘›β€™π‘‘ π‘€π‘Žπ‘›π‘‘ π‘‘π‘œ 𝑑𝑒𝑙𝑙 π‘¦π‘œπ‘’ π‘€β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘‘π‘œ 𝑓𝑒𝑒𝑙, 𝑏𝑒𝑑 𝐼 𝑗𝑒𝑠𝑑 π‘€π‘Žπ‘›π‘‘ π‘¦π‘œπ‘’ π‘‘π‘œ β„Žπ‘Žπ‘£π‘’ π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘œπ‘ π‘ π‘–π‘π‘–π‘™π‘–π‘‘π‘¦ π‘œπ‘“ 𝑓𝑒𝑒𝑙𝑖𝑛𝑔 π‘ π‘œπ‘šπ‘’π‘‘β„Žπ‘–π‘›π‘”.”
β€” Hans Zimmer, German film score composer

Inilah titik penting untuk diingat: Pendengar nampaknya sangat menginginkan sesuatu yang berbeza dari apa yang mereka dengar, namun masih biasa – dan “Despacito” menawarkan sesuatu yang tepat.

Sebagai manusia, kita mempunyai keperluan semula jadi untuk pembaharuan tetapi juga untuk keselesaan dan kedua-duanya sering bertentangan antara satu sama lain.

Kita mendambakan perubahan dan pengembaraan namun secara evolusinya manusia cenderung untuk berada dalam zon selesa kita dan percaya bahawasanya….β€œthe known devil is better than the unknown angel.”

Itulah rahsia – keseimbangan kedua elemen ini.

2. Evolusi Keutamaan Muzik

Untuk memahami sepenuhnya mengapa orang menyukai “Despacito”, anda harus memahami keadaan muzik pop semasa di Amerika. Jika kita melihat arah muzik popular dalam beberapa tahun terakhir, pengaruh Latin dan reggaeton semakin berleluasa dalam muzik Amerika dan global – lagu “Sorry” oleh Justin Bieber dan lagu “Cheap Thrills” oleh Sia misalnya.

(sebut misalnya boleh ikut gaya Ustaz Jusoh TIKL…maaf ye ustaz)

Pada peringkat teknikal, kita dapat melihat melodi dan progres akordnya dan mengenal pasti beberapa sebab mengapa lagu ini sangat disukai. “Despacito” adalah gabungan reggaeton gaya muzik yang berasal dari Puerto Rico, dan pop.

Selama lapan atau sembilan tahun kebelakangan ini, muzik pop Amerika hampir sama dengan muzik tarian elektronik (Electronic Dance Music – EDM). Dan apabila semuanya mulai kedengaran hampir sama, orang mulai menginginkan sesuatu yang baru. “Despacito” adalah gabungan reggaeton dan pop, yang membuatnya sesuai dengan kriteria untuk “keseimbangan yang tepat” yang saya jelaskan sebelumnya.

β€œπ΅π‘’π‘‘π‘€π‘’π‘’π‘› π‘‘β„Žπ‘’ π‘ π‘šπ‘œπ‘œπ‘‘β„Žπ‘›π‘’π‘ π‘  π‘œπ‘“ 𝑖𝑑𝑠 π‘π‘Žπ‘π‘˜π‘–π‘›π‘” π‘–π‘›π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘Žπ‘™π‘ , 𝑖𝑑𝑠 π‘šπ‘–π‘‘π‘‘π‘’π‘šπ‘π‘œ π‘”π‘Ÿπ‘œπ‘œπ‘£π‘’, π‘Žπ‘›π‘‘ 𝑖𝑑𝑠 π‘Ÿπ‘’π‘π‘’π‘‘π‘–π‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘Žπ‘›π‘‘ π‘£π‘’π‘Ÿπ‘¦ π‘“π‘Žπ‘šπ‘–π‘™π‘–π‘Žπ‘Ÿ π‘β„Žπ‘œπ‘Ÿπ‘‘ π‘π‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘’π‘ π‘ π‘–π‘œπ‘›, 𝑖𝑑’𝑠 π‘Žπ‘  𝑖𝑓 π‘‘β„Žπ‘’π‘¦β€™π‘£π‘’ π‘Ÿπ‘’π‘šπ‘œπ‘£π‘’π‘‘ π‘Žπ‘›π‘¦π‘‘β„Žπ‘–π‘›π‘” π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘π‘œπ‘’π‘™π‘‘ π‘‘π‘–π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘‘ 𝑒𝑠 π‘“π‘Ÿπ‘œπ‘š π‘‘β„Žπ‘’ π‘–π‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ π‘£π‘œπ‘–π‘π‘’, π‘‘β„Žπ‘’ π‘šπ‘’π‘™π‘œπ‘‘π‘¦, π‘Žπ‘›π‘‘ π‘‘β„Žπ‘’ π‘™π‘Žπ‘›π‘”π‘’π‘Žπ‘”π‘’.”
β€” Alex Reed, an associate professor of music theory

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci tetapi jika anda ingin melihat melodi β€œDespacito”, Reed(2) telah memecahkan semuanya dari segi irama, lagu, dan masa melodi.

3. Muzik Video “Despacito”
Walaupun komposisi muzik adalah tarikan utama pertunjukan, video itu pasti menyumbang kepada kejayaan lagu hit tersebut. Secara mudah saya katakan, sekiranya trek muzik adalah burger, video adalah kentang goreng.

