Avengers 4: Ulasan Trailer Endgame

264

Trailer Avengers 4; Endgame sudah keluar (Marvel, 2018). Jadi penulis cuba untuk melakukan sedikit review dan analisis seberapa yang mampu.

Clip Pertama : Iron Man Di Angkasa

Trailer movie bermula dengan shot helmet iron man yang kelihatan rosak. Namun Tony Stark berjaya menghidupkannya kembali dan merekodkan mesej kepada penduduk bumi, terutamanya kepada Avengers dan Pepper Potts. Beliau kelihatan tertekan dan tidak bermaya. Beliau bersama dengan Nebula, yang tidak terkesan dengan petikan jari Thanos (kita panggilnya mercy, kerana itu nama yang Thanos panggil).

Dalam mesejnya, Tony Stark menjelaskan dilemanya ketiadaan air dan makanan selama 4 hari. Namun, kita tidak dapat pastikan adakah 4 hari itu merujuk kepada 4 hari edaran bumi atau 4 hari perjalanan mereka. Maka, tidak mustahil jika ‘gap’ filem Avengers 4 dgn Infinity Wars jauh, mungkin 2-3 bulan atau setahun.

Terdapat beberapa entity yang berkemungkinan untuk menyelamatkan Tony Stark dan Nebula. Seperti Captain Marvel, Original Guardian, Adam Warlock atau Valkyrie. Kita sedia maklum filem Captain Marvel akan dikeluarkan pada tahun hadapan, jadi langkah ini boleh diguna bagi memperkenalkan watak-watak baru dan watak tergantung seperti Valkyrie yang tidak diketahui nasibnya selepas Thor;Ragnarok. Watak Adam Warlock dan Orgininal Guardian (Sylvester Stallone, Michelle Yeoh) juga tidak diberi penekanan selepas muncul di ‘end-credit’ filem Guardians of The Galaxy 2.

Clip Kedua : Thanos Pasca Infinity War

Klip kedua memaparkan Thanos yang kelihatan lemah dan tangannya cedera akibat kuasa mercy yang dilaksanakan. Beliau juga menggantung armornya dijadikan sebagai orang-orang (scarecrow) menggambarkan kehidupan beliau sebagai seorang petani selepas peristiwa mercy itu. Di sini juga boleh kita interpretasi kehidupan asal Thanos sebagai golongan marhaen yang cintakan keamanan tetapi ‘ditolak’ ke dalam kancah peperangan dan politik semesta disebabkan motivasinya yang kuat.

Motivasi adalah sebab tindakan, kesanggupan dan matlamat seseorang. Motivasi berasal dari perkataan motive ditakrifkan sebagai keperluan yang memerlukan kepuasan (Ryan, R, M., Deci, L., 2000). Keperluan ini juga boleh menjadi keinginan atau keinginan yang diperolehi melalui pengaruh budaya, masyarakat, gaya hidup, atau secara amnya bawaan (innate). Motivasi adalah direksi seseorang untuk tingkah laku, atau apa yang menyebabkan seseorang ingin mengulangi tingkah laku, satu set kekuatan yang bertindak di sebalik motif. Motivasi individu dapat diilhami oleh orang lain atau peristiwa (motivasi ekstrinsik) atau mungkin berasal dari dalam individu (motivasi intrinsic).

Dalam hal ini, Thanos sudah mencapai matlamatnya, maka beliau sudah tidak ada lagi motivasi untuk melakukan kerosakan, bahkan cenderung kepada pembentukan semula (agricultural development). Dalam komik Infinity Gauntlet pun, Thanos bersara sebagai pahlawan / raja dan membuat keputusan menjadi petani. Beliau ingin membina semula planet Titan tempat asalnya. Mungkin filem Avengers 4 ini akan menceritakan bagaimana Thanos kembali terlibat dalam peperangan yang dimenanginya, atau mungkin kewujudan antagonis baru yang mengambil kesempatan terhadap peristiwa mercy.

Clip Ketiga : Ibu Pejabat Avengers

Klip ketiga merupakan babak antara Bruce Banner, Black Widow dan Captain America. Dialog Black Widow

“He wiped out 50% of all living creatures.”

