Bagaimana Baju Kalis Peluru Berfungsi?

969

Untuk mendapatkan kesan yang dikenali sebagai kalis peluru, para saintis mulai memikirkan beberapa perkara penting, terutama sekali dalam bahagian bagaimana p3luru itu berfungsi.

Anatomi sebutir p3luru – explainthatstuff

P3luru adalah sebutir objek besi yang kecil, dan selepas proses letupan gunpowder di dalam sebutir peluru berlaku, segala tenaga kinetik dan haba akan termasuk dalam sebutir besi kecil ini yang bergerak pada kelajuan 300 sehingga 1200 meter per saat. Jadi, fungsi utama jaket ini adalah untuk menghalang daripada p3luru menembusinya, kerana apabila bahagian baju dan jaket ini gagal berfungsi untuk menahan daripada peluru tersebut, yang seterusnya adalah kulit.

P3luru yang bergerak laju ini akan meninggalkan shockwave disebabkan oleh momentumnya yang terpacu kehadapan bergerak sebegitu pantas sehinggakan penghasilan sonic boom terjadi apabila kelajuannya mengatasi kelajuan bunyi. Jadi, disebabkan oleh kecederaan yang hadir daripada p3luru ini adalah akibat impak dan kesannya, maka, para penyelidik boleh membuat sesuatu untuk mengubah bentuk dan daya impak sebutir p3luru itu.

Konsep Slope Armour pada T54 Tank – Wikipedia

Untuk sesuatu perisai yang berbentuk untuk mengubah hala tuju sebutir p3luru itu sedikit susah kerana konsep deflecting ini mungkin lebih sesuai sekiranya p3luru yang dit3mbak itu bersaiz besar. Konsep ini yang dinamakan sloped armour mungkin sesuiai digunapakai dalam kenderaan seperti kereta perisai dan kereta kebal, tetapi tidak pada seorang manusia.

Maka, penyelesaiannya adalah menyebarkan impact point itu seluas-luasnya. Konsepnya adalah ibarat jaring di dalam gawang gol. Apabila seorang pemain bolasepak Harimau Malaya menyepak bola dan bola itu masuk kedalam gawang pasukan seberang sana, bukan sekali, bukan dua kali, tapi 3 kali, anda akan dapat lihat impak bola tersebut menggerakkan jaring tersebut daripada segenap arah.

Bentuk Kevlar® yang terkena tembakan

Akan tetapi, sewaktu itu tiada lagi bahan yang sesuai sehinggalah pada tahun 1960, seorang saintis daripada syarikat DuPont bernama Stephanie Kwolek menjumpai sejenis bahan aramida yang terhasil daripada sejenis monomer dipanggil 1,4-phenylene-diamine (para-phenylenediamine) dan terephthaloyl chloride. Jika anda ingin kelihatan bijak pandai, terutama sekali dihadapan bakal ibu atau bapa mentua anda, anda jangan sebut Kevlar, tetapi anda sebut nama kimianya iaitu poly paraphenylene terephthalamide.

Perbandingan Tensile Strength

Bahan ini wujud dalam bentuk liquid-crystal dan mempunyai kekuatan tensil (tensile strength) setinggi 3620 Mega Pascal dan mempunyai keberatan sebanyak 1.44 gram per sentimeter padu, berbanding dengan besi yang mempunyai kekuatan sebanyak 2167 Mega Pascal dan keberatan stinggi 8 gram per sentimeter padu. Hal ini membolehkannya membekalkan perlindungan yang baik dan berat yang rendah untuk dipakai oleh seseorang.

Struktur Kimia Kevlar – Wikipedia

Hanya pada tahun 1965 produk Kevlar ini dihasilkan secara komersial. Pada awalnya, produk ini digunakan sebagai ganti kepada bahagian besi yang diletakkan di dalam tayar kereta lumba. 2 tahun kemudian, DuPont mengeluarkan produk DuPont Nomex yang menggunakan Kevlar sebagai pakaian kalis api untuk ahli bomba danb beberapa tahun selepas itu, barulah teknologi ini diadaptasikan untuk anggota polis pada awalnya.

Pada tahun 1976, sebuah laporan daripada National Institute of Justice (NIJ) telah menulis seramai 3000 anggota polis berjaya terselamat daripada serangan t3mbakan oleh penjenayah, dan hal ini mengubah industri jaket kalis p3luru ini dan meletakkan kepada kerajaan tentang betapa pentingnya perlindungan sebegini. Model Kevlar yang asal, iaitu Kevlar-29 dikekalkan selama hampir 30 tahun sebelum DuPont menaiktaraf lagi struktur monomer ini yang dinamakan sebagai Kevlar-129 iaitu pada tahun 1988.

