Australia dan Perancis sedang bertelagah sekarang kerana isu melibatkan perjanjian keselamatan negara. Jujurnya, kalau isu ini berlaku ketika pentadbiran Najib Razak, memang rµntµh habis siling politik Malaysia.

Kerana perjanjian keselamatan Australia ini melibatkan kapal selam yang sepatutnya dibeli daripada pihak Perancis. Kisahnya begini. Pada 15 September 2021, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan iaitu AUKUS.

Dibawah panji AUKUS, Amerika Syarikat dan United Kingdom berjanji untuk membantu Australia dari segi kapal selam nuklear. Dan Australia pula senang cakap menjadi pangkalan dua negara Barat.

Gandingan ini adalah usaha halus untuk merintangi cita-cita China (Sanger & Kanno-Youngs, 2021). Faham-faham sajalah politik global sekarang. Kalau dulu cakap lepas, sekarang cakap siang pandang pun malas (Brown, 2021).

Perjanjian ini turut merangkumi teknologi lain seperti kecerdikan buatan misalnya.Cuma lain pula yang terjadi. Patutnya China yang kecoh lebih. Tetapi sekarang ini Perancis pula naik angin. Lain macam.

Pengantin Lari Cari Lelaki Lain

Kemelut Australia dan Perancis ini berlaku atas beberapa faktor. Pertama sekali, Australia mengamalkan demokrasi perwakilan yang kerap bertukar-tukar kerajaan. Antara 2000 hingga 2010, Australia dipimpin John Howard (1996-2007) dan Kevin Rudd (2007-2010).

Tetapi antara 2010 hingga 2020, Australia mempunyai lima perdana menteri. Pada tahun 2009, Australia mengatur langkah untuk membina 12 buah kapal selam. Tukar pentadbiran, kerajaan Australia membuka tender.

Tukar pentadbiran lagi, kerajaan Australia beri tender kepada DCNS (Perancis). Dan tukar pentadbiran lagi, datang pula AUKUS.

Dengan AUKUS, Australia kena guna teknologi nuklear daripada Amerika Syarikat. Jadi pentadbiran Scott Morrison tidak melengahkan masa. Beliau terus membatalkan kontrak bersama Perancis. Sebagai kata mudah, mereka order catering kenduri.

Makanan tengah buat. Mereka cancel last minit sebab teringin pasangan lain. Dasar betul. Walhal keluarga pengantin terpaksa menanggung kerugian AS$36-65 bilion. Terlalu bengang, Perancis menutup pejabat kedutaan di Amerika Syarikat dan Australia (France 24, 2021). Kira besar benarlah isu ini.

Krisis Diplomatik Besar

Perancis sepatutnya mengadakan sebuah sidang kemuncak keselamatan dalam masa terdekat. Akibat isu ini, sidang kemuncak tersebut dibatalkan terus (Sabbagh, Borger & Stewart, 2021).

Perancis pula sedang marah dengan United Kingdom kerana berundur daripada Kesatuan Eropah. Bertalu-talu mereka kutuk. Katanya pihak British sekarang bercita-cita saja untuk membuat Global Britain… walhal itu hanyalah untuk kembali ke pangkuan Amerika Syarikat sebagai naungan sahaja (Bodkin, 2021).

Dan sekarang ahli-ahli politik Perancis sedang bising. Ramai juga mahu Emmanuel Macron “cari telur dan keluar NATO”.

Sementara itu, semua kerajaan dalam AUKUS sekadar sedang menyejukkan keadaan sahaja. Mereka cuba memujuk Perancis… tetapi tidak langsung bagi signal U-Turn. Joe Biden berkata, “kami tiada niat pun nak kacau Perancis.”

“Ini semua kau punya pasal lah!” (gambaran saja).

Dan Scott Morrison menafikan tuduhan bahawa Australia tidak jujur dengan Perancis… kerana sudah berbulan berbincang pasal hal ini (Gross, Parker, & Hughes, 2021).

Isu ini semestinya akan lama mewarnai politik Perancis. Negara tersebut akan mengadakan pilihan raya dalam masa tujuh bulan lagi. Dan Macron perlu mempertahankan kedudukannya, sekurang-kurangnya bagi pihak parti diasaskan beliau sendiri.

Ketepikan pendapat Perancis sebentar. Negara-negara lain turut berwaspada terhadap AUKUS. Taiwan misalnya meraikan AUKUS sebagai perkembangan yang memanfaatkan demokrasi, keamanan dan kesejahteraan.

Walau bagaimanapun, Malaysia dan Indonesia sebulat suara menyatakan kebimbangan kerana potensi AUKUS ke arah perlumbaan seηjαtα. Malaysia dan New Zealand turut sebulat suara perihal keberadaan kapal selam berteknologi nuklear di perairan negara masing-masing.

Cuma buat masa ini, AUKUS tidak memberi impak terhadap sesiapa… kecuali Perancis.

RUJUKAN:

Bodkin, H. (2021, September 18). France calls UK a ‘junior partner’ in submarine deal as Germany warns it (ditapiskan) Western unity. The Telegraph.

Brown, A. (2021, September 16). Boris Johnson insists Aukus nuclear-powered submarines ‘not intended to be adversarial’. The Scotsman.

France 24. (2021, September 17). France recalls its ambassadors to US and Australia in submarine deal backlash.

Gross, A., Parker, G., & Hughes, L. (2021, September 20). Australia and France intensify (ditapiskan) of words over cancelled submarine deal. Financial Times.

Sabbagh, D., Borger, J., & Stewart, H. (2021, September 19). UK-France defence summit canceled in Aukus row. The Guardian.

Sanger, D., & Kanno-Youngs, Z. (2021, September 15). Biden Announces Defense Deal With Australia in a Bid to Counter China. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.