Atlet Wanita Rom Kuno Yang Mengenakan Bikini

743

https://bit.ky/kombowww

Setakat yang kita tahu pada hari ini, pakaian dalam yang biasa dipakai wanita barat untuk berjemur atau berenang bernama ‘bikini’ ini adalah fesyen yang popular pada era fesyen moden. Namun, terdapat bukti bahawa wanita Rom kuno sudah biasa dengan pakaian dua helai yang kecil tu walaupun pada 1400 tahun yang lalu.

Bikini moden dicipta pada tahun 1946 di Perancis. Rujukan kepada pelbagai sastera Latin kuno mengesahkan kewujudan fesyen bikini di dunia purba. Satu sumber mengatakan, pada abad keenam Masihi, Theodora, Permaisuri Empayar Byzantium, mengenakan bikini untuk menawan hati Maharaja Rom, Justinian.

Walau bagaimanapun, atlet Rom kuno juga memakai bikini. Bukti sejarah mengesahkan bahawa wanita Rom kuno yang bermain sukan bola baling versi paling awal (dikenali sebagai Expulsim Ludere) juga turut memakai pakaian yang pada dasarnya sekarang kita kenali sebagai bikini.

Pendahulu Bikini adalah sejenis pakaian sarung bernama Strophium. Ia juga dikenali sebagai Fascia, Fasciola, Taenia dan Mamillare. Ia berkemungkinan hanyalah sehelai kain kapas atau linen panjang digunakan untuk membalut payudara wanita Rom.

Itu semua adalah pakaian dalam wanita yang biasa. Yang menutupi bahagian bawah atau subligar, bagaimanapun, tidak mempunyai unsur umum pakaian dalam Rom. Kerana subligar hanya digunakan golongan atlet atau hamba. Di Rom ia juga dikenali sebagai Subligaculum.

Semasa kerja-kerja ekskavasi di Istana kuno Villa Romana del Castle berhampiran Piazza Armerina di Sisili, Itali, ahli arkeologi menemui mozek abad keempat M yang menarik perhatian kerana ia menggambarkan lukisan gadis-gadis Rom memakai bikini kuno.

Dikenali sebagai “Bikini Girls”, lukisan mozek ini bernama “The Coronation of The Winner”, yang membuktikan kewujudan atlet wanita pada zaman Rom kuno. Karya ini dicipta pada era Diocletian antara tahun 286 Masihi dan 305 Masihi.

Villa Romana del Castle di Sicily adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO hari ini. Ciri mozek “Gadis Bikini” di Istana Villa Romana del Castle ditemui oleh ahli arkeologi Itali, Gino Vinicio Gentili semasa kerja ekskavasi antara tahun 1950 dan 1960, mungkin pada tahun 1959.

Ia memaparkan seni lukisan yang menggambarkan 10 orang wanita muda berlari,  ada yang melontar cakera, ada yang bermain

bola baling dan ada yang mengangkat berat.

Gadis-gadis dalam lukisan itu memakai kain emas telus dan dihiasi dengan mahkota di atas kepala atlet yang menang. Atlet wanita memakai pakaian seperti bikini semasa latihan yang memberi mereka kebebasan untuk bergerak secara maksimum.

Imej pakaian lutsinar dalam lukisan Rom ini dibuat dengan menggunakan rantaian reka bentuk menggunakan kepingan kecil kaca berwarna, batu atau bahan lain. Membuat imej sedemikian memerlukan bakat yang tinggi dan kerja yang keras. Selain tempat ini, mozek yang serupa juga ditemui di Telalaro di utara Itali dan Patti di bahagian lain di Sicily.

Walau bagaimana pun para Romanologis, pengkaji budaya klasikal Rom-Yunani dan penyelidik budaya Rom kuno telah mengakui bahawa tidak ada bukti bahawa bikini kuno ini digunakan untuk berenang atau berjemur.

Sepuluh wanita yang diabadikan dalam lukisan mozek Piazza Armenina di Villa Romana del Castle mungkin gambaran terawal pakaian wanita yang dinamakan bikini pada abad kedua puluh.

Walaupun gadis-gadis Rom berbikini dalam lukisan itu kelihatan menggambarkan mereka melakukan aktiviti sukan seperti angkat berat, melempar cakera, namub beberapa aktiviti mereka pada lukisan itu ada yang digambarkan oleh beberapa sarjana sebagai tarian. Kerana tubuh mereka lebih sesuai sebagai seorang penari berbanding seorang atlet.

Namun teori yang membuktikan bahawa wanita Rom yang memakai bikini kuno sebagai atlet adalah lebih kuat.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.