Permainan mudah alih ‘Mobile Legends: Bang Bang’ baru sahaja memperkenalkan hero ‘Badang’, yang merupakan hero pertama dari Malaysia. Bagi peringkat awal, hero ini diperkenalkan dalam ‘Advanced Server’ (Server ujian) untuk menguji hero tersebut dahulu sebelum dilepaskan di normal server (official server ) baru-baru ini.

Permainan Mobile Legends : Bang Bang merupakan permainan bergenre MOBA Multiplayer Online Battle Arena  yang mengunakan telefon pintar bagi platform Android dan IOS.

Moonton iaitu pihak developer Mobile Legends : Bang Bang meletakan karakter lagenda warisan dalam sejarah  seperti General Yun zhao ( China ) ,General YI Sun Shin ( Korea selatan ) ,General Minsitthar (Myanmar) , Lapu-lapu ( Philipine ) , Gattotkaca ( Indonesia ) di dalam permainan tersebut.

Selepas watak lagenda Indonesia Gatotkaca diperkenalkan dalam permainan ini, pemain dari Malaysia memberi pendapat agar pihak Moonton mencipta hero dari Malaysia dengan pelbagai cara seperti mengirimkan email serta komen kepada pihak moderator. Ini membuatkan pihak Moonton mula membuat undian di dalam ‘Group Mobile Legends : Bang Bang Official Malaysia’ untuk memilih siapakah hero yang akan datang dari Malaysia. Hasilnya para pemain majoriti memilih Hang Tuah dan Hang Jebat.

Beberapa hari kemudian pihak Moonton memberi tugas pada moderator untuk menyimpan data-data watak hang tuah dari peminat dan pemain dari malaysia yang merangkumi cadangan senjata, pakaian, rupa paras dan lain-lain lagi.

SUMBER : Group Mobile Legends : Bang Bang Official Malaysia

Namun, lain pula jadinya. Kecaman demi kecaman oleh pemain dari negara jiran mencemuh Hang Tuah berasal dari Indonesia malah senjata hang tuah seperti keris juga dipersoalkan menyebabkan pihak pembangun membatalkan watak ‘hang tuah’ dan menyebabkan kekecewaan pada pemain dari malaysia.

Salah seorang penulis The Patriot pernah memberi pandangan kepada pihak moderator untuk disampaikan kepada pembangunan permainan ini bahawa watak Hang Tuah perlu diteruskan, malah sepatutnya tidak timbul isu watak ini milik negara seberang kerana hakikat sejarah, Laksmana Hang Tuah berasal dari kerajaan Melaka bukannya dari Indonesia. Malangnya beliau disingkirkan dari group tersebut.

SUMBER : Group Mobile Legends : Bang Bang Offcial Malaysia

Selepas beberapa hari pembatalan watak Hang Tuah, pihak Moonton menaikan semula undian. Berikut ialah senarai watak-watak dalam sejarah Melayu yang mungkin dipilih untuk menggantikan Hang Tuah:

Hang Jebat, Badang, Puteri Santubong, Tok Janggut, Puteri Gunung Ledang, Che Siti Wan kembang, Dato Maharaja Lela dan Lain-lain lagi

Selepas beberapa bulan menyepi, akhirnya pihak pembangun memperkenalkan hero pertama Malaysia iaitu ‘Badang’ di advanced server (server ujian ). Rata-rata rakyat Malaysia memberikan repon positif dan setakat ni tiada lagi mana-mana negara cuba memprotes dengan serius dan masih ada lagi segelintir pihak tak bertanggungjawab mencemuh hero pertama Malaysia

Peranan Hero Badang dalam Mobile Legends : Bang Bang ialah pahlawan (role fighter) dan keistimewaan Reap/kerosakan letusan (speciality Reap/Burst).

SUMBER :

1) MOBILE LEGENDS :  BANG BANG

2) GROUP MOBILE LEGENDS : BANG BANG OFFICIAL MALAYSIA


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis, pembaca, pelajar Sijil Teknologi Senibina. Selain itu, meminati sejarah Alam Bina terutama seni bina tradisional dan moden kerana mempunyai kesenian serta falsafah yang tersendiri.

Comments are closed.