Attachment theory merupakan hasil kerja gabungan antara John Bowlby & Mary Ainsworth. Melalui kajiannya, John Bowlby telah berjaya merevolusikan pemikiran kita terhadap didikan ibu bapa terhadap sahsiah diri anak.

Beliau menekankan tentang perlunya ‘attachment’ seorang ibu terhadap anak dan sebarang ‘gangguan’ sama ada melalui penceraian, penafian dan kemurungan akan memberi kesan anak itu apabila dewasa nanti. Mary Ainsworth cuba mengkaji idea John Bowlby ini dan mengembangkan teori ini sampai ke tahap kini.

Beliau menjelaskan bahawa ‘attachment figure’ itu merupakan tapak asas, dalam seseorang manusia menerokai dunia. Penulis cuba terangkan secara ringkas sahaja, iaitu terdapat 4 model attachment theory yang umum ;-

  • Avoidant

    Model pertama ialah avoidant, iaitu cuba mengelak. Model ini adalah hasil worthiness (lovability) campur dengan imej negative terhadap orang lain. Mereka tidak selesa dengan deep connections dengan orang lain.

    Orang sebegini melindungi diri mereka daripada kekecewaan dengan tidak menunjukkan kasih sayang terhadap orang lain. Mereka megelak close relationship dan mengekalkan sense of independence dan tunjukkan bahawa tanpa orang lain, mereka masih boleh berjaya. Namun, jika mereka dalam perhubungan, mereka lebih kuat cemburu daripada 4 model lain.

    Dalam Avengers, contoh paling jelas ialah Tony Stark. Dia takut untuk bertentang mata dengan orang yang disayangi, macam dalam filem Spiderman: Homecoming dan Ironman 3. Dia lebih selesa untuk menghantar suit-nya untuk berdepan dengan Pepper dan Peter Parker.

    Bukan itu sahaja, malah beliau menunjukkan karakter seorang yang tegas padahal menyayangi Peter Parker. Karakter ini adalah hasil daripada didikan kedua ibu bapanya yang tegas, terutama sekali ayahnya, Howard Stark. Beliau tidak begitu mengenali ayahnya, yang beliau tahu ayahnya tegas. Mereka juga kebanyakannya guna lawak (humor) sebagai cara untuk mengelak daripada emotional.
  • Preoccupied / anxious / keresahan

    Model ini pula adalah unworthiness (unlovability) campur dengan maklumbalas positif terhadap orang lain. Biasanya model ini melibatkan relationship. Perkara ini terjadi biasanya disebabkan kehilangan orang yang tersayang, atau orang tersayang mengkhianati. Maka, individu dalam model ini akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungannya dengan yang istimewa.

    Namun, kadang-kala sanggup bergelumang dengan abusive relationship dan sanggup menjadi apa sahaja yang teristimewa mahukan, asalkan yang teristimewa kekal dalam perhubungan itu. Gabungan karakteristik ini akan menjadikan insan itu berusaha untuk menerima diri sendiri melalui evaluasi orang lain. Senang cerita, sanggup buat apa sahaja untuk perhatian, termasuklah self-harm.

    Contoh ini adalah Peter Parker. Dia kehilangan ibu bapa, dan pakcik ketika isu masih muda. Jadi, apabila dia dipanggil oleh Tony Stark dalam satu misi, dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan ‘father figure’-nya. Walaupun pertarungan itu tidak melibatkan dirinya, tetapi disebabkan idolanya Tony Stark meminta tolong, dia sanggup lakukan.

    Bagi insan sebegini, kehilangan atau putus hubungan ibarat seperti mati kepada mereka. Mereka tidak sanggup kehilangan orang tersayang dan akan buat apa sahaja untuk kekal bersama. Dialog dalam filem Spiderman Homecoming di bawah menggambarkan interaksi antara 2 model berbeza. Tony Stark mahu Peter Parker lebih berdirkari, tidak bergantung kepada Spiderman suit. Tetapi bagi Peter, suit itu adalah istimewa kerana itulah lambang perhubungannya dengan Tony dan dunia.

    Peter Parker: Please, please, please… this is all I have. I’m nothing without the suit.” (Preoccupied model)

    Tony Stark: If you’re nothing without the suit, then you shouldn’t have it.” (Avoidant model)
  • Fearful

    Model ini jarang-jarang dijumpai. Model ketiga ini adalah unworthiness (unlovability) bercampur dengan maklum balas negatif terhadap orang lain. Mereka lebih kepada self-sabotage dan sukar untuk diramal.

