Kerap kali kita ternampak dan merasai situasi manusia tiba tiba mempunyai kekuatan luar biasa pada keadaan tertentu. Contohnya, kita boleh berlari lebih laju daripada biasa apabila dikejar anjing. Seorang ibu boleh mengangkat kereta untuk alihkan kaki anaknya yang tersepit di bawah tayar. Kesemua hal ni boleh dikaitkan dengan hormon bernama adrenalin.

Hormon ni dalam bahasa mudahnya, ialah kimia perangsang. Setiap sel dalam badan kita ni mempunyai port yang kita panggil sebagai reseptor. Apabila kita dalam keadaan ‘flight or fight’, hormone adrenalin ini akan dirembeskan dari badan kita. Hormon ini akan melekat pada port reseptor dan sel akan bertindak balas menurut hormone yang melekat. Kesannya, badan kita akan menjadi terlebih aktif dan daya kekuatan kita akan meningkat lebih.

Mekanisme adrenalin adalah seperti berikut. Mula-mula, badan kita akan mengenal pasti sekiranya kita ni berada dalam keadaan bahaya. Ok, nak senang, kita bayangkan Ali bertembung dengan babi hutan. Mata Ali akan menghantar isyarat kepada otak melalui saraf mata. Otak akan menganalisis data berkenaan sama ada ia merbahaya atau tidak. Sekiranya merbahaya, otak akan hantar isyarat data kepada kelenjar pituatari (juga di otak). Isyarat data inilah yang menghasilkan emosi takut atau berani.

Bila kita bercakap tentang hormon, kelenjar pituatari ni boleh dianggap sebagai ibu pejabat segala hormon. Apa apa hal, kena jumpa pituatari dulu. Bila otak dah bagi isyarat benda tu merbahaya, kelenjar ni akan rembeskan hormon ACTH ke dalam darah. Satu satunya sel yang boleh bertindak balas dengan hormon ini ialah kelenjar adrenal di buah pinggang.

Setelah hormone ni melekat pada port reseptor kelenjar adrenal, sel-sel di situ akan hasilkan hormone adrenalin dan dirembeskan ke dalam darah. Berbanding dengan hormone ACTH, hormone adrenaline ni akan melekat pada hampir semua reseptor sel-sel di badan, bergantung pada tahap bahaya. Dari sini, barulah kesan manusia super tu wujud.

Jadi bila berhadapan dengan anjing liar tu, apa reaksi yang patut ada pada badan Ali? Semestinya dia memerlukan kekuatan untuk sama ada berlari lebih laju ataupun berlawan dengannya. Jadi, macam mana nak ada kekuatan tu? Kereta kalau nak bergerak kena ada minyak. Kalau sel di badan, dia nak glukosa dan oksigen. Oleh itu, adrenalin akan melekat pada sel paru paru untuk bernafas lebih kerap. Di hati, adrenalin akan merangsang lemak badan di situ untuk berpecah dan menjadi glukosa.

Malangnya, kalau setakat bernafas banyak pun tak lepas. Kita kena ada sistem pengaliran yang bagus untuk hantar bahan api sel ni ke seluruh badan. Maka, adrenalin akan rangsang jantung untuk mengepam lebih laju. Untuk mempercepatkan lagi kelajuan pengepaman darah, urat darah kita semuanya akan disempitkan ruangnya serupa paip getah untuk pancut lebih laju. Walaupun begitu, ruang urat darah di bahagian otot akan menjadi lebar untuk memaksimakan pengaliran bekalan oksigen dan glukosa pada sel otot. Disebabkan perihal urat darah inilah kadangkala kita akan bermuka pucat atau merah menyala bergantung sama ada kita takut ataupun marah.

Bila pengaliran logistik semua dah selesai, barulah sel sel otot berasa selesa untuk bekerja dua kali ganda dan ‘overtime’. Untuk memastikan kita kekal fokus pada objek merbahaya, penglihatan ‘serotperipheral’ kita akan dibataskan kecuali pada titik fokus. Hal ini akan menyebabkan pandangan sekeliling kita menjadi kabur kecuali fokus utama kita. Telinga kita pun akan menjadi kurang sensitif untuk elakkan gangguan oleh bunyi luar. Sekarang ini, badan Ali sudah bersedia untuk bertindak balas, maka cukuplah syarat bagi beliau untuk bergusti dengan babi atau melarikan diri.

Ya, itulah mekanisme adrenalin secara ringkas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.