Bagaimana Bangsa Maju Melayani Sejarah Mereka?

1
871
views

Apa yang membezakan kita dengan orang lain yang kita dongak dan terkagum-kagum itu? Dahulu zaman British ramai orang kita bergantung sangat dengan ‘orang putih’ dan begitu memuja-muja orang putih yang kononnya hebat dan bijak.

British membenarkan anak-anak raja belajar di sekolah khas dan dihantar ke luarnegara manakala marhaen bersekolah di sekolah-sekolah umum yang asalnya bertujuan mengajar pertukangan, bertani dan kraftangan yang menurut Winstedt “untuk mengekalkan orang Melayu dengan ekonomi sara diri” dan “pendidikan hanyalah sebagai syarat, dengan orang Melayu tidak melampaui taraf hidupnya yang rendah itu.”

Matlamatnya ialah menghasilkan golongan aristokrat yang kekal setia dengan dasar dan polisi pentadbiran British dan golongan rakyat yang ‘dummy’ dan boleh dikawal dengan dikongkong tahap pendidikan mereka.

Ada orang takut kita terlalu menyalahkan penjajah. Ini bukan masalah terlalu menyalahkan penjajah tapi penjajah memang bersikap penjajah dengan mengambil tanggungjawab mengawal pendidikan supaya anak jajahan tidak bangkit memberontak dan melawan penjajahan.

Ini sama dengan polisi kerajaan imperialis Jepun dahulu yang mengarahkan istana-istana dinasti Joseon Korea dimusnahkan secara sistematik bagi menghilangkan simbol keagungan institusi beraja Korea dan menghapuskan warisan kebanggaan Korea.

Apa manfaatnya bagi Jepun?

Memanglah bermanfaat bagi penjajah kerana dengan memusnahkan warisan begini, akan memadamkan semangat patriotik dan yakin diri rakyat Korea. Istana dan institusi beraja umumnya umpama arkib dan muzium hidup yang merekod keagungan warisan sesuatu bangsa yang bermonarki. Ia menjadi pusat budaya dan sastera malah menjadi pusat intelektual sesuatu bangsa kerana raja-raja selalu memiliki akses kepada dunia luar dan menjadi ‘trendsetter’ kepada masyarakatnya.

Waqaf Saham

Sikap dan pemikiran akan dikawal dengan cara begini yang sesetengah orang tak faham bagaimana ia beroperasi.

Bagaimana mengebom tempat-tempat sejarah akan menghasilkan generasi bangsat dan merempat pada masa depan? Bagaimana mampu mengilang rakyat yang mandul berfikir dan lembik bertindak dengan menghapuskan estim diri mereka dengan cara menulis kembali sejarah mereka sesukahati?

Ilmu-ilmu begini adalah ilmu tahap tinggi yang mesti ada pada para pembuat dasar dan pentadbir. Sebab itu ketika era Pemulihan Meiji, sebahagian orang Jepun telah dihantar belajar ilmu pentadbiran Barat dan seni politik Barat. Sebab itu awal abad ke-20, orang Jepun sudah ada pesawat tempur, kereta kebal dan kapal perang malah punya revolusi perindustrian sendiri serta siap untuk menjajah negara lain sebaliknya pada masa yang sama kita masih bergantung harap kepada British dalam banyak aspek walau nenek moyang kita kayaraya mampu beli kapal perang lagi.

Sikap dan mentaliti penting dalam mencorak tindakan pada masa depan. Jika hidup umpama lalang, baik kena racun rumpai.

Dua foto di bawah menceritakan segala-galanya.

 

1 COMMENT

  1. Adakah kemungkinan besar sejarah awal Melayu yang terdahulu tidak dapat di masukkan ke dalam syllabus kerana sesetengah daripada nya bercanggah dengan ajaran agama Islam? Mungkin Melayu dulu gagah sebab mempunyai ilmu batin yang tidak boleh lagi di praktiskan dalam agama Islam sepertinya susuk (untuk kecantikan dan juga kekebalan). Ini cuma dari pemikiran saya sahaja, mungkin benar mungkin tidak, di harap jangan mengambil apa yang saya kata ini terlalu serius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.