Dialog ini Nampak biasa, tetapi bagi penulis ini merupakan dialog yang cukup penting. Kesan mercy dilihat lebih jitu jika dikira secara logik. Sebagai contoh, populasi Malaysia pada tahun 2018 ialah 32,232,540 orang. Selepas peristiwa mercy, populasi menurun kepada 16, 116, 270. Populasi ini hamper menyamai populasi Malaysia pada tahun 1985 (15,598,942), di mana ketika ini juga kehadiran migran kurang, fertility rate tinggi dan jumlah populasi di urban menghampiri 50% (worldometers.info, 2017).
Itu yang berlaku di Malaysia. Dalam kes ini, jika populasi berkurang 50%, maka superhero juga berkurang 50%, begitu juga dengan supervilen. Maka, kebarangkalian untuk munculnya superhero yang baru dan persekutuan antara superhero dan supervilen adalah tinggi. Jadi, di sini peluang untuk munculnya watak-watak Xmen, Fantastic Four dan The Defenders dalam filem ini.

Clip 4: Bruce Banner dan kawan missing in action (MIA)

Dalam babak yang sama, Bruce Banner menganalisis beberapa orang superhero yang dikatakan missing in action, seperti Antman dan Spiderman. Avengers merupakan organisasi superhero dengan teknologi canggih, maka tidak hairanlah mereka memperoleh data tentang siapa yang hilang sebab mercy atau siapa yang terselamat. Dalam kes ini, tiga orang didapati tidak dapat dikesan sama ada hidup atau mati selepas mercy.

Seperti yang kita tahu, Spiderman terkesan dengan mercy di planet Titan, tidak hairanlah Avengers tidak dapat mengesannya kerana tidak siapa pun tahu beliau bersama dengan Tony Stark ketika ancaman Thanos berlaku. Juga, Tony Stark tidak ada dalam data MIA Bruce Banner bersama yang lain. Maka, penulis berasumsi bahawa data ini direview selepas mereka menerima pesanan daripada Tony Stark (clip 1). Antman kita juga tahu beliau terperangkap dalam alam Quantum Realm ketika peristiwa itu berlaku. Akhirnya beliau dibebaskan namun tidak diketahui bagaimana, mungkin daripada pertolongan Goliath dan Ghost yang mengetahui di mana Antman ketika itu.

Tetapi yang peliknya individu ketiga yang hilang ialah Shuri, adik Tchala (Black Panther). Ketika perang berlaku di Wakanda, Shuri terlibat sama, dan didapati beliau tidak terkesan dengan mercy. Jadi, kenapa beliau menghilangkan diri? Teori penulis ialah berlakunya pemberontakan dalam menggulingkan kerajaan T’chala dan sekaligus pemerintahan baru di Wakanda. Rujuk pada klip pertama, kita tidak tahu ‘timegap’ antara filem infinity war dengan Avengers 4; Endgame. Jadi ,mungkin ‘timegap’ ini selama… kita ambil mudah, 6 bulan. Itu sudah cukup untuk menggulingkan kerajaan.

Lihatlah Tunisia yang diperintah 23 tahun oleh Ben Ali digulingkan beberapa bulan sahaja dek peristiwa Arab Spring (Manfreda, 2017). Selain itu, jika 50% daripada populasi dikurangkan, maka boleh kita katakan 50% pemerintah dunia juga dilenyapkan. Seperti kita sedia maklum, Black Panther terkesan dengan mercy. Maka, berlaku power vacuum di Wakanda dalam menerajui tampuk pemerintahan. Jadi, Shuri menghilangkan diri untuk menyelamatkan diri dan keluarga mereka daripada dibunuh pemberontak.

Sekian, tak boleh banyak-banyak nanti spoiler pulak.

RUJUKAN

Manfreda, P. (2017, May 3). ThoughtsCo. Retrieved from thoughtsco.com: https://www.thoughtco.com/how-the-arab-spring-started-2353633

Marvel. (2018, December 7). Marvel Studios’ Avengers – Official Trailer. Retrieved from youtube.com: https://www.youtube.com/watch?v=hA6hldpSTF8

Ryan, R, M., Deci, L. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and New Directions. Contemporary Educational Psychology. 25 (1), 54–67.

worldometers.info. (2017, July 1). Worldometers. Retrieved from worldometers.info: http://www.worldometers.info/world-population/malaysia-population/

Youtube. (2018, December 8). AVENGERS ENDGAME Trailer Breakdown! Easter Eggs & TIME TRAVEL CONFIRMED? Retrieved from youtube.com: https://www.youtube.com/watch?v=i3R1tNATpMo

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.