Siri Syarahan Tokoh Negara 2018 bertajuk “Sumbangan Bidang Terjemahan dalam Pemupukan Kerjasama Ketamadunan Supranasional: Tumpuan Khusus Hubungan Tamadun Melayu-China” telah diadakan di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 11 Mac 2018.

Secara umumnya, Siri Syarahan Tokoh Negara 2018 menampilkan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM) di Beijing Foreign Studies University, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan. Secara keseluruhannya, Siri Syarahan Terjemahan ini telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Bahagian Terjemahan dan Interpretasi (BATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM Pulau Pinang.

Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan telah membuka tirai pengenalan syarahan dengan menerangkan kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia. Oleh hal yang demikian, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia menurut pandangan dan penyelidikan terperinci oleh Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan perlu bermula dari peringkat pendidikan terjemahan dan pengajian terjemahan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pengajian terjemahan di peringkat siswazah dan pengajian terjemahan di peringkat pascasiswazah di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) di seluruh Malaysia.

Selain itu, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia dalam peringkat pendidikan terjemahan dan pengajian terjemahan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pengajian terjemahan di peringkat siswazah dan pascasiswazah di Universiti Awam (UA) sememangnya menepati keperluan pasaran kerja yang tinggi dalam bidang bahasa, pendidikan, terjemahan, linguistik, tamadun, sejarah, hubungan antarabangsa, industri kreatif, kewartawanan dan kesusasteraan di dalam negara Malaysia dan antarabangsa.

Pada dasarnya, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan dalam perkembangan sejarah dan tamadun sememangnya penting ke arah memupuk persefahaman dan kerjasama antara tamadun dan negara berdasarkan hubungan sejarah dan budaya dalam tamadun Melayu dengan tamadun China yang bermula ketika era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah (Ruslan Zainuddin, 2004: 144).

Selain itu, menurut Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) di Beijing Foreign Studies University, Profesor Datuk Dr. Haji Awang Sariyan turut mengharapkan agar kepentingan bidang terjemahan dan pengajian terjemahan diberikan keutamaan dalam aspek pendidikan negara.

Tegasnya, bidang terjemahan wajar diangkat sebagai salah satu bidang pendidikan di peringkat pengajian ijazah di peringkat siswazah dan pascasiswazah di semua institusi pendidikan tinggi di Malaysia demi memantapkan lagi kajian dan perkembangan bidang terjemahan dan bahasa dalam tamadun dan kehidupan manusia.

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) diharapkan dapat menjadikan dan mengangkat nilai ekonomi pengajian terjemahan sebagai salah satu komponen kursus wajib Institusi Pendidikan Tinggi untuk semua pusat pengajian. Hal ini demikian jelas terbukti berdasarkan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus bahasa, linguistik, sosiolinguistik, terjemahan, penulisan dan kesusasteraan sebagai salah satu asas kemahiran penting bagi semua pelajar terjemahanx.

Selain itu, komponen pendidikan terjemahan dan pengajian terjemahan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain pengajian terjemahan di universiti awam dan universiti swasta di Malaysia perlu diwujudkan semula agar semua calon STPM dan semua mahasiswa di universiti awam dan universiti swasta memiliki kemahiran asas terjemahan untuk keperluan kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan.

Sejarah keunggulan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelektual dan terjemahan agung tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah telah berjaya ketika era kegemilangan tamadun Islam pada zaman Khalifah Al-Makmum. Hal ini demikian jelas membuktikan bahawa sejarah keunggulan Baitul Hikmah melambangkan satu kegemilangan mercu tanda sejarah terjemahan dalam era keemasan tamadun Islam yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk mengangkat kembali keunggulan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia.

Selain itu, sejarah keunggulan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelektual dan terjemahan agung tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah jelas terbukti menerusi keunggulan Baitul Hikmah yang dikenali sebagai Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah. Tegasnya, keunggulan Baitul Hikmah sebagai Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah sememangnya berperanan besar sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus profesional dalam bidang bahasa, terjemahan, sains, falsafah, sejarah, tamadun dan kesusasteraan.

Keunggulan Baitul Hikmah sebagai pusat terjemahan dan pusat perkembangan intelektual merupakan hasil pandangan terbuka oleh para pimpinan Khalifah Bani Abbasiyah dalam bidang intelektual. Selain itu, para penterjemah yang dilantik untuk bekerja sebagai pakar penterjemah di Baitul Hikmah tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa. Tambahan pula, Khalifah Al-Ma’mun sebagai pencinta seni dan pencinta ilmu falsafah telah meningkatkan lagi kegiatan intelektual dalam era keemasan Baitul Hikmah.

Oleh hal yang demikian, ganjaran wang emas kepada penterjemah telah merancakkan lagi kegiatan keilmuan tersebut sehingga pihak kerajaan dalam zaman Bani Abbasiyah memperuntukkan dana yang besar bagi pembangunan Baitul Hikmah, khususnya untuk membiayai perbelanjaan bayaran gaji dan sebagainya. Malah, dasar terbuka Khalifah Al-Ma’mun dalam Kerajaan Bani Abbasiyah jelas menunjukkan bahawa kesungguhan mereka dalam memajukan bidang intelektual sama seperti hasrat dan kesungguhan yang perlu dilaksanakan dalam memajukan bidang terjemahan di Malaysia dari peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan peringkat universiti awam dan universiti swasta di Malaysia.

