Moving Forward As One

Bila Babi-Babi Berterbangan Di Parlimen

1,493

Sesetengah anak muda di negara kita sering menggambarkan seseorang yang suka bercakap besar dengan frasa “kau kalau sembang, babi pun terbang” yang bermakna seseorang itu hanya pandai bercakap dan tidak pandai untuk melaksanakan tugasnya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tapi, lain pula yang terjadi di Taiwan pada tahun lalu. Pada suatu hari, ahli-ahli politik Taiwan berbincang mengenai isu daging babi yang sedang dititikberatkan pada ketika itu. Mereka berbincang dan kemudian berlakunya satu insiden yang menyebabkan babi-babi ini ataupun daging babi ini berterbangan di ruang parlimen itu.

Tetapi, mengapa?

Perkara ini bermula apabila presidennya, Tsai-Ing Wen mengumumkan bahawa Taiwan akan mengimport daging babi dari Amerika Syarikat bermula pada awal tahun ini. Namun, daging babi tersebut mempunyai ractop.amine yang telah diharamkan di Eropah dan China.

Walaubagaimanapun, tindakan itu mendapat kecaman dari parti pembangkang, Kuomintang Party (KMP) kerana ianya bakal memberi kemu.daratan kepada rakyat Taiwan dan mengingatkan semula bahawa beberapa tahun kebelakangan ini, Taiwan sering terpalit dengan isu makanan import.

Keadaan ketika pergaduhan memgenai isu babi di parlimen Taiwan

Sejak sidang parlimen diadakan pada pertengahan September, pihak pembangkang sering mengadakan protes dengan menghalang salah seorang pemimpin tertingginya, Su Tseng-Chang untuk berbahas di parlimen mengenai perbentangan laporan pihak kerajaan.

Kemuncaknya, untuk memastikan Tseng-Chang boleh berucap pada sidang seterusnya, pihak kerajaan telah membuat penghadang di sekitar tempat di mana beliau dan berucap dan para ahli kerajaan yang lain membunyikan wisel dan menepuk tangan sepanjang Tseng-Chang berjalan dari pintu masuk ke tempat duduknya.

Pihak pembangkang pula mempunyai rancangan balas yang berbeza. Sebaik sahaja beliau memulakan ucapan, pihak pembangkang membaling daging-daging babi dan daging-daging babi itu berterbangan ke arah tempat duduk kerajaan, terutamanya Tseng-Chang. Pihak kerajaan kemudian membaling semula daging babi tersebut kepada mereka dan berlaku lah p.erang baling membaling daging babi ke arah antara satu sama lain.

Daging-daging babi yang bersepah di atas lantai di ruang parlimen.

Parti kerajaan, DPP, menyelar tindakan protes yang dilakukan oleh pihak pembangkang itu. Jurucakap mereka berkata, daging babi tersebut merupakan lebihan makanan yang tidak dihabiskan dan parlimen mula tercemar dengan baunya yang sangat busuk. Jurucakap pihak pembangkang, KMT pula membalas bahawa tindakan mereka itu sebagai simbol bahawa jika projek itu dijalankan, ianya memberi anc.aman kesihatan kepada rakyat Taiwan.

Sebenarnya, tunjuk perasaan dan protes di parlimen bukanlah sesuatu yang biasa di Parlimen Taiwan. Kejadian tersebut sedikit sebanyak mencalarkan imej Parlimen Taiwan di mata masyarakat global. Namun, apa yang pasti, politikus di Taiwan ini bukanlah hanya sekadar cakap sahaja, mereka betul-betul membuatkan babi-babi terbang ke pemimpin-pemimpin mereka.

RUJUKAN:

Thomson Reuters. (2020, November 27). Fists and pig guts fly in Taiwan parliament debate on U.S. pork. Reuters. https://www.reuters.com/article/us-taiwan-politics-idUSKBN2870G5.

Pig guts fly and opponents hog the floor in Taiwan debate over US pork. South China Morning Post. (2020, November 27). https://www.scmp.com/news/china/politics/article/3111631/fists-and-pig-guts-fly-and-opponents-hog-floor-taiwan.

The Jakarta Post. (n.d.). Pig guts fly in Taiwan parliament protest. The Jakarta Post. https://www.thejakartapost.com/news/2020/11/27/pig-guts-fly-in-taiwan-parliament-prote.st-.html.

Ruangan komen telah ditutup.