Malaysia tidak pernah ketandusan bakat dalam banyak bidang termasuk bidang sains aeroangkasa. Terbaru, Muhammad Azhar Ali, 20, berjaya mendapat biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Artemis anjuran agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu.

Berita tersebut dikongsikan di akaun Twitter miliknya baru-baru ini. Cabaran Artemis ialah satu pertandingan yang mencabar para peserta mereka antara muka sut angkasawan yang bakal digunakan oleh angkasawan misi Artemis 2024 ke Marikh.

Azhar berjaya mendapat markah 96.77%, satu pencapaian yang membanggakan kerana berjaya menewaskan tiga juta peserta pertandingan dan tergolong dalam kelompok 1% teratas. Daripada 3,623,982, hanya 1.52% sahaja yang mendapat markah antara 90 hingga 100 yang terpilih mendapat biasiswa NASA.

NASA turut menganugerahkan Saintis Rakyat kepada Azhar sebagai menghargai pencapaiannya. Dia kini bakal melanjutkan pelajaran di National University of Singapore dengan biasiswa penuh NASA!

Pencapaian Azhar menarik perhatian ramai pihak termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

RUJUKAN:

Bernama. (2020). Tahniah Saudara Azhar – PM. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/573541/tahniah-saudara-azhar-pm

Hitz. (2020). 20yo Msian Student Gets A NASA Scholarship After Worldwide Top Score. https://hitz.com.my/trending/trending-on-hitz/20-year-old-malaysian-student-nasa-scholarship-top


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.