Pada tahun 1985, sebuah temubual telah diadakan dengan bekas pegawai KGB, unit perisikan Soviet Union, yang berpaling tadah kepada Barat, Yuri Bezmenov dan dia membuka rahsia tentang bagaimana pegawai sepertinya, merosakkan pemikiran masyarakat sebuah negara.

Yuri yang dilahirkan di Mytischi, pinggir bandar Moscow, merupakan anak kepada pegawai tentera tertinggi Soviet yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Beliau belajar di Moscow State University, dan merupakan pakar dalam kesasteraan dan kebudayaan India.

Selepas bergraduasi pada tahun 1963, beliau berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam jurutera-jurutera Soviet di India kerana pada masa itu Soviet Union banyak melabur di negara-negara dunia ketiga untuk mendapatkan pengaruhnya.

Beliau kemudiannya melarikan diri ke Kanada dan berpaling tadah dari Soviet Union, dan menukar namanya ke Tomas Schuman.

Yuri menerangkan bagaimana pegawai sepertinya melemahkan sebuah negara lalu menakluk pemikiran rakyatnya.

Menurut Yuri, terdapat empat langkah utama yang harus dilakukan oleh pegawai perisikan sepertinya, iaitu:

  1. Demoralization (melemahkan moral)
  2. Destabilization (melemahkan kestabilan struktur masyarakat)
  3. Crisis (mencetuskan krisis)
  4. Normalization (menjadikan pengawalan minda sebagai normal)

Demoralization, menurut Yuri, telah dilakukan oleh pegawai-pegawai KGB terhadap pelajar universiti terutamanya yang menyokong sayap kiri (lefties), serta mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia, para feminis yang muncul pada era 1960an hingga 1980an (pada ketika itu generasi Babyboomers, lahir 1946-1964) masih lagi di peringkat pelajar universiti.

Proses ini dilakukan dalam satu lingkungan generasi (15-20 tahun), agar seluruh generasi tersebut apabila keluar daripada universiti dan mula memasuki alam pekerjaan, mereka dapat ‘brainwash’ generasi di bawahnya.

Demoralization ini dilakukan dengan kata-kata lunak seperti ‘satu bangsa manusia’, ‘bangsa majoriti penindas’, ‘kita semua sama’ dan ‘keadilan sosial’, ‘menentang fasis’. Mereka melahirkan generasi yang membenci bangsa sendiri, merasakan nasionalisme sebagai menjijikkan, merasakan penyatuan bangsa itu sebagai fasisme, membenci budaya, agama, seni, sastera, bahasa, dan segala unsur bangsa dan menggantikan dengan idealisme kesamarataan yang anti nasional. Dan proses ini dilanjutkan ke peringkat sekolah dan mungkin tadika, melalui para guru dan pendidik yang sudah di-brainwash otaknya.

Apabila satu generasi sudah dicuci mindanya, mereka akan mula membenci segala aspek bangsa, mereka tidak akan mampu lagi melawan. Lalu akan muncul peringkat kedua iaitu destabilization, iaitu melemahkan kestabilan struktur masyarakat.

Pada masa ini mereka akan dilemahkan dari segi ekonomi, hubungan luar negara, dan akhir sekali, ketenteraan. Apabila mereka lemah dari segi ekonomi, tidak ada hubungan luar negara yang baik dengan negara lain, mereka mudah diserang dan masyarakat juga sudah berpecah belah kerana sudah demoralized dalam proses pertama tadi.

Proses ketiga ialah krisis, di mana serangan akan dilakukan menyebabkan kerajaan itu akan dihancurkan dan digantikan dengan rejim yang baru, sementara peringkat terakhir ialah normalization, iaitu mengajar masyarakat yang pada masa itu tiada jati diri, tiada maruah dan tiada sifat cintakan bangsa untuk bersikap submisif dan menerima sahaja penjajahan minda mereka tanpa melawan.

Dan menurut Yuri, golongan kiri seperti feminis dan pejuang hak asasi manusia yang mula-mula berjuang pada peringkat awal itu, akan dihapuskan kerana tidak berguna lagi. Golongan ini, menurut Yuri, ialah “useful idiots” (orang bodoh yang berguna) untuk melemahkan struktur bangsa. Perkara ini berlaku di Nicaragua, Grenada, Bangladesh dan Pakistan.

Yuri berkata lagi, kata-kata lunak seperti kesamarataan, hak wanita dan hak pekerja adalah propaganda yang hanya mereputkan kekuatan bangsa. Orang yang mudah terpedaya dengan kata-kata ini adalah golongan yang lemah jati dirinya, dan mudah dimanipulasikan.

Antara langkah yang akan dilaksanakan ialah merosakkan kebudayaan bangsa dan menjadikan masyarakat yang memuja selebriti, dan selebriti juga akan bercakap tentang ideologi ini dalam proses melemahkan pemikiran masyarakat.

Dan bila anda melihat ada rakan sebangsa mula membenci budaya, bahasa, seni, sastera, agama dan penyatuan bangsa, kita boleh tahu sama ada dia ejen asing, atau dia adalah ‘useful idiots’ yang dikatakan oleh Yuri Bezmenov.

Video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=vLqHv0xgOlc


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.