Kevlar Correctional – DuPont USA

Penaiktarafan ini adalah daripada segi kekuatan dan pengurangan berat untuk mengurangkan beban para anggota keselamatan. Akan tetapi, agak malang bagi warden penjara kerana pada waktu itu, Kevlar ini tidak dapat menahan tik4man daripada pisau atau senjata yang dicipta (improvised) kerana pergerakkan pisau itu sendiri boleh menembusi jaket tersebut.

Gentian Kevlar – Wikipedia

Pada tahun 1995, Kevlar Correction diperkenalkan. Pembekalan ini adalah khas untuk warden penjara (Correctional Officer) dan kalis tikaman. Bagi askar AS pula (saya tiada info untuk askar Malaysia), Kevlar pada awalnya sudah mula dipakai, dan pada tahun 2005, penaiktarafan Kevlar yang terbaru iaitu Kevlar KM2 dicipta dan menjadi salah satu komponen penting dalam pakaian perlindungan askar ini. Kevlar KM2 juga merupakan bahan yang digunakan dalam helmet askar mereka.

Selain itu, pada tahun 2005 juga, plat seramik (ceramic plates) yang mengandungi komposisi boron karbida dan silika karbida mula diisukan kepada tentera ini. Plat ini dinamakan sebagai Enhanced Small Arms Protective Insert (ESAPI) yang kemudiannya dinaiktaraf kepada XSAPI pada tahun 2008. Plat seramik ini bertindak berlainan dengan Kevlar.

Penetrator Grade – NIJ

Kevlar bertindak dengan menyerap dan menyebarkan daya sebutir p3luru manakala plat seramik menahan p3luru dengan cara menyerap dan ‘menumpulkan’ peluru tersebut di mana lapisan plat ini akan pecah untuk mendapatkan kesan yang sedemikian. Plat ini berada pada tahap 4 perlindungan daripada skala yang diterbitkan oleh NIJ.

Harganya juga amat Yahudi memandangkan sekeping plat ini berharga 600 USD dan seseorang itu perlu memakai sehingga 4 plat tidak termasuk lagi harga Kevlar yang digunakan. Namun, apalah erti Yahudi sekiranya ianya dapat melindungi seseorang daripada mengalami kecederaan yang teruk (insaf).

Jaket Kalis Peluru yang Dipakai oleh Askar AS

Sudah tentu, mitos bahawa seseorang itu tidak akan ma7i sekiranya p3luru gagal menembusi jaket ini adalah palsu semata-mata. Impak yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mengalami blunt force trauma yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

Dalam dunia moden ini, beberapa teknologi yang masih dalam fasa percubaan seperti teknologi STF, yang boleh bertukar menjadi kalis peluru apabila dit3mbak. Selain itu, penggunaan carbon fiber, m5 fiber dan dragonskin armour juga sedang giat dijalankan kajiannya agar dapat melindungi mana-mana insan yang bekerja menghadapi penjenayah sebagai kerjaya utama mereka, mahupun mereka yang menghadapi peperangan.

Harapan saya artikel ini dapat sedikit membantu anda dalam memahami konsep yang dimaksudkan dengan kalis peluru serta sedikit sains dibelakangnya. Selain itu, semasa menulis artikel ini, saya dapati banyak perkara lain yang saya pelajari antaranya adalah gred pertahanan dan mitos jaket kalis peluru ini.

Juga, kadangkala jika kita lihat model perniagaan syarikat-syarikat s3njata api ini, mereka amat bijak dengan mencipta sesuatu untuk menahan daripada kecederaan akibat sesebuah s3njata itu, kemudian mencipta sesuatu untuk mengatasinya pula.

Sentiasa mencipta demand supaya sentiasa ada supply. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepada mana-mana individu yang menjadi bahan kajian untuk dit3mbak, seperti gambar yang diambil pada tahun 1923 ini. Sekian.

RUJUKAN:

  1. NIJ Journal on Body Armour  https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/nij/189633.pdf
  2. Wikipedia on Bulletproof vest https://en.wikipedia.org/wiki/Bulletproof_vest
  3. DuPont https://www.dupont.com/products-and-services/plastics-polymers-resins.html
  4. Evolution of Crime Fighting Tools https://www.youtube.com/watch?v=0treVSqyuGU&t=64s
  5. ESAPI dan XSAPI https://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/interceptor.htm

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.