“Yang sepatutnya dicintai adalah cinta, yang sepatutnya dimusuhi adalah permusuhan,” tutur Fahri dalam satu babak.

Hari ini, saya dan isteri berpeluang menonton filem Ayat-Ayat Cinta 2. Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Ayat-Ayat Cinta 1 (tahun 2008) 10 tahun yang lepas.

Sebagaimana filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang diadaptasi dari Novel Buya Hamka, demikian juga filem Ayat-Ayat Cinta 2 yang diadaptasi dari novel Habiburrahman El-Shirazy (penulis Novel Ayat-Ayat Cinta 1 dan 2), kedua-duanya telah menggunakan wasilah cinta dalam menyampaikan mesej yang berat. Yang tersurat adalah kisah cinta insani, namun tersiratnya menyampaikan mesej cinta Ilahi.

Novel Ayat – Ayat Cinta 2

Jika Buya Hamka menyindir semangat perkauman yang berlatar adat Minangkabau disebalik kisah cinta antara Zainuddin dan Hayati, Habiburrahman El-Shirazy pula memerli halus Islamphobia di Eropah sambil memartabatkan maruah, kemanusiaan, akhlak dan mesej Islam Rahmatan Lil Alamin.

Setelah Fahri kehilangan isterinya, Aisha atau lebih tepat, Fahri tidak dapat menemukan isterinya sejak beberapa tahun lantaran isterinya hilang ketika bertugas sebagai sukarelawan di Gaza, Palestin. Keluarga besar Aisha sudah menerima hakikat bahawa Aisha sudah menemui syahid di Palestin tetapi tidak Fahri.

Fahri, yang tinggal di Edinburgh dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Edinburgh, terpaksa menjalani ke hidupan sehari-harinya sendirian tanpa Aisha. Mujur ada peneman bernama Hulusi, pembantu setianya yang berdarah Turki.

Hulusi yang menganggap Fahri sebagai guru, memanggil Fahri dengan ‘Hodja’. Dalam budaya Turki, Hodja adalah suatu panggilan hormat dari murid kepada seorang Guru.

Mengubati rindu beliau akan isterinya tercinta, Fahri menghabiskan hari-harinya dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan, pendidikan dan perniagaan yang dulu diusaha bersama Aisha.

Selain itu, Fahri yang ditonjolkan sebagai seorang Muslim yang sangat patuh pada agamanya menjalani kehidupan sebagai seorang yang sentiasa menolong orang lain walaupun berbeza bangsa hatta agama.

Beliau yang menetap di Edinburgh terdedah dengan kepelbagaian kepercayaan agama dan bangsa serta dikelilingi oleh tetangga yang terkesan pengaruh Islamophobia. Selepas siri serangan ke atas Kota London oleh kumpulan radikal muslim, Islam bahkan termasuk penganutnya ditohmah terrorist.

Walaupun begitu, Fahri telah menunjukkan contoh yang sangat baik. Dalam filem tersebut, beliau telah menolong wanita tua yahudi bernama Madam Katrina yang merupakan tetangganya yang telah dihalau dari rumah oleh anak tirinya sendiri. Fahri telah menolong dan bertindak sebagai seorang anak kepada ibu yang tidak pernah dilakukan oleh anak tiri wanita yahudi itu sendiri terhadap ibunya. Anak tiri Madam Katrina adalah bekas tentera Israel.

Selain itu, ada babak sebelumnya memaparkan Fahri telah menolong menumpangkan Madam Katrina ke rumah ibadah Yahudi dan berhujah kepada sahabatnya bahawa yang kita musuhi adalah Zionis yang zalim bukan setiap seorang Yahudi.

Sehingga dalam satu saat yang sangat menyentuh hati, ketika Fahri telah dicabar untuk berdebat mengenai konflik Timur Tengah di antara Israel dan Palestin. Tatkala berlangsung perdebatan di Universiti Edinburgh, Fahri telah menuturkan bahawasanya,

“Manusia itu diciptakan untuk mengasihi dan mencintai antara satu sama lain.”

Dan fahri juga menuturkan perkataan Bediuzzaman Said Nusri, yakni,

“Yang sepatutnya dicintai adalah cinta, yang sepatutnya dimusuhi adalah permusuhan.”

Dan Fahri juga menuturkan bahawasanya Fahri tidak memusuhi yahudi tetapi beliau memusuhi kezaliman.

Di dalam dewan perdebatan tersebut, anak kepada Madam Katrina telah bangun berdiri dan menyuarakan bahawa Fahri seorang terrorist. Saat para penonton melahirkan rasa terkejut, muncul Madam Katrina, menyatakan Fahri bukan seorang terorist dan telah bersumpah dengan nama Tuhan Musa dan berkata,

“Demi Tuhan Musa, Apa yang Fahri ungkapkan tentang cinta itu, dia sememangnya memiliki itu. Fahri sendiri telah membuktikan kepada diriku, dia telah menolongku dimana anakku sendiri tidak pernah melakukan hal itu kepadaku”.

Bayangkan, Madam Katrina menangis sambil berjalan menuju ke arah Fahri kemudian memeluk Fahri.

Fahri yang merupakan seorang Muslim, manakala Madam Katrina itu pula seorang Yahudi membuatkan suasana berpelukan itu telah membuatkan saya beberapa kali menyeka air mata yang membasahi kelopak mata saya. Allah, perasaan yang sangat luar biasa. Damai dan Indahnya Islam.

Tidak hanya Madam Kartina, beliau juga menolong secara senyap-senyap satu keluarga yang amat memusuhi beliau kerana akidahnya Islam. Keluarga ini telah kehilangan Ayah tercinta ekoran terkorban dalam serangan pengganas di London. Biarpun pelbagai kecaman dan kekacuan kepada Fahri, Fahri tetap menolong dan berusaha menjadi tetangga yang baik.

Fahri yang digambarkan suami yang setia mula menerima hakikat akan pemergian Aisha. Telah datang Hulya dalam hidupnya, bukan hanya Hulya sahaja malah ramai wanita telah menaruh hati pada Fahri kerana sifatnya yang sangat merahmati orang lain.

Dan bagaimanakah Aisyah? Adakah Aisya benr-benar terkorban? Adakah Aisyah tidak akan muncul? Dan bagaimanakah kemunculan dan perasaan Aisha apabila melihat bahawasanya suaminya sedang memulakan hidup baru bersama wanita lain?

Oh sebelum saya terlupa, filem ini walaupun berlatar belakang di Edinburgh, UK, bahasa Inggeris hanya 10% digunakan. Walaupun seperti tidak cocok watak orang Inggeris dan Yahudi bercakap bahasa Indonesia, akan tetapi itulah kelebihan warga Indonesia yang lebih martabatkan bahasa mereka dari bahasa asing. Persis filem Habibie lakonan Reza Rahadian 2 tahun yang lepas.

Saya tidak mahu bercerita semua kerana saya mahu para pembaca menikmati filem ini sebaik mungkin. Saya ingin katakan, filem ini sangat berbaloi untuk ditonton.

“Ayat-Ayat Cinta 2 bukan sekadar Cinta tetapi lebih dari itu, Ia sarat dengan mesej akidah, kemanusiaan, adab, akhlak, cinta dan kasih sayang yang merupakan inti ajaran Baginda SAW.”

Sekian,

AngahSunan, Pengasas Sunan Press PLT


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.