Saintis tidak jemu mencari air di tempat-tempat penting seperti Bulan, Marikh dan Selangor. Tujuan mereka sebenarnya mudah. Air ialah asas untuk kehidupan. Tumbuh-tumbuhan takkan boleh hidup tanpa air.

Haiwan tidak boleh hidup tanpa tumbuh-tumbuhan. Manusia tidak boleh hidup tanpa air, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi semua perkara dalam kehidupan berbalik pada air.

Tanpa air, Bumi ini akan gersang dan akhirnya tidak sesuai untuk didiami.

Gambaran Bumi tanpa air.

Terfikir tidak – macam mana Bumi boleh ada air? 71 peratus daripada permukaan Bumi dilitupi air. Jangankan permukaan: saintis pernah menemui sebuah laut air tawar dibawah Lautan Atlantik (Geggel, 2019).

Sungai dalam laut.

Lautan (ocean) yang masin pun boleh menyimpan laut air tawar (freshwater sea). Bagaimana air datang ke Bumi?

Al-Qur’an tidak menjelaskan proses kedatangan air secara terperinci. Sebaliknya kalam suci ini menyentuh secara kasar, bahawa air dibawa ke Bumi daripada langit (ruangan angkasa).

Ini bermakna batu-batu angkasa menghujani Bumi suatu masa dahulu. Agak menarik untuk difikirkan, kerana Bulan pun dihujani batu angkasa. Tetapi Bulan tidak kelihatan seperti Bumi langsung.

Asal-Usul Air Di Bumi

Topik air ini sangat rumit hingga dikaji tiga bidang sains, yakni astrobiologi, astronomi dan planetologi. Kedudukan Bumi sangat strategik di ruangan angkasa.

Tidak terlalu jauh dengan Matahari (air akan beku).

Tidak terlalu rapat dengan Matahari (air akan hilang).

Pemahaman ini walau bagaimanapun tidak menjelaskan asal-usul air sendiri. Sebab itu para saintis tanpa henti berdebat tentangnya.

Seorang pakar astronomi bernama Sean Raymond mempunyai teori agak menarik. Beliau menciptakan model sistem suria berbilion-bilion tahun dahulu, ketika Bumi masih lagi sebuah janin planet.

Gambaran kejadian planet.

Model ini mudah kata memberi gambaran tentang kedudukan semua planet (sekalipun dalam bentuk janin) di Sistem Suria ini.

Sekadar pengetahuan, planet-planet ini terjadi kerana kepulan gas susulan kejadian Matahari. Mudah kata, Matahari melahirkan semua planet.

Matahari mempengaruhi suhu di sekeliling sistem suria. Ini bermakna hidrogen yang berada terlalu jauh daripada Matahari telah menjadi ais.

Hidrogen pula ialah asas kejadian air.

Sebuah komet hidrogen bernama Oumuamua

Ais hidrogen dipengaruhi sesuatu yang menyebabkan mereka bergerak daripada ceruk jauh ke Bumi. Dan pengaruh itu menurut Raymond ialah graviti.

Pertama sekali, Matahari mempunyai daya graviti yang kuat. Tetapi bintang ini tidak cukup kuat untuk menarik semuanya sekali jalan. Ada sesuatu di ceruk jauh yang menyebabkan ais ini bergerak ke arah Matahari.

Dan “sesuatu” itu ialah pengaruh dimainkan gergasi-gergasi gas selepas Marikh. Kerana Musytari, Zuhal dan Neptun mempunyai graviti yang kuat.

Antara 4.1 bilion tahun hingga 3.8 bilion tahun dahulu, berlakulah suatu proses digelar Late Heavy B0mb4rdment (senang faham, Hujan Batu Besar).

LHB.

Proses LHB ini menghamburkan sebilangan asteroid dengan begitu banyak. Dan batu-batu ini mengh3nt4m planet-planet seperti Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh (Mann, 2018).

Misi pendaratan Bulan antara tahun 1969 hingga 1972 berjaya membawa balik sampel yang membuktikan peristiwa LHB.

Apabila ais hidrogen ditolak ke arah Matahari, janin Bumi pula menggabungkannya dengan oksigen.

Maka terjadilah air, berdasarkan teori saintifik dibentangkan Raymond (Redd, 2018).

Dapatan Raymond sebenarnya menarik. Kerana al-Qur’an menceritakan suatu perkara seakan-akan sama:

“Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.” – Qur’an 24:43.

Cuma persoalan harus ditanya di sini: bagaimana Bumi boleh ada air? Al-Qur’an menyatakan bahawa air dibawa ke Bumi daripada langit (daripada angkasa). Secara saintifik, ini bermakna batu-batu angkasa menghujani Bumi suatu masa dahulu.

RUJUKAN:

Geggel, L. (2019, Jun 24). A massive freshwater sea is buried beneath the Atlantic Ocean. Live Science.

Mann, A. (2018, Januari 24). (ditapiskan) holes in the tale of Earth’s troubled youth. Nature. 553 (7689): 393-395.

Redd, N.T. (2018, Jun 20). How Jupiter may have gifted early earth with water. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.