Kemajuan dan keunggulan Baitul Hikmah ketika era pemerintahan Khalifah Al Ma’mun telah berjaya mengangkat kemajuan, keunggulan dan nilai ekonomi Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu tersohor tamadun Islam era kerajaan Abbasiyah yang berjaya melahirkan para ilmuwan agama dan ilmuwan umum. Selain itu, kemajuan, keunggulan, nilai ekonomi dan kegemilangan Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu tersohor era kerajaan Abbasiyah dan pusat terjemahan unggul d tamadun Islam ketika telah digelar sebagai “The Golden Age Of Islam.”

Demikianlah satu penegasan daripada kesimpulan hujah yang telah disampaikan oleh Prof Dr. Awang Sariyan bahawa keunggulan nilai ekonomi pengajian terjemahan dan kegiatan dunia ilmu pengajian terjemahan karya ilmu bahasa dan kesusasteraan pelbagai bangsa dan bahasa dalam lipatan sejarah era kegemilangan tamadun Islam dan tamadun dunia melambangkan wasilah tamadun, bangsa dan negara.

Demikianlah secara keseluruhannya perbincangan dan kajian tentang nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia menerusi syarahan bertajuk “Sumbangan Bidang Terjemahan dalam Pemupukan Kerjasama Ketamadunan Supranasional: Hubungan Tamadun Melayu-China” oleh Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan. Oleh hal yang demikian, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia perlu bermula dari peringkat pendidikan terjemahan dan pengajian terjemahan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pengajian terjemahan di peringkat siswazah dan pascasiswazah di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) di Malaysia.

Selain itu, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia dari peringkat pengajian terjemahan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pengajian terjemahan di peringkat siswazah dan pascasiswazah berdasarkan di Universiti Awam (UA) amatlah penting demi persaingan dalam memenuhi keperluan pasaran kerja yang tinggi dalam bidang bahasa, pendidikan, terjemahan, tamadun, hubungan antarabangsa, industri kreatif dan kesusasteraan.

Kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia dan China dengan melihat keunggulan nilai ekonomi pengajian terjemahan Baitul Hikmah dalam era keemasan kerajaan Abbasiyah dalam perkembangan sejarah dan tamadun Islam sejagat mampu memupuk persefahaman dan kerjasama antara tamadun dan negara berdasarkan perhubungan sejarah dan budaya dalam tamadun Melayu dengan tamadun China yang bermula ketika era kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu, usaha untuk mengangkat keunggulan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia diharapkan dapat mengangkat kembali sejarah keunggulan Baitul Hikmah sebagai contoh pusat perkembangan intelektual dan terjemahan agung tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah yang telah berjaya menjalankan kegiatan akademik ketika mencapai era keemasan dan era kegemilangan tamadun Islam pada zaman Khalifah Al-Makmum.

Hal ini demikian jelas terbukti menerusi keunggulan Baitul Hikmah dalam tamadun Islam sebagai Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah. Tambahan pula, keunggulan Baitul Hikmah sebagai “The Golden Age Of Islam” sememangnya berperanan besar sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus profesional dalam bidang bahasa, terjemahan, sains, falsafah, sejarah, tamadun dan kesusasteraan.

Tegasnya, kepentingan nilai ekonomi pengajian terjemahan di Malaysia dan China kini dalam pembangunan tamadun Malaysia, tamadun China dan tamadun Asia sejagat kini melambangkan wasilah tamadun, bangsa dan negara yang bersatu di dalam benua Asia sebagai benua terbesar di dunia.

RUJUKAN:

Awang Sariyan, 2018 “Siri Syarahan Tokoh Negara 2018: “Sumbangan Bidang Terjemahan  dalam Pemupukan Kerjasama Ketamadunan Supranasional: Tumpuan Khusus        

Hubungan Tamadun Melayu-China”, 11 Mac 2018.

Mahdi Shuib, Sazlina Othman dan Arjuna@ Mohd. Noor Yunus, 2016. Sejarah Islam

Penggal 2. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mahayudin Hj. Yahaya, 2001. Tamadun Islam Edisi Kedua. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Modul Puncak Sejarah STPM Kertas 2 Sejarah Islam (500-1918) Edisi 2016. Kesatuan Guru

Sejarah STPM Melaka.

Ruslan Zainuddin, 2004. Sejarah Malaysia Kertas 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru Sejarah, Guru Kelas Tuisyen Sejarah dan Pengurus Kelas Tuisyen Khay di Kuala Perlis dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian USM 2012: Major Kesusasteraan, Minor Sejarah. Pernah bekerja sebagai guru Sejarah MRSM Merbok dan memegang tugas Penyelaras Sejarah Tingkatan 1 MRSM Merbok 2018. Berpengalaman mengajarkan Sejarah STPM, Sejarah SPM, Sejarah Tingkatan 2, Sejarah Tingkatan 1, Bahasa Melayu SPM dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Pengalaman dalam penulisan kajian dan artikel sejarah, bahasa, linguistik, sastera, budaya, kearifan, sains, hiburan, berita dan penulisan puisi telah diterbitkan dalam The Patriots Asia, E Magazine The Patriots, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Tunas Cipta, Dewan Budaya, Klik Web DBP, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Kosmik, Jendela Utara, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Majalah Pendidik, Buletin AKSARA, Mutiara Kayang dan Antologi Dialog Puncak ASASI sejak Julai 2012 hingga 2019. Telah menulis hampir 100 artikel dan lebih 20 puisi dari tahun 2005 hingga 2019.

Comments are closed.