Sebenarnya dalam budaya Cina, babuy atau bahasa lunaknya khinzir juga sering dikaitkan dengan benda-benda negatif.

Antara 12 zodiak, anjing dan khinzir (Bahasa Mandarin: zhu) dianggap paling rendah darjatnya. Manusia durjana kami panggil 猪狗不如 (zhugou buru), bermaksud “lebih teruk dari khinzir dan anjing”. Kawan jahat kita panggil 猪朋狗友 (zhupeng gouyou) yakni kawan umpama khinzir dan anjing. Orang yang kurang cerdik kita panggil 猪头 (zhutou) atau kepala khinzir.

Sebab itu dalam salah satu karya sastera Cina teragung, “Journey to the West”, watak antihero Zhu Bajie ialah seekor khinzir. Semua sifat-sifat tercela dari malas, kuat dengki, penakut, rakus, hingga tamak semua dikaitkan dengan watak Zhu Bajie.

Dan sebab itulah, dalam sejarah China pun ada tabu (taboo) tentang khinzir ni. Semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), rakyat jelata dilarang untuk menyebut perkataan khinzir atau “zhu” kerana nama keluarga maharaja Dinasti Ming ialah Zhu. Bunyi sama tapi maksud berbeza. Tapi tetap tak elok, macam merendahkan darjat maharaja.

Jadi maharaja tak nak nama mereka disamakan dengan makhluk khinzir. Nama khinzir ditukar dari “zhu” kepada “shi” (豕). Perkataan 豕 ini menjadi asas kepada perkataan khinzir dalam Bahasa Jepun (Kanji) iaitu “buta” (豚).

Malah sampai satu tahap maharaja langsung nak haramkan khinzir di seluruh China, di waktu pemerintahan Maharaja Zhengde atau Zhu Houzhao (1505-1521). Tapi disebabkan perintah larangan itu terlalu drastik, maka dimansuhkan. Hanya selepas kejatuhan Dinasti Ming, baru khinzir tidak lagi dianggap tabu.

Kenapa nak cerita pasal kisah purbakala ini? Sebab nak bagitau, setiap masyarakat ada tabu dia. Tabu boleh berlaku di mana-mana, di bila-bila masa, hatta di kalangan masyarakat yang dianggap tiada tabu tersebut.

Justeru, jagalah sensitiviti sesama lain dan respect each others’ boundaries. Respect leads to trust; trust leads to unity. Masalah kita ialah kita berangan nak unity, tapi respect tak ada; maka yang ada hanya mutual distrust dan hostility.

Jadi sebenarnya tiada perlunya mengucap selamat tahun babuy bagai. Over. Selamat Tahun Cina dah cukup elok. Kalau kau mampu ucap Nongli Xingnian Kuaile (农历新年快乐) atau Chunjie Kuaile (春节快乐) lagi cemerlang. Nak lagi hebat ucap Gong Xi Fa Cai dalam semua dialek suku yang ada di Malaysia ni. Selamat tahun babuy ni dah macam menganjing.

Dalam gambar: Kiri – Maharaja Yongle (1402-1424) atau Zhu Di, maharaja yang mendirikan hubungan diplomasi dengan Parameswara; kanan – Maharaja Xuande (1425-1435) atau Zhu Zhanji. Maharaja Dinasti Ming ni semuanya misai dan janggut dahsyat-dahsyat, dan macam bukan Cina Han tapi Pashtun dari Afghanistan.

Itu saja. Nak raya dan malas nak layan ucapan selamat tahun babuy yang bikin darah naik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.