Jika disebut nama Aziz Ishak, mungkin tak ramai yang mengenali beliau melainkan para pecinta sejarah, terutamanya sejarah politik tanah air. Berlainan dengan abangnya, Yusof Ishak yang merupakan figura yang cukup terkenal, lebih-lebih lagi apabila Yusof dilantik sebagai Presiden Singapura yang pertama.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kisah Aziz Ishak ini tidak kurang hebatnya, antara kisah yang paling diingati apabila beliau bertengkar dengan Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya pada ketika itu. Seperti abangnya, Aziz juga turut dilahirkan di Trong, Perak . Pada mulanya, Aziz ingin bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Namun, dek kerana statusnya yang bukan berasal dari golongan bangsawan, permohonan beliau itu ditolak. Lantas, beliau bersekolah di Sekolah Victoria Bridge dan seterusnye ke Raffles Instituition, Singapura.

Foto keluarga Aziz Ishak

Di alam persekolahannya, Aziz mula rapat dengan beberapa individu yang kemudiannya turut mencatat sejarah sebagai tokoh seperti Sardon Jubir, Hamid Jumaat dan Ahmad Ibrahim. Beliau juga sering menulis artikel-artikel lalu diterbitkan di ruangan akhbar Warta Malaya melalui bantuan abangnya, Yusof yang bekerja di sana.

Setelah menamatkan Senior Cambridge,  Aziz menyertai perkhidmatan awam dan dilantik sebagai pegawai perikanan seperti bapanya dan ditempatkan di Port Dickson . Kemudian, beliau diarahkan untuk berpindah ke Kuantan dan seterusnya ke Kuala Krau.

Di Kuantan, beliau amat bersimpati dengan nasib yang diterima oleh nelayan tempatan di sana dan beliau sering membawa nasib mereka ke pihak atasan. Di Kuala Krau pula, pegawai atasannya sering menyuruhnya membaca sahaja buku berkaitan perikanan berbanding turun ke kawasan nelayan. Hal ini membuatkan Aziz benci terhadap penj.a.jah pada ketika itu.

Ketika p.eran.g meletus, Aziz ketika itu berkhidmat  sebagai Ketua Bahagian Perikanan di Singapura. Dikhabarkan, Aziz pernah dip.ukul beramai-ramai oleh tent.era Jepun kerana beliau enggan memberikan lesen kepada pemborong yang juga merupakan seorang t.ent.era.

Aziz Ishak (kanan) dan Othman Wok di Pejabat Utusan, Singapura.

Sewaktu Malayan Union hendak ditubuhkan, Aziz kerap mengkritik British bahawa tindakan British itu salah sama sekali. Beliau juga mengkritik UMNO yang dibarisi oleh anak-anak bangsawan tanpa hala tuju yang jelas menurutnya lagi.Dalam bidang politik, Aziz bersama Abdul Samad Ismail menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Sedar (GERAM) pada 1946.

Namun, apabila GERAM diharamkan oleh British pada 1948, Aziz mengikuti abangnya sebagai wartawan dan ditempatkan di Kuala Lumpur. Aziz juga satu-satunya wartawan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Perseketuan. Beliau sering menggesa kerajaan agar menamatkan darurat.

Pada tahun 1950, Aziz menyertai UMNO dan turut bersama Dato’ Onn menubuhkan IMP. Aziz kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengerusi IMP Kuala Lumpur  dan turut bertanding bagi kawasan Sentul semasa Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952, namun beliau tewas.

Aziz Ishak dan Tunku

Di dalam bidang kewartawanan, antara yang paling diingati ketika beliau mewakili Utusan Melayu membuat liputan semasa Majlis Pertabalan Ratu Elizabeth pada 1951 di London. Di London, beliau menggambarkan keadaan itu seperti wayang opera cina. Apabila pihak pemerintah mendapat laporan mengenai hal tersebut, Aziz segera dipanggil oleh Sir Gerald Templer.

Di pejabat Templer, mereka berdua saling bert.ikam lidah dan Aziz digelar sebagai wartawan tikus oleh Templer. Templer turut mencabar Aziz agar melaporkan kejadian tersebut di ruangan akhbar Utusan. Aziz yang terasa tercabar itu segera keluar dari pejabat tersebut dan menghempas pintu dengan kuat dan berkata beliau akan melaporkannya.

