Bagi mereka yang peminat bola sepak, tidak ada rahsia lagi bahawa Liverpool kini sedang bermain bola sepak dalam keadaan terbaik, sepertimana yang dilihat pada tahun ini (mereka kini menduduki tangga teratas Liga Perdana, dengan mendahului 13 mata dan tidak kalah dalam perlawanan Liga Perdana musim ini) .

Mereka menggabungkan banyak analisis data ke dalam keputusan korporat dan taktikal yang mereka buat, tetapi sukar untuk mengukur berapa banyak yang telah menyumbang kepada kejayaan mereka.

Satu contoh bagaimana Liverpool menggunakan data secara totaliti adalah melalui Ian Graham, Ketua Penyelidikan di Liverpool FC, yang telah membangunkan pangkalan data lebih dari 100,000 pemain dan telah menjejaki kemajuan mereka.

Ini telah digunakan di Liverpool untuk menilai pemain mana yang harus diperoleh dan bagaimana mereka harus digunakan di kelab.

Dari segi keputusan taktikal, acara yang paling menonjol untuk kegunaan data secara bijak ialah dalam perlawanan Semi Final Liga Juara-Juara (ke-2 mereka) menentang Barcelona pada 2019. Permainan ini sangat besar, di mana Liverpool kembali dari kedudukan 0-3 dalam separuh akhir pertama untuk memenangi 4-0 di separuh akhir ke-2, dan memenanginya dengan agregat 4-3.

Matlamat kemenangan adalah impian sebenar untuk peminat Liverpool. Liverpool 3-0 dan memerlukan satu lagi gol untuk kemenangan agregat.

Pasukan data analisis telah memberitahu jurulatih bagaimana mereka telah melihat banyak kali di mana Barcelona lebih perlahan daripada pasukan lain untuk membentuk “set-piece” dalam tendangan sudut tertentu.

Dengan maklumat ini, jurulatih memberitahu “ballboy” untuk mendapatkan bola kepada pemain Liverpool secepat mungkin pada kawasan ‘corner”.

Ianya memberikan satu kelebihan besar di kawasan yang disebutkan. “Ballboy” melemparkan bola ganti kepada Trent Alexander-Arnold (mengambil sudut) sementara boa sebelumnya ditendang keluar padang. Trent, dengan intuisi yang luar biasa, menyedari Liverpool sudah bersedia tetapi Barcelona masih sedang buat ‘set-up’. Dia cepat menyeberangi bola kepada Divock Origi (yang sepertinya tidak tahu apa yang sedang berlaku), dan dia sepak masuk ke gawang pintu gol untuk memenangi perlawanan untuk Liverpool.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Business Analyst untuk program digital transformasi sektor kerajaan dan korporat. Digital first adalah keutamaan pada masa sekarang. Baru berjinak dalam bidang Cybersecurity sebagai Intelligence & Security Analyst

Comments are closed.