Aroma atau bau memang sesuatu yang akan menjentik kenangan dan memori.

Aku masuk pasaraya nak cari sabun tadi, aku pun cuba bau satu demi satu botol sabun mandi yang ada kat situ. Sampailah dekat sabun warna putih tudung oren. Bau sabun ni terasa fimiliar, tapi aku tak ingat dekat mana. Sepanjang jalan balik rumah aku cuba ingat dari mana punca tapi gagal. Sampailah aku tertengok satu gulungan kertas dalam almari. Terus aku teringat kembali bau sabun tadi ialah bau sabun yang aku guna setiap hari masa dekat PLKN.

Aku pernah berjalan di pasaraya kemudian ada satu keluarga lalu tepi aku. Bau minyak wangi yang dipakai oleh salah seorang dari mereka menarik perhatian aku. Aku ingat bau ni, minyak wangi yang member satu bilik aku pakai masa masih belajar. Panjang lagi kisah minyak wangi ni, tapi endingnya dia bagi terus dekat aku.

Aku keluar dari pejabat petang tadi, aku berhenti dekat seorang staff untuk berkata sesuatu. Tapi bila sampai dekat dia, aku lupa apa pesanan yang patut aku sampaikan. Separuh jalan baru aku teringat balik pesanan, esok jelah aku beritahu dia.

Ransangan atau Hint

Setiap orang mempunyai saat-saat di mana kita mempunyai sesuatu yang kita merasakan sesuatu atau mahu berkata sesuatu, tetapi untuk sebab tertentu maklumat itu tidak “muncul” pada masa itu.

Terlupa adalah kegagalan untuk mendapatkan maklumat daripada memori. Selalunya, kita cuba mencari petunjuk kepada diri sendiri untuk cuba mengingati sesuatu. Kita akan cuba mengingati kembali melalui ransangan atau hint untuk kita cuba mengingati sesuatu. Hint tidak selalu ada dalam bentuk kata-kata atau ayat.

Ia juga boleh jadi lokasi, ataupun bunyi. Sekiranya anda kembali ke lokasi di mana memori itu diperoleh, anda mempunyai peluang yang besar untuk mengingati peristiwa atau kenangan yang berlaku di situ.
Ransangan ini juga boleh jadi daripada bau tertentu.

Memori , Bau dan Ingatan Luar Kawal

Memori dan bau saling berkaitan kerana melalui ingatan bahawa kita belajar mengingati bau, dan gangguan yang memakan memori juga mengambil keupayaan untuk membezakan aroma.

Sebahagian daripada pembelajaran ini bermula sebelum kita dilahirkan, ketika janin mengetahui tentang keinginan ibu mereka melalui cairan amniotik. Anak kecil mengenali ibu bapa mereka melalui bau badan.

Memori awal ini boleh datang dari salah satu fungsi bau, untuk memberi amaran kepada kita dari perkara-perkara yang berbahaya. Jika anda pernah makan sesuatu dengan bau atau rasa tertentu mendapat sakit, kita akan mengelak untuk makan sesuatu dengan bau sebegitu.

Memori atau kenangan yang tiba-tiba muncul dalam fikiran manusia selepas terbau sesuatu, terlihat sesuatu atau apa-apa ransangan lain dinamakan ingatan luar kawal (Involuntary Memory).

Kesan Proust

Perkara ini dipanggil Kesan Proust (Proust Effect). Sesuatu memori diterjemahkan atau dikeluarkan oleh otak berdasarkan sesuatu bau. Ianya dinamakan bersempena nama seorang penulis dari Perancis iaitu Marcel Proust yang menggunakan idea ransangan memori melalui bau ini dalam sebuah novel tulisannya.

Novel yang diterbitkan pada 1913-1927 itu mempunyai tujuh jilid. Tiga jilid terakhir novel ini diterbitkan selepas Marcel Proust meninggal dunia iaitu pada tahun 1922. Novel ini bertajuk À la Recherche du Temps Perdu (In Search Of Lost Time).

Secara ringkasnya, idea memori dan bau ini diceritakan dalam satu babak dimana watak dalam novel ini terkenangkan zaman kanak-kanaknya selepas terbau aroma wangi kek. Bau kek itu hampir sama dengan bau kek yang pernah dirasai semasa watak masih kecil.

“The taste was that of the little piece of madeleine which on Sunday mornings at Combray (because on those mornings I did not go out before mass), when I went to say good morning to her in her bedroom, my aunt Léonie used to give me, dipping it first in her own cup of tea or tisane. The sight of the little madeleine had recalled nothing to my mind before I tasted it. And all from my cup of tea.”

Walaupun memori luar kawal biasanya dikaitkan dengan kesusasteraan Marcel Proust, malah namanya dijadikan terma dalam bidang psikologi. Ianya telah lama dikaji oleh ahli psikologi, terutamanya, perintis kajian tentang memori Hermann Ebbinghaus.

Ahli psikologi dari Jerman ini dilahirkan pada tahun 1850. Beliau menamatkan pengajian kedoktoran falsafah dalam psikologi pada tahun 1873, pada usia 23 tahun. Hasil kajiannya lain dalam bidang psikologi ialah Forgetting Curve dan Spacing Effect.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.