Antara persoalan yang bermain dalam landasan fikrah sains melibatkan spesis ayam. Ramai dalam kalangan saintis berdepan dengan dilema tanpa putus untuk mengenalpasti kedatangan ayam atau telur terlebih dahulu.

Paradoks sebegini sebenarnya ibaratkan mencari titik permulaan dalam suatu bulatan. Dan nama-nama hebat seperti Aristotle, Plutarch dan Macroblus sendiri tidak dapat menjawabnya. Walaupun soalannya remeh, asasnya merupakan salah satu tiang bagi evolusi dunia.

Sebenarnya bukan ayam sahaja terlibat dalam kebingungan 2,500 tahun ini. Persoalan yang sama boleh dibangkitkan bagi ular. Begitu juga antara pokok dan benih. Bagi fisiologi ayam, telur memerlukan ibu juga untuk dieram untuk dilengkapkan dengan proses penetasan. Jadi hujah bahawa ayam wujud dulu sepatutnya bernas.

Namun sebelum telur itu sendiri, harus difahami juga apa yang membuatkan mereka ayam?

Kedua-Duanya Datang Dahulu?

Setepatnya ayam dan telur kedua-duanya datang dahulu untuk memulakan spesis ayam. Kenyataan sebegini memang mengelirukan. Telur ayam pada hari ini mula terbentuk melalui proses evolusi selama jutaan tahun.

Sebelum ini haiwan lebih suka bertelur di dalam air seperti kolam atau sekurang-kurangnya apa-apa jua persekitaran lembap (Australian Academy of Science, 2018). Tetapi kehidupan yang sentiasa membaiki kelemahan sendiri telah menyaksikan perubahan selepas jutaan tahun.

Proses evolusi ini telah menghasilkan tiga perkara baharu dalam telur iaitu chorion, amnion dan allantois. Setiap perkara ini mempunyai fungsi saintifik berbeza. Tetapi dengan adanya mereka, sebutir telur mempunyai sokongan luar biasa.

Janin di dalam kulit telur mempunyai keupayaan untuk menggunakan simpanan zat, menyimpan bahan-bahan dikumuh dan bernafas tanpa air. Amnion, chorion dan allantois membolehkan telur hidup di tempat kering tanpa ancaman diri sendiri. Adanya ketiga-tiga ini juga membesarkan dan menambahkan kualiti telur.

Saintis tidak tahu punca kejadian tiga perkara ini, oleh kerana ketiadaan unsur fosil untuk dipelajari. Namun haiwan mamalia, reptilia dan burung yang berupaya untuk bertelur berasal daripada haiwan-haiwan berkaki belakang dan bertulang belakang yang hidup sekitar 300+ juta tahun dahulu. Perkara sama dilihat dalam ayam. Sebelum ayam pada hari ini wujud, terdapat sejenis spesis proto-ayam yang genetik mereka bermutasi. Apabila kedua-dua proto-ayam ini bersenyawa, genetik mereka menjalinkan sel pertama ayam hari ini.

Maka berpasang-pasang proto-ayam dalam tempoh yang sangat lama telah menyebarkan sumber makanan paling popular dalam kalangan manusia. Ayam pun bertaburan di setiap pelusuk dunia, bermula dengan ayam sebenar pertama.

Bapa Ayam Yang Beramanah Besar

Ayam Hutan Merah (gallus gallus) yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia (termasuk juga India) dipercayai induk ayam moden pertama. Spesis ini dipercayai berjaya dijinakkan manusia sekitar lebih daripada 10,000 tahun dahulu sebelum didagangkan ke seluruh dunia sebagai ayam moden (gallus gallus domesticus).

Kiraan matematik dibuat Makmal Sains Hayat Temasek pula menjarakkan lagi lingkungan masa ke anggaran 58,000 tahun dahulu pula. Ada juga penemuan bahawa ayam hutan merah terpisah secara evolusi daripada ayam hutan hijau sekitar 3.6 juta tahun dahulu.

Bab pemisahan genetik ini sangatlah meluas. Genetik kulit kuning dipercayai berasal daripada ayam hutan kelabu (gallus sonneratii). Spesis-spesis ayam hutan telah digabungkan, tidak pasti secara semulajadi atau usaha manusia. Yang pastinya, ayam moden berasal daripada induk-induk dikenali sebagai proto-ayam.

Disebabkan itu juga pasukan British mencapai kesimpulan bahawa ayam datang sebelum telur. Hanya melalui imbasan komputer sahaja rahsia ini tersingkap daripada kulit telur yang terhasil daripada kalsium karbonat (CaCO₃). Hanya melalui ayam betina sahaja penghasilan kulit telur mendapat bekalan kalsium secukupnya. Sumber pemakanan ayam daripada kulit udang juga merupakan faktor utama penghasilan kalsium.

Suatu lagi sumber ialah protin ovocleidin-17 yang ditemui hanya di ovari ayam sahaja (Reals, 2010). Tanpa protin ini, tidak mungkin sebutir telur pun boleh dihasilkan. Malah protin ini juga membolehkan seekor ayam betina hasilkan telur dalam tempoh 24 jam sahaja.

Jadi berkaitan dengan asal-usul ayam dan telur sebenarnya sangat kompleks. Ini kerana burung-burung proto-ayam menghasilkan ayam-ayam moden yang kemudian mengeram dan menetaskan telur mereka untuk meneruskan kemandirian spesis ini.

RUJUKAN:

Freeman, C. L., Harding, J. H., Quigley, D., & Rodger, P. M. (n.d.). Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein. Retrieved from https://doi.org/10.1002/anie.201000679

Eriksson J, Larson G, Gunnarsson U, Bed’hom B, Tixier-Boichard M, Strömstedt L, et al. (2008) Identification of the Yellow Skin Gene Reveals a Hybrid Origin of the Domestic Chicken. PLoS Genet 4(2): e1000010. https://doi.org/10.1371/journal.pgen.1000010

Reals, T. (2010, July 14). Chicken Came Before the Egg: “Scientific Proof”. Retrieved from https://www.cbsnews.com/news/chicken-came-before-the-egg-scientific-proof/

Sawai H, Kim HL, Kuno K, Suzuki S, Gotoh H, Takada M, et al. (2010) The Origin and Genetic Variation of Domestic Chickens with Special Reference to Junglefowls Gallus g. gallus and G. varius. PLoS ONE 5(5): e10639. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0010639

Xiang, H., Gao, J., Yu, B., Zhou, H., Cai, D., Zhang, Y., … Zhao, X. (n.d.). Early Holocene chicken domestication in northern China. Retrieved from https://doi.org/10.1073/pnas.1411882111


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.