Tamadun Mesir Purba sukar dipisahkan dengan alam sekitar. Hampir setiap haiwan dan tumbuhan mempunyai makna khusus dalam kehidupan mereka, sekali gus mengilhami simbol-simbol dalam sistem tulisan dan juga mural-mural kesenian.

Dewa-dewi yang menjadi sembahan mereka juga rata-ratanya mempunyai elemen kehaiwanan, dipercayai sebagai hasil pemerhatian teliti mereka terhadap hidupan alam.

Salah satu haiwan yang signifikan bagi mereka ialah badak air. Badak air digeruni dan pada masa yang sama dihormati malah dipuja oleh masyarakat Mesir Purba. Spesis khusus yang dipuja mereka telah pun pu.pu.s. Namun, catatan berkaitan masih ada untuk dipelajari oleh generasi hari ini.

Salah satu dewi badak air utama dalam tamadun Mesir Purba ialah Taweret. Rupa paras Taweret merupakan gabungan antara badak air (tubuh dan kepala), buaya (ekor) dan singa betina (kaki). Postur tubuhnya juga cukup berbeza dengan dewi-dewi lain yang lazimnya berbadan anggun.

Bagi Taweret, tubuhnya digambarkan bunting dan mulutnya pula ternganga sekali gus menampakkan taring dan lidah. Adakalanya, ia digambarkan memakai modius (sejenis penutup kepala berbentuk silinder). Pada ketika lain, Taweret mengenakan mahkota berbentuk cakera matahari bertanduk persis yang dipakai oleh Isis dan Hathor.

Imej Taweret (kanan) pada makam Firaun Seti I

Gabungan beberapa jenis haiwan pada Taweret mencerminkan kekuatan dan kepentingannya. Nama Taweret sendiri mempunyai makna yang cukup gah, iaitu ‘Wanita Hebat’ (Yunani memanggilnya sebagai Thoeris).

Sebagaimana yang jelas dapat dilihat pada tubuhnya yang bunting. Taweret dipuja oleh masyarakat Mesir Purba sebagai dewi keibuan dan kesuburan.

Elemen singa betina dan buaya yang dikaitkan dengannya pula mewakili kekuatan Taweret dalam melindungi keluarga. Kaum wanita di zaman Mesir Purba selalu meletakkan imej Taweret pada katil, kerusi, kelengkapan kepala, tongkat, mangkuk, dan katil bayi sebagai tangkal.

Sememangnya, pemujaan Taweret biasa dilakukan di rumah sahaja dan bukannya di kuil-kuil besar. Pun begitu, wujud juga kuil yang khusus buat Taweret di Deir el-Medina. K.ultu.s pemujaan dewi ini dimulakan seawal tahun 3,850 Sebelum Masehi dan apa yang mengejutkan, k.ultu.s tersebut masih tersisa sehingga hari ini.

Muzium Kaherah sebelum ini pernah menjadi kunjungan kaum ibu mengandung. Rata-rata mereka datang ke sana untuk mengambil ‘berkat’ daripada patung Taweret yang dipamerkan di sana. Caranya, adalah dengan mengusap perut mereka pada perut patung berkenaan.

Bagi mengelakkan budaya tersebut berlanjutan, pihak muzium mengepung patung itu dalam sebuah almari kaca pameran. Semenjak itu, amalan tersebut tidak lagi berlaku.

Signifikasi badak air dalam sejarah Mesir Purba boleh dijejak seawal zaman Pra-Dinasti lagi (sebelum 3,100 SM). Ia muncul dalam pelbagai hasil seni seperti ukiran patung, ukiran dinding, lukisan, mahupun karya literasi.

Antara patung badak air terawal yang dijumpai adalah patung berikut (berusia 1938-1539 SM). Ia kini disimpan dan dipamerkan di Muzium Brooklyn.

Patung ini diukir daripada taring badak air dan ia ditemui di sebuah perkampungan kecil yang terletak di antara El-Zagazig dan Bubastis. Dipercayai, patung tersebut digunakan sebagai tangkal yang dilekatkan pada sebatang l.em.bin.g. Tujuannya, tidak lain adalah untuk mendapatkan tuah dalam aktiviti berb.ur.u.

Kiri: Mangkuk berusia 3,700 SM yang bermotif pemb.ur.uan badak air. Kanan: Patung badak air berusia 4,000 tahun yang disimpan di Muzium Brooklyn

Sememangnya, aktiviti memb.ur.u badak air merupakan suatu kebiasaan bagi masyarakat Mesir Purba. Haiwan itu dib.ur.u bagi mendapatkan daging, kulit, lemak, dan taringnya.

Aktiviti memb.u.ru badak air juga selalu menjadi motif kesenian pada zaman Pra-Dinasti. Contohnya seperti yang dapat kita lihat pada mangkuk berusia 3,700 SM ini. Ia menggambarkan seorang lelaki sedang memb.ur.u dan mele.mp.arkan tempuling pada dua ekor badak air; seekor bersaiz besar dan seekor lagi bersaiz kecil.

Selepas tahun 3,000 SM, aktiviti memb.u.ru badak air mula dijadikan sebagai aktiviti lazim bagi golongan istana. Hal ini kerana ia mula dilihat sebagai cara memperagakan kekuatan dan kegagahan – sama seperti aktiviti memb.u.ru singa, harimau, ataupun gajah.

Maka semenjak itu, motif seni berkaitan aktiviti memb.ur.u badak air mula memasukkan imej firaun. Motif sebegini menyimbolkan kejayaan firaun dalam mengembalikan keamanan, memandangkan badak air sememangnya dilihat sebagai simbol kek.aca.uan – ia bahkan dikaitkan dengan Seth, seteru Horus. Motif sebegini dapat dilihat antara lain pada serpihan relif di Kuil Makam Pepi II, Saqqara seperti di bawah.

Imej firaun memburu badak air adakalanya menjadi medium propaganda untuk menambah kemegahan

Selain dipuja dan dibu.ru, badak air juga dipelihara oleh masyarakat Mesir Purba untuk memenuhi keperluan industri dan dikorbankan untuk tujuan keagamaan.

Enam tahun lepas, sekumpulan arkeologis menjumpai sejumlah r.ang.ka haiwan termasuk badak air di Heirakonpolis (Nekhen), kota berusia lebih 5,000 tahun yang diperakui sebagai salah sebuah zoo terawal di dunia.

Antara yang ditemukan termasuklah rangka dua ekor babun dan seekor anak badak air yang p.ata.h tulang kaki, serta seekor antelop dan lembu yang juga mempunyai kesan-kesan kec.ede.raan akibat diikat.

Memandangkan tiada kesan la.pa.han dijumpai pada rangka berkenaan, arkeologis menyimpulkan yang haiwan-haiwan di Nekhen lebih cenderung dipelihara untuk tujuan keagamaan – yakni dijadikan kor.ba.n buat dewa-dewi dan bukannya sebagai ternakan.

Bagaimana pun setakat ini, belum ada mumia badak air pernah dijumpai, tidak seperti buaya, kucing, babun, dan burung sekendi.

RUJUKAN

Snell, Alison. (20 December 2020). Egyptian Hippos: Ancient Symbol of Protection, Rebirth, and Hunting. Ancient Origins.

Watson, Traci. (25 May 2015). In Ancient Egypt, Life Wasn’t Easy for Elite Pets. National Geographic.

O’Brien, Jane. (17 November 2011). Unwrapping the ancient Egyptian animal mummy industry. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.