β€œπ‘‡β„Žπ‘’ 𝑏𝑖𝑔𝑔𝑒𝑠𝑑 π‘β„Žπ‘Žπ‘™π‘™π‘’π‘›π‘”π‘’ π‘€π‘Žπ‘  π‘šπ‘Žπ‘˜π‘–π‘›π‘” π‘Ž π‘£π‘–π‘‘π‘’π‘œ π‘π‘Ÿπ‘’π‘‘π‘–π‘π‘™π‘’ π‘“π‘œπ‘Ÿ πΉπ‘œπ‘›π‘ π‘–, π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘’π‘šπ‘π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘’π‘  π‘‘β„Žπ‘’ π‘’π‘Ÿπ‘π‘Žπ‘› π‘€π‘œπ‘Ÿπ‘™π‘‘ π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘Œπ‘Žπ‘›π‘˜π‘’π‘’ π‘π‘œπ‘šπ‘’π‘  π‘“π‘Ÿπ‘œπ‘š, π‘Žπ‘›π‘‘ π‘Žπ‘‘ π‘‘β„Žπ‘’ π‘ π‘Žπ‘šπ‘’ π‘‘π‘–π‘šπ‘’, π‘ β„Žπ‘Žπ‘Ÿπ‘’π‘  π‘‘π‘–π‘“π‘“π‘’π‘Ÿπ‘’π‘›π‘‘ π‘π‘œπ‘–π‘›π‘‘π‘  π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘’π‘™π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘’ π‘ π‘’π‘Žπ‘šπ‘™π‘’π‘ π‘ π‘™π‘¦ π‘Žπ‘šπ‘œπ‘›π‘” π‘‘β„Žπ‘œπ‘ π‘’ π‘’π‘™π‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘ .”
β€” Carlos Perez(3), the director of the music video

Bagi para pencipta, cita-cita artistik di sebalik video muzik adalah menyusun ayat-ayat cinta dalam bentuk visual ke lokasi tertentu, seperti di Puerto Rico.

Dengan menggunakan gabungan psikologi warna dan trend budaya yang popular, video muzik ini menarik dan tampak lebih dari sekadar biasa.

Apa yang disebut sebagai “pallet warna terbakar” (burning color pallet) yang digunakan untuk gambar mempunyai alasan psikologi di belakangnya. Penyelidikan menunjukkan(4) bahawa nada hangat dan tropis seperti merah dan oren menjadikan penonton bertenaga dan teruja. Warna merah juga telah terbukti berkaitan dengan hasrat seksual dan daya tarikan.

Nada terang dan bertekstur, dan tambahan penari yang menarik dan anda mempunyai video muzik yang ideal yang menarik perhatian penonton dan membuat mereka cukup teruja untuk menontonnya berulang kali.

4. Kekuatan Muzik

Kesukaran untuk berusaha menjelaskan muzik dengan kata-kata adalah bukti yang berpotensi bahawa muzik adalah bahasanya sendiri. Jadi mungkin, salah satu cara melihat muzik adalah melihatnya sebagai kekuatan budaya yang sangat kuat yang mengisi kekosongan yang kita rasakan di seluruh dunia.

Muzik yang baik menghubungkan jiwa. Ini membuktikan bahawa anda tidak bersendirian, bahawa ada orang lain yang mengalami kehidupan dengan momentum yang sama.

Walaupun lagu ini seperti tidak memenuhi tujuan mendalam pada pandangan pertama, lagu ini menghubungkan kita semua dalam pencarian kebahagiaan dan keinginan kita untuk merasakan kesatuan.

“Despacito” adalah seperti bisikan di telinga pada skala global yang semestinya membuatkan penderngar menari – yang membuat anda memikirkan tentang cahaya suria, pasir, keringat, dan seksualiti. Fikirkanlah, hanya gambaran mental 6.8 bilion manusia yang menari dan menyanyikan lagu yang sama adalah mercu harapan yang harus kita tempuhi dalam dunia yang menjadi semakin kacau bilau.

Muzik sebenarnya adalah bahasa umum di dunia. Boleh dikatakan muzik adalah satu bentuk seni yang mewakili keinginan setiap manusia. Ia mempunyai kemampuan untuk mewujudkan persefahaman dan satu kebahagiaan yang mampu untuk menyatukan kita semua.

Kalau tak percaya, boleh lihat bagaimana lagu Standing In The Eyes Of The World (yang dinyanyikan oleh Ella pada Sukan Commonwalth 1998), dinyanyikan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia tempoh hari(5) – dan semestinya ianya satu lagi karya seni yangΒ hebatΒ dihasilkan oleh komposer tempatan dan luar negara iaitu Datuk Wah Idris, Habsah Hassan dan David Gates.

RUJUKAN:

1. The Effect of Memory in Inducing Pleasant Emotions with Musical and Pictorial Stimuli.Β  https://www.nature.com/articles/s41598-018-35899-y

2. How β€œDespacito” became the biggest song of 2017.Β  https://www.vox.com/culture/2017/8/18/16112710/despacito-biggest-song-of-2017-bieber-fonsi-daddy-yankee

3. Watch ‘Despacito’ Director Carlos Perez Discuss Success of Video: ‘We Reached the Globe in Spanish’. https://www.billboard.com/articles/columns/latin/8383862/despacito-video-director-carlos-perez-interview

4.Color and psychological functioning: a review of theoretical and empirical work.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4383146/

5. #Showbiz: New recording of Ella’s ‘Standing In The Eyes Of The World’ marks US Independence Day celebration in KL. https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2020/07/605719/showbiz-new-recording-ellas-standing-eyes-world-marks-us

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.