Sistem suria terletak di dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way) dan matahari merupakan pusat sistem suria. Dalam galaksi Bima Sakti, terdapat sekitar 250-500 bilion bintang. Setiap bintang itu pula mempunyai sekurang-kurangnya satu planet mengelilinginya. Sistem suria terbentuk kira-kira 4.57 bilion tahun yang lalu – bermula daripada pembentukan matahari.

Matahari ialah bintang yang terhasil daripada kemusnahan awan gas dan habuk angkasa yang dipanggil sebagai “nebula suria” (solar nebula) – salah satu jenis awan antara bintang (interstellar cloud). Nebula suria terdiri daripada pelbagai molekul dan jirim dan mempunyai keluasan sehingga 65 tahun cahaya. 1 tahun cahaya bersamaan 9.461 trillion kilometer.

Pada suatu hari, gelombang kejut (shock wave) akibat daripada letupan supernova telah memicu pembentukan matahari. Gelombang kejut tersebut telah mengakibatkan berlakunya mampatan pada jirim-jirim dalam nebula. Mampatan itu telah mengakibatkan serpihan daripada nebula musnah, lalu menghasilkan graviti.

Kemunculan graviti pula telah mengakibatkan nebula mula berputar. Molekul-molekul dan jirim-jirim disedut ke pusat graviti. Apabila semakin banyak jirim berkumpul pada satu pusat, graviti turut meningkat kuat akibat bertambahnya jisim.

Kekuatan graviti itu bergantung kepada kekuatan jisim suatu objek. Semakin tinggi jisimnya, semakin tinggi gravitinya. Graviti yang kuat telah menyebabkan nebula suria berputar dengan lebih laju sehingga strukturnya menjadi rata seperti cakera (disc). Graviti dan tekanan yang tinggi pada teras nebula telah mencetuskan proses pelakuran nuklear. Akhirnya terbentuklah matahari.

Gambaran sistem suria pada peringkat awal sebelum pembentukan planet-planet.

Matahari mempunyai diameter seluas 1,391,106 km (radiusnya 695,508 km) dan isipadu sebesar 1,300,000 kali ganda daripada isi padu bumi serta mempunyai jisim seberat 333,000 kali ganda daripada bumi.

Matahari terdiri daripada banyak unsur kimia, tetapi majoritinya ialah gas hidrogen dan helium. Selebihnya, matahari terdiri daripada unsur berat yang kurang daripada 2% seperti unsur besi, karbon dan neon. Setiap saat, matahari telah membakar 600 juta tan hidrogen menjadi helium, seterusnya menukarkan empat juta tan jirim menjadi tenaga.

Cahaya matahari mengambil masa sekitar 170,000 tahun untuk bergerak dari teras hingga ke permukaan. Tetapi mengambil masa lapan minit sahaja untuk bergerak dari permukaan ke bumi. Teras matahari mempunyai suhu sekitar 15 juta darjah Celsius. Namun suhu permukaan matahari pula lebih sejuk berbanding terasnya, iaitu sekitar 5,500 darjah Celsius.

Selepas matahari, planet-planet lain dalam sistem suria terbentuk hasil daripada lebihan habuk nebula suria. Lebihan ini berputar mengelilingi matahari dalam bentuk serpihan jirim-jirim. Lama kelamaan, serpihan jirim-jirim tersebut berlanggar antara satu sama lain, lalu membentuk gumpalan.

Bumi purba mengambil masa sekitar 10-20 juta tahun untuk terbentuk dan merupakan planet ketiga daripada matahari. Sebanyak lapan buah planet terbentuk iaitu Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus dan Neptun (Neptune). Sistem solar juga mempunyai planet-planet kerdil seperti Pluto, Eris dan Ceris, selain lebih 150 buah bulan dan jutaan asteroid.

Planet-planet dalam sistem suria.

Susunan planet-planet dipengaruhi oleh pembentukan sistem suria itu sendiri. Oleh sebab hanya jirim-jirim batuan sahaja yang dapat bertahan daripada haba yang dihasilkan matahari, maka empat planet pertama di dalam sistem suria terdiri daripada planet-planet yang berbatu, termasuklah bumi.

Jirim atau bahan seperti ais dan gas berada lebih jauh daripada matahari. Sebab itulah planet gergasi seperti Musytari dan Zuhal kaya dengan gas, manakala planet seperti Uranus dan Neptun pula penuh dengan ais dan mempunyai suhu yang sangat sejuk.

Walaupun jumlah bulan dalam sistem suria amat banyak, tidak semua planet mempunyai keistimewaan untuk mempunyai bulan. Planet Utarid dan Zuhrah adalah dua planet dalam sistem suria yang tidak mempunyai bulan. Planet-planet gergasi seperti Musytari (79 buah bulan) dan Zuhal (82 buah bulan) menguasai lebih banyak bulan.

Walaupun Pluto merupakan sebuah planet yang kecil, malah lebih kecil daripada bulan bumi, ia mempunyai lima buah bulan yang mengorbitnya. Sedangkan, bumi hanya mempunyai sebuah bulan. Bulan bumi terbentuk sekitar 4.53 bilion (60 juta tahun selepas pembentukan sistem suria) tahun yang lalu melalui pelanggaran sebuah objek dengan bumi – objek ini bernama Thea dan mempunyai saiz seperti Marikh.

Pelanggaran tersebut telah mengakibatkan kehancuran Thea. Lalu, sebahagian daripada serpihan Thea telah bergabung dengan jasad bumi. Selebihnya pula telah berputar mengelilingi bumi dan serpihan-serpihan tersebut lama kelamaan bergumpal menjadi bulan.

Gambaran ringkas pembentukan bulan Bumi.

Bumi mempunyai diameter sepanjang 6,371 km dan merupakan planet kelima terbesar dalam sistem suria. Jarak bumi dari matahari ialah 150 juta km dan cahaya matahari mengambil masa sekitar lapan minit untuk sampai ke bumi. Bumi terletak pada kedudukan amat ideal dalam sistem suria, menyebabkan ia satu-satunya planet dalam sistem suria yang sangat sesuai untuk hidupan.

Sekiranya bumi berada di kedudukan Utarid atau Zuhrah, bumi terlalu panas untuk diduduki. Sekiranya bumi berada di kedudukan yang lebih jauh, maka bumi terlalu sejuk untuk diduduki. Untuk pengetahuan anda, Marikh yang merupakan planet keempat dari matahari selepas bumi pun sudah mempunyai purata suhu sekitar -63 darjah Celsius.

Anda sebenarnya sedang membaca sebahagian daripada buku terbaru kami, GENESIS tulisan ZAMIR MOHYEDIN. Kalau anda berminat, boleh dapatkan di Shopee kami kerana terdapat pra-tempah sedang dibuka sekarang! Dapatkan bersama dengan Mantera Alam Melayu.

Buka pautan dibawah:

Kombo: bit.ly/kombosihirsain
Mantera:
bit.ly/manteranaim1
Gensiss:
bit.ly/genesiszamir1

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.