    Mereka kadang kala menjadi people pleasing, tetapi dalam masa yang sama benci kepada orang itu. Maka, dengan menjauhkan diri daripada orang lain, mereka mampu melindungi diri mereka daripada rejection yang dalam jangkaan daripada orang lain. Macam dalam dialogue Shrek:-

    “They judge me before they even know me. That’s why I have to stay alone.”

    Dalam model ini, Nebula menampilkan sedikit sebanyak tentang fearful attachment beliau terutamanya terhadap kakaknya Gomora dan ayahnya Thanos. Nebula cuba untuk menjadi orang setia kepada Thanos, termasuklah bertahan walaupun setiap kali beliau kecewakan Thanos, Thanos akan ‘memperbaikinya’ dengan menjadikan beliau separuh robot.

    Dia menunjukkan kesetiaan kepada Thanos dan kebencian kepada Gomora, tetapi dalam masa yang sama dia mahu menghapuskan Thanos dan cuba berbaik dengan Gomora. Dialog Nebula kepada Ronan dalam Guardians of the Galaxy:-

    “You kill him, I’ll help you destroy thousand planets.”

    Selain itu, bagi penghidap model ini, vulnerability bermakna kesakitan yang amat sangat. Jadi pelbagai defence mechanism akan digunakan. Bagi Nebula, defence mechanism beliau ialah memusuhi kakaknya, Gomora walaupun dalam hatinya beliau menyayanginya.
  • Secure / terjamin

    Model ini menunjukkan worthiness (lovability) campur dengan jangkaan / harapan bahawa orang lain akan terima dan responsive. Maknanya kalau nak buat apa-apa, kita tahu bahawa ada certain-certain people yang boleh kita harapkan. Jadi kita panggil model ini secure, atau terjamin.

    Pendekatan ini bukan daripada ibu bapa sahaja, malah orang lain juga. Bowbly panggil pendekatan ini sebagai “caregiving behavioral system”— satu sistem asas dalam behavioural yang memberi respon kepada kebergantungan individu terhadap orang lain.

    Perhubungan model ini tidaklah driven by fear. Bukan bermakna mereka tidak takut, tetapi mereka lebih kuat mempercayai. Mereka boleh mempercayai orang lain, dan mereka juga boleh meluahkan perasaan mereka tanpa rasa sangsi. Mereka juga selesa dengan konflik, kerana mereka tidak takut ditingggalkan.

    Mereka tahu jika apa-apa berlaku, mereka ada yang mempercayai. Mereka tidak fikir pasal childhood trauma. Mereka jenis yang ‘buang yang keruh, ambil yang jernih.’ Mereka tidak fikir sangat tentang masa lampau. Perhubungan mereka lebih kepada kualiti bukan kuantiti.

    Penulis ambil contoh Captain America Steve Rogers dalam hal ini. Walapun kita tidak mengetahui asal usul ibu bapa Rogers, tetapi berdasarkan kepada wataknya penulis yakin beliau ialah secure type. Cara dia bercakap cukup tenang, dan sentiasa sentiasa berfikiran optimistik.

    Dia menghadapi kehilangan dengan tenang dan meneruskan perjuangan. Dalam filem Endgame, ketika beliau seorang sahaja yang berdiri menentang tentera Thanos, beliau masih meneruskan perjuangan kerana beliau yakin akan ada Avengers lain yang akan mengikut serta dalam perjuangan. Dalam filem Age of Ultron beliau berkata kepada Tony Stark:-

    Tony Stark: how do you guys planning on beating him?
    Steve Rogers: Together…
    Tony Stark: we’re gonna lose….
    Steve Rogers: we’ll do that together too.

    Semoga penulisan ini boleh diambil iktibar dalam memperbaiki perhubungan anda sesama insan.

    RUJUKAN

    Bartholomew & Horowitz . (1991). Attachment Styles Among Young Adults: Test of a Four-Category Model . Journal of Personality and Social Psychology Vol. 61, No. 2, , 226-244 .

    BRETHERTON, I. (1992). THE ORIGINS OF ATTACHMENT THEORY. Developmental Psychology (28) , 759-775. .

    CharismaOnCommand. (2019, May 19). Attachment Theory – How Your Childhood Affects Your Love Style. Retrieved from youtube.com: https://www.youtube.com/watch?v=QP-nPJbTgTs

    Kenneth N. Levy & Kristen M. Kelly. (2010). Sex Differences in Jealousy: A Contribution from Attachment Theory. Psychological Science 21(2) , 168–173.

    Mikulincer et.al. (2005). Attachment, Caregiving, and Altruism: Boosting Attachment Security Increases Compassion and Helping. Journal of Personality and Social Psychology, Vol. 89, No. 5,, 817– 839.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.