Bagaimana Bisa Ular Berfungsi?

591

Sekiranya membicarakan tentang racun haiwan, pasti ramai yang akan teringat tentang ular. Kebanyakan spesis ular menghasilkan racun untuk memburu mangsa. Bercakap tentang racun pula, kita kena bezakan dua terma ini. ‘Poison’ dan ‘venom’. Racun ‘poison’ merujuk kepada racun yang hanya didapati apabila kita memakan haiwan tersebut seperti katak. Racun ‘venom’ pula ialah bisa yang didapati apabila kita diserang seperti ular.

Sambung balik pasal bisa, bisa ular ini fungsinya adalah lebih kepada melumpuhkan atau mematikan mangsa supaya senang bagi mereka untuk makan. Berbanding katak, bisa mereka adalah lebih kepada untuk melarikan diri dan tak semestinya racun mereka itu cukup kuat untuk membunuh.

Bagi melumpuhkan/membunuh mangsa, ular menggunapakai dua jenis bisa utama dalam memburu, dan fungsi bisa ini adalah berlainan bergantung pada spesis. Dua jenis bisa tersebut ialah cytotoxin (racun kepada sel) dan neurotoxin (racun kepada saraf).

Bagi kes cytotoxin, perkara ini akan menyebabkan kerosakan sel secara besar besaran dan lantas menyebabkan kegagalan sistem badan. Sebagi contoh cytotoxin jenis hemotoxin bertindak dengan merosakkan sel darah merah.

Hal ini akan menyebabkan sel darah bergumpal dan urat darah menjadi tersumbat. Darah tak dapat mengalir dengan elok dan kegagalan sistem berlaku. Antara contoh lain ialah kardiotoxin. Bisa tersebut akan menyebabkan sel otot di jantung gagal mengecut dan mengembang dengan bagus. Hasilnya, jantung akan berdegup dengan tak sekata dan kegagalan jantung.

Bagi kes neurotoxin, racun tersebut bertindak dengan mengganggu sel saraf daripada bertindak. Disebabkan sel saraf ini ibarat wayar telefon dan internet bagi badan, selalunya racun jenis neurotoxin adalah lebih berbahaya kerana ia boleh mengganggu seluruh sistem badan. Ibarat wayar telefon terputus waktu tengah perang.

Antara simptom racun tersebut ialah kelumpuhan (toxin jenis dendrotoxin). Racun ini bertindak dengan menghalang isyarat saraf kepada saraf berlaku. Untuk memberi penjelasan yang lebih jelas, bayangkan kita tercucuk jari kita dengan jarum.

Tindak balas normal ialah saraf mengesan stimulus berkenaan, menghantar isyarat kepada otak, isyarat ditafsir sebagai sakit, dan otak akan hantar isyarat untuk alihkan jari melalui isyarat saraf. Apabila toxin ini mengganggu isyarat saraf ke saraf, memang tiadalah tindak balas yang kita boleh buat. Sekarang, bayangkan seluruh sistem kita jadi macam ni. Memang automatik lumpuh atau mati serta merta sebab sistem gagal.

Kalau bisa ular ni berbahaya, kenapa pemburu menggunakan bisa ular untuk memburu? Tak beracun ke daging haiwan tersebut? Seperti mana yang aku pernah sebut dahulu, racun ular ni diperbuat daripada protein. Jadi, kalau korang bakar atau didhkan racun tu, dia akan jadi tak bahaya. Struktur dia akan jadi macam telur. Asalnya cair, tapi bila dimasak struktur protein dia berubah menjadi pejal.

Jadi, ya. Secara teknikalnya, kepala ular tu boleh dimakan kalau dimasak dengan betul. Tapi tu la, buang tabiat ke apa tiba tiba nak makan kepala ular.

RUJUKAN:

Cardoso, F. C., Ferraz, C. R., Arrahman, A., Xie, C., Casewell, N. R., Lewis, R. J., & Kool, J. (2019). Multifunctional toxins in snake venoms and therapeutic implications: from pain to hemorrhage and necrosis. Frontiers in Ecology and Evolution7, 218.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.