Aziz Sattar ialah Malaysia’s most beloved comedian. Beliau mudah didekati oleh sesiapa saja, tak kira tua atau muda. Kalau nak tahu, Aziz Sattar mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9 tahun lagi!

Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta dilahirkan di Pekalongan, Kepulauan Bawaen, Surabaya pada 8 Ogos 1925. Anak kepada pasangan Satta Sawal dan Satimah Jalal ini kemudiannya membesar di Pasir Panjang, Singapura.

Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.

Aziz Sattar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Raja, Singapura. Antara kawan rapatnya ketika kecil ialah seniman Shariff Dol dan Salleh Kamil.

Ketika berusia 9 tahun, beliau sudah mula membuat lawak secara spontan. Di samping itu, beliau juga sering menyanyi di majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebelum memasuki bidang perfileman, Aziz Sattar aktif di pertunjukan pentas. Ketika itulah beliau mengenali seorang pelawak pentas yang terkenal iaitu Aziz King Godobell.

Aziz King Godobell sangat tertarik dengan keperibadian dan lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Aziz Sattar. Selepas itu, beliau sering mempelawa Aziz Sattar untuk mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis keraian di seluruh Singapura.

Aziz Sattar telah mula bekerja di studio Jalan Ampas sebagai juru alih suara pada tahun 1952. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam filem Putus Harapan (1953) sebagai pelakon tambahan. Ketika itu beliau menggunakan nama Aziz Jr.

Pada tahun 1955, Aziz Sattar berlakon sebagai penjahat dalam filem Ribut. Wataknya macam psiko sikit. Yang menariknya filem ini dibuat dalam bentuk warna!

Dua tahun kemudian, Aziz Sattar terpilih untuk membintangi filem Bujang Lapok (1957) arahan P.Ramlee. Dalam filem inilah P.Ramlee membawa lawak jenaka Aziz Sattar dan S. Shamsuddin ke next level.

In real life, Aziz Sattar pernah kahwin dengan Dayang Sofia, gadis yang diselamatkannya dalam filem Bujang Lapok. Mereka bernikah pada bulan November 1959, kira-kira dua tahun selepas filem Bujang Lapok ditayangkan.

Komen Aziz Sattar ketika diambil berlakon dalam Bujang Lapok: “Saya biasa melawak dengan P.Ramlee di mana-mana sahaja. Tapi bila dia jadi pengarah, dia jarang ambil saya berlakon. ”

“Rupa-rupanya dia pilih seseorang pelakon bukan kerana kawan, tapi mengikut kesesuaian watak. Kalau peranan itu sesuai, musuh pun dia ambil berlakon.”

Selain berlakon filem, Aziz Sattar sering diundang untuk membuat persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Regunya di pentas ialah seniman Ibrahim Pendek.

Ini pula gambar dari tahun 1962, Aziz Sattar sedang buat persembahan dengan satu lagi pasangan suami isteri dalam kalangan bintang filem iaitu Jins Shamsudin dan Rahmah Rahmat.

Aziz Sattar beliau berlakon studio Jalan Ampas sehinggalah penutupannya pada tahun 1967. Selepas itu Aziz Sattar menyepikan diri daripada industri filem. Beliau lebih banyak membuat persembahan pentas di sekitar Singapura dan Malaysia.

Pada tahun 1975, barulah Aziz Sattar kembali semula ke dunia perfileman dengan menjadi pengarah di bawah syarikat Sabah Film Production milik Deddy M. Borhan. Filem pertama yang diarahkannya ialah Keluarga Comat (1975).

Beliau juga pernah menghidupkan semula trio Bujang Lapok yang terkubur sejak 1961 menerusi filem Bujang Lapok Kembali Daa… (1985) yang menampilkan S. Shamsuddin, Nasir P.Ramlee dan dirinya sendiri.

Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Aziz Sattar telah mengarahkan banyak filem termasuklah Si Badol (1978), Setinggan (1981), Penyamun Tarbus (1981) yang memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik semasa Festival Filem Malaysia ke-2 pada tahun 1981 dan Darah Satria (1983).

Bagi Aziz Sattar, pelawak pentas tak perlu pakai macam badut untuk buat orang ketawa. Pakai smart pun boleh, yang penting adalah pengisian bahan lawak tersebut.

Pelawak-pelawak di tahun 1950-an sampai 1980-an (zaman Jamali Shadat, Yahya Sulong, R. Jaafar & A.R. Badul) mereka semua pakai coat bila buat ‘stand-up comedy’.

Bagi menghargai jasa & sumbangannya dalam industri filem, Aziz Sattar telah dikurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1990, Anugerah Seniman Veteran di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dan Darjah Panglima Jasa Negara (PJSN) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.

Pada tahun 2012, Aziz Sattar pernah muncul dalam satu episod siri animasi Upin & Ipin. Hara pada geng Les’ Copaque yang buat episod tu kongsikan pengalaman bekerja dengan Pak Aziz.Aziz Sattar meninggal dunia pada 6 Mei 2014 ketika berusia 89 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Al Fatihah buat rohnya, semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.