Sebuah kajian menyatakan sebelum asteroid Chicxulub menghentam Bumi ketika 66 juta tahun yang lalu, dinosaur dan hidupan lain telah menghadapi toksik merkuri yang begitu tinggi kepekatannya. Bukti yang ditemui baru-baru ini telah memanaskan semula perdebatan bagaimana dinosaur pupus jutaan tahun yang lalu.

Letusan gunung berapi bermula sekurangnya 10,000 tahun sebelum hentaman asteroid. Dikatakan, lava mampu memburukkan lagi hentaman asteroid tersebut yang telah menghapuskan 1/3 hidupan di muka Bumi.

Berdasarkan bukti yang ditemui, saintis mendapati bahawa terdapat peningkatan merkuri dan karbon dioksida secara global ketika berlakunya letusan gunung berapi yang cukup panjang yang akhirnya membentuk Deccan Traps. Peristiwa ini berpanjangan hampir sejuta tahun.

Merkuri merupakan bahan kimia bertokasik dan volkano merupakan penghasil merkuri terbesar di Bumi. Apabila unsur merkuri ini sampai laut, ia akan menjadi unsur yang sangat reaktif dengan jirim organik. Merkuri ini meninggalkan kesan kepada kerang-kerang di dasar laut. Fosil kerang dari Antartika, Alabama, Alaska, California, Washington, Argentina, India, Mesir, Libya dan Sweden. Saintis mengukur tahap karbon dioksida dan merkuri untuk beberapa zaman termasuk zaman Lewat Cretaceous (Late Cretaceous), zaman Pleistosin (Pleistocene) dan zaman moden.

Penemuan mereka mendapati terdapat kepanasan mendadak yang berlaku ketika 250 ribu tahun sebelum kepupusan besar-besaran (termasuk dinosaurs) berlaku. Tambahan lagi, hal ini seiring dengan lonjakan tahap merkuri sekitar 68 hingga 70 juta tahun yang lalu – ketika aktivit volkano sangat tegang sehingga mengjhasilkan laval setebal 100 meter.

Saintis berpendapat iklim ini berlaku kerana penyebaran karbon dioksida dari volkano. Pada masa ini telah berlakunya kemerosotan kekayaan spesis. Walau bagaimanapun, saintis masih belum jelas sama ada racun merkuri dapat meracuni dinosaur. Namun kajian ini sangat berharga kerana melalui fosil spesis marin, kita dapat mendapat renungan tentang perubahan iklim dan kepupusan besar-besaran pada zaman lampau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


RUJUKAN:

1. Meyer, K. W., Petersen, S. V., Lohmann, K. C., Blum, J. D., Washburn, S. J., Johnson, M. W., … & Winkelstern, I. Z. (2019). Biogenic carbonate mercury and marine temperature records reveal global influence of Late Cretaceous Deccan Traps. Nature Communications, 10(1), 1-8.

2.Earth’s Atmosphere Had Terrifying Mercury Pollution Even Before The Killer Asteroid. https://www.sciencealert.com/earth-s-atmosphere-was-polluted-with-mercury-even-before-the-asteroid-that-killed-the-dinosaurs?perpetual=yes&limitstart=1

Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.