Semasa era kegemilangan filem hitam putih Melayu, pereka set , juruhias atau Pengarah Seni merupakan antara individu yang penting semasa penggembaraan sesebuah filem. Pada ketika itu, babak di luar studio, khususnya filem keluaran Malay Film Productions amat jarang dilakukan atas disebabkan faktor logistik dan kos dan kebanyakan penggembaraan dilakukan di dalam studio, terutamanya jika melibatkan babak di istana, babak di rumah dan lain-lain. Pereka set atau juruhias ini lah individu yang bertanggungjawab untuk membina set bagi tujuan penggembaraan bagi babak-babak yang diinginkan oleh pengarah masing-masing.

Bagi sesiapa yang sering menonton filem-filem P.Ramlee atau filem-filem Melayu klasik keluaran MFP ini, nama AV Bapat sering muncul di credit title sebagai pereka set atau juruhias. Siapa AV Bapat dan mengapa beliau sering menjadi rebutan para pengarah di zaman itu?

Salah satu hasil kerja AV Bapat sebagai pereka bangunan di dalam filem Madu Tiga

AV Bapat atau nama sebenarnya Achyut Vishny Bapat sudah terkenal sebagai Pengarah Seni sebelum beliau menjejakkan kaki ke Singapura lagi. Beliau mula terlibat di dalam kerja-kerja ini sejak beliau di Bombay. Titik tolak beliau sebagai pengarah seni bermula dengan membuat kerja-kerja melukis iklan di Bombay ketika usia mudanya.

Beliau kemudian mendapat tawaran sebagai pelukis latar bagi syarikat perfileman Natya Nishan Company. Di sini lah beliau mula mendaki menjadi pengarah seni dan dapat bekerjasama bersama ikon ikon industri di India pada ketika itu seperti Raj Kapoor dan V.Shantaran.

Kemudian, beliau berkelana ke Indonesia untuk mencari angin baharu. Namun, disebabkan pergolakan politik yang melanda di negara itu, beliau berhijrah ke Singapura pada 1952. Di Singapura, beliau dipertemukan oleh seorang kenalannya dengan Tan Sri Run Run Shaw, pemilik Shaw Brothers. Sejak kemasukan beliau hinggalah penutupan Malay Film Productions, AV Bapat boleh dikatakan terlibat di dalam hampir kesemua filem-filem Melayu sebagai pereka set, juru hias atau pengarah seni.

AV Bapat sedang menghias muka P.Ramlee sewaktu penggembaraan filem Sumpah Orang Minyak

Baginya, beliau lebih suka bekerja di dalam filem yang bercorakkan purbawara kerana ia memerlukan satu pemikiran yang kreatif untuk menggabungkan segala elemen-elemen yang ada di dalam filem. Di dalam banyak filem, filem Raja Bersiong merupakan tugas terbesar bagi beliau kerana melibatkan penyertaan Tunku Abdul Rahman sebagai penulis cerita. Tambahan pula, filem ini dibuat di dalam bentuk warna, jadi agak sukar untuk Bapat melaksanakan tugasnya. Walaubagaimanapun, beliau berjaya melakukan tugasannya di dalam filem tersebut.

Selepas penutupan Studio Jalan Ampas, Bapat berhijrah ke Rancangan Televisyen Malaysia selama 6 tahun sebagai pereka set. Idea-idea beliau dapat dilihat di sekitar Angkasapuri, malah beliau juga antara orang yang bertanggungjawab mereka tugu peringatan yang terletak di tengah tengah Wisma Radio dan Angkasapuri.

AV Bapat sedang menghias muka pelakon S.Kadarisman di dalam penggembaraan filem Batu Durhaka

Pada tahun 1972,  beliau dipindahkan ke Sabah dan berjaya memenangi tempat pertama sebanyak empat kali berturut-turut di dalam pementasan drama.  Beliau kemudian berkelana ke Filem Negara dan Merdeka Studio. Filem-filem seperti Permintaan Terakhir, Loceng Maut, Sayang Anakku Sayang dan Cinta Dan Lagu merupakan antara filem yang mendapat sentuhan beliau sebagai pengarah seni.

Pada tahun 1984, AV Bapat membuat penampilan istimewa di dalam filem Ma.tinya Seorang Patriots arahan Datuk Rahim Razali. Beliau juga mencipta rekod sebagai orang Malaysia pertama yang menjadi ahli American Society of Make Up yang berpusat Hollywood. Ini merupakan satu pengiktirafan buat beliau dan industri filem Melayu klasik amnya.

RUJUKAN:

Koleksi Mohd Danial Abdul Aziz

Koleksi Hidir Ali Razali

Sidek, H. F. (n.d.). A.V Bapat : Dari Bombay ke Kuala Lumpur, sentuhan seninya merentasi zaman. Kitab Tawarikh 2.0. https://harithsidek.blogspot.com/2013/06/av-bapat-dari-bombay-ke-kuala-lumpur.html.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.