Permainan video kini semakin popular. Tidak lagi pelik jikalau kita keluar bersosial topik yang akan dibualkan ialah tentang permainan kegemaran mereka. Antara permainan video kegemaran penulis ialah francais Assassin’s Creed.  Populariti francais ini terbukti melalui kesinambungan siri permainan videonya bermula daripada 2007 hingga 2018 ; Assassin’s Creed (2007), Assassin’s Creed 2 (2009), Assassin’s Creed: Brotherhood (2010), Assassin’s Creed: Revelations (2011) and Assassin’s Creed 3 (2012) dan yang terkini Assassin’s Creed Rogue.  Lagipun, pelbagai produk dan merchandise yang timbul daripada pasaran permainan video ini seperti novel, filem, buku komik, action-figure dan sebagainya.

Tidaklah menghairankan jika permainan ini status “cult-like” dalam kalangan gamers, kerana latar belakang cerita yang sungguh menarik, tekstualiti yang hidup dan visual yang sungguh terperinci. Banyak forum di internet yang membincangkan bukan sahaja kualiti permainan, tetapi juga sejarah di sebalik permainan ini. Dalam artikel ini secara ringkas akan dibincangkan tentang falsafah Assassin’s Creed mengenai pengasas Order of the Assassin, Hassan ben Al- Sabbah (1034-1124).

Cerita sebenar Hassan Al-Sabbah masih