Apabila Azhar Ali berkongsi tentang kejayaannya melalui kicauan Twitter, kami (seperti orang lain) masih lagi skeptikal. Kedudukan kami pada masa itu bukanlah kerana Azhar ialah seorang Melayu. Sebaliknya disebabkan tiada langsung laporan sampingan yang meyakinkan. Tetapi apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah, kami berasa amat berbangga. Mungkin inilah kesahihan yang diperlukan selama ini.

Artikel mengenai Azhar di The Patriots sebelum ini: https://www.thepatriots.asia/azhar-ali-pemenang-cabaran-artemis-nasa/

Jadi kami pun naikkanlah artikel mengenai kejayaan Azhar Ali. Malaysia memang tidak pernah ketandusan bakat dalam sains aeroangkasa. Dan pencapaian Azhar Ali (disokong pula dengan ucapan tahniah pemimpin-pemimpin kerajaan) ialah satu kebiasaan.

Ditambah pula memang ada Cabaran Artemis yang dianjurkan agensi angkasa Amerika Syarikat tersebut.

Dalam emel yang katanya diterima Azhar, ada satu perkara yang benar-benar membogelkan status palsu semuanya. Kalau lihat infografik yang memuji rekaan baju angkasa Azhar, semua boleh nampak kesalahan tatabahasa yang begitu jelas (was is).

Kesalahan tatabahasa ini seratus peratus mengatakan bahawa Azhar Ali bukan “Citizen Scientist” seperti diuar-uarkan. Takkan pula NASA yang mengamalkan “Failure Is Not an Option” boleh tersilap sedemikian rupa?

Malah lebih ketara lagi, nama Azhar Ali tiada pun dalam direktori Citizen Scientist yang lain di sini:

https://science.nasa.gov/people/view?title=&tid=7&title=&tid=7

Pada awal semasa menyedari perkara ini, kami menyangka ia masih lagi belum dikemaskini. Maka kami telahpun menghubungi NASA melalui emel (yang masih belum dibalas).

Dalam pautan tersebut, kalian boleh nampak satu senarai bergambar serta temubual bersama Citizen Scientist lain. Dan sehingga hari ini Azhar Ali masih tiada.

Lebih-lebih lagi sekarang ini Twitter Azhar Ali pula diperibadikan. Walaupun emel kami tidak berbalas dan tiada penafian daripada NASA, kami bersetuju dengan pendapat umum bahawa Citizenship Scientist Azhar tidak benar.

Dan Azhar pula mengesahkan bahawa dia ditipu.

 

Azhar juga menegaskan bahawa memang dia menyertai Cabaran Artemis untuk menciptakan baju paling sesuai.

Buat masa sekarang, kami tidak dapat mengesahkan bahawa Azhar menipu atau ditipu. Tetapi realiti tersebut nampaknya sudah tidak penting. Kerana satu perkara lagi lebih jelas dan ketara: banyak perkara mengenai Azhar memang negatif.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Seorang pengguna Twitter berkata, “budak NASA ni tegaskan dia tulis tesis untuk program ni, tapi malangnya dia tiru semuanya dari Internet.”

Malah Azhar juga dituduh mengatakan dia diberikan tempat untuk belajar Matematik untuk Kosmologi di Universiti Negara Singapura (NUS). Tetapi sebenarnya NUS tidak tawarkan pun jurusan tersebut.

Dan yang paling menjengkelkan mengenai Azhar ialah keculaparannya mengutuk cabang sains botani sebagai “sampah”.

Apabila dikecam, Azhar memetik Artikel 10 sebagai hak asasi untuk bersuara siap mengatakan orang mengutuknya “misanthrope” lagi.

Keceluparan ini mengingatkan kami tentang seorang pelatih NASA yang dipecat serta merta kerana kata-kata kurang ajar. Naomi mengicaukan perlantikannya dengan kata-kata kesat.

Setelah ditegur, dia masih lagi berkata kesat tanpa menyedari orang menegurnya ialah penyelia dalam program NASA.

Kalau kata kesat pun boleh membuatkan seorang pelatih dibuang, apakah akan berlaku bila seseorang mengutuk cabang sains sebagai sampah?

Maka tidak keberatan juga kami untuk memohon maaf atas pengudaraan artikel memuji kepalsuan yang berlaku. Ingin kami menegaskan bahawa kami amat berbangga bila seorang Malaysia berjaya menggapai langit dan meninggalkan bumi.

Dengan pujian daripada Perdana Menteri, kami menyangka ia memang sahih.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.