Azan Dalam Bahasa Turki

1,290

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “Azan” ditakrifkan sebagai “kalimat-kalimat tertentu yang dilaungkan untuk memanggil orang bersembahyang”.

Bahasa Turki ataupun nama asalnya, Türkçe adalah bahasa Turkik di bawah cabang Oghuz Barat yang dituturkan oleh 88 juta orang di seluruh dunia khususnya di Turki, Cyprus Utara dan Cyprus. Artikel ini membincangkan tentang azan dalam versi Turki.

Setelah tumbangnya Empayar Uthmaniyyah (1299-1924) pada hari Selasa bertarikh 3hb Mac 1924, Presiden Pertama Republik Turki dari tahun 1923 sehingga 1938 iaitu Mustafa Kemal Atatürk telah melakukan banyak pembaharuan dalam pelbagai sudut.

Antara sudut tersebut adalah pengturkian panggilan Azan.  Artikel ini membincangkan tentang azan dalam versi bahasa tersebut.

Azan dalam versi Bahasa Turki dimulakan dengan ayat “Tanrı uludur”. Ayat tersebut adalah bermaksud “Tuhan itu hebat”. Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “Tuhan” dan “itu hebat”.

Untuk pengetahuan semua, perkataan “Tanrı” dalam Turki adalah masing-masing sepadan dengan “tarï”, “taňry”, “táńiri”, “tengri”, “tangara” dan “toră” dalam Qashqai, Turkmen, Kazakh,Uighur , Yakut dan Chuvash.

Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang siapa empunya zat yang mempunyai kehebatan.

“Şüphesiz bilirim bildiririm Tanrı’dan başka yoktur tapacak” adalah ayat kedua dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Tiada lain yang disembah selain Tuhan, ini aku katakan dan umumkan, tanpa ragu”.

Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “tidak syak lagi”, “aku tahu”, “aku akan memberitahu”, “dari Tuhan”, “lain”, “tidak ada”, “untuk beribadah”.

Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang pengakuan seorang hamba dalam menyembah zat yang Maha Esa.

“Şüphesiz bilirim bildiririm Tanrı’nın elçisidir Muhammed” adalah ayat ketiga dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Muhammad itu pesuruh Tuhan, ini aku katakan dan umumkan, tanpa ragu”.

Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “tidak syak lagi”, “aku tahu”, “aku akan memberitahu”, “Tuhan”, “utusan adalah”, “Muhammad”.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang pengakuan seorang hamba dalam mengakui Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

“Haydi namaza” adalah ayat keempat dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Marilah Sembahyang”. Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “ayuh”, “doa”.

Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang permintaan pelaung Azan dalam mengajak orang ramai menunaikan sembahyang.

“Haydi Felaha” adalah ayat kelima dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Marilah Felah”. Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “Ayuh”, “menuju Felah”.

Perkataan “Felah” dalam Turki berasal daripada bahasa Arab, “Falah (فلاح)” yang bermaksud “kejayaan, kebahagiaan, kesejahteraan”. Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang amalan sembahyang mampu membantu menuju kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

“Namaz uykudan hayırlıdır” adalah ayat keenam dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Sembahyang lebih bermanfaat daripada tidur”.

Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “Sembahyang”, “Tidur”, “Ianya lebih baik”. Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang amalan sembahyang yang jauh lebih baik daripada meneruskan tidur.

“Tanrı’dan başka yoktur tapacak” adalah ayat keenam dalam Azan versi Bahasa Turki. Ayat tersebut adalah bermaksud “Tiada lain yang disembah selain Tuhan”.

Terjemahan perkataan demi perkataan dalam ayat berkenaan adalah “Daripada Tuhan” , “selain”, “tiada”, “disembah”. Ayat tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang ketegasan seorang hamba dalam menyembah hanya kepada Allah.|

Kesimpulannya, itu adalah penerangan ringkas tentang azan dalam versi Bahasa Turki. Sejak tahun 1932, Azan dilaungkan dalam Bahasa Turki selama 18 tahun.

Sepanjang masa tersebut, sesiapa yang melaungkan azan dalam bahasa lain akan didenda sebanyak 300 Lira (RM 217) ataupun dipenjara sehingga 3 bulan

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.