Pada  April 1953, Aziz menyertai UMNO semula atas pujukan Tunku dan turut terlibat semasa Sidang Meja Bulat Perikatan untuk Pilihan Raya Malaya yang pertama. Aziz kemudiannya dilantik sebagai Ketua UMNO Selangor dan Ketua Perikatan Selangor.

Sepucuk surat yang menceritakan semangat anti British Aziz Ishak

Beliau juga turut bertanding sebagai calon bagi Parlimen Kuala Langat pada 1955 dan menang di dalam pertandingan itu.  Manifesto beliau pada ketika itu tertumpu kepada isu bahasa Melayu, pertanian, ekonomi dan hak orang Melayu.

Walaubagaimanapun, manifesto yang dibawa oleh Aziz pada ketika itu kurang mendapat perhatian dari kebanyakan pemimpin Perikatan kerana tujuan utama mereka pada ketika itu ialah untuk merdeka. Ini menyebabkan hubungan Aziz dan rakan kabinet lain mulai renggang.

Aziz juga mahukan para pegawai British yang ada pada ketika itu ditukar kepada rakyat tempatan dan beliau juga kerap memperjuangkan isu kebebasan akhbar yang amat dikongkong ketika pemerintahan British.

Aziz juga turut bersama di dalam kabinet pertama Tunku Abdul Rahman selepas merdeka dan dilantik sebagai Menteri Pertanian. Beliau juga pernah memangku jawatan Menteri Pendidikan ketika Khir Johari sedang bercuti. Aziz merupakan individu yang bertanggungjawab menukarkan nama “sekolah rakyat” kepada “sekolah kebangsaan”.

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. Aziz berada di belakang Tunku

Di dalam tempohnya sebagai Menteri Pertanian,  Aziz kerap memperjuangkan nasib-nasib petani tempatan yang tidak terbela. Beliau juga pernah mencadangkan agar kilang baja urea diwujudkan pada 1961 bagi membantu para petani. Namun, cadangan beliau ini tidak dipersetujui oleh Tunku atas alasan perbelanjaan yang besar . Aziz merasakan bahawa Tunku cuba untuk melindungi kilang baja British bagi mengelakkan persaingan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Aziz kemudian dipindahkan ke Kementerian Kesihatan pada 1963 dan beliau terus meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO. Aziz kemudian menubuhkan Parti Konvensyen Negara untuk bertanding semasa Pilihan Raua Umum 1964.

Ketika era Konfrotasi, Aziz bersama tokoh-tokoh kiri yang lain telah ditang.kap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh sebagai pengkhianat dan bekerjasama dengan pihak Indonesia. Walaubagaimanapun, Aziz menafikan dakwaan tersebut.

Setelah dibebaskan, Aziz menjalani kehidupan beliau sebagai rakyat biasa sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau juga turut menolak sebarang penganugerahan sepanjang hidupnya. Aziz selayaknya dikenang sebagai seorang menteri yang berani dan lantang dalam memperjuangkan isu rakyat.

Buku memoir Aziz Ishak

Hal ini juga turut diakui oleh Tun Abdul Razak. Beliau mengatakan bahawa beliau sering memerhatikan dan kagum dengan cara Aziz dalam mengendalikan isu-isu pertanian, terutaamanya bagi menghapuskan orang tengah.

Al Fatihah buat Aziz Bin Ishak.

RUJUKAN:

Aziz kept bucking his British bosses. The Star Online. (2007, August 6). https://web.archive.org/web/20110521071022/http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2007%2F8%2F6%2Fnation%2F18503612&sec=nation.

FOUNDING FATHERS WITH ABU TALIB AHMADJournalist-turned-politician Abdul Aziz Ishak was an avowed socialist who played a role in the struggle for independence but remains largely unappreciated. (2007, August

The ‘unknown’ Aziz Ishak. The Star Online. https://web.archive.org/web/20110521070940/http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2007%2F8%2F6%2Fnation%2F18501532&sec=nation.

-adminhttps://aliran.com, A., & admin, A. (2020, October 2). Aziz Ishak – wartawan berani bangkit menghadap ‘Harimau Malaya’ Gerald Templer. Aliran. https://aliran.com/thinking-allowed-online/aziz-ishak-wartawan-berani-bangkit-menghadap-harimau-malaya-gerald-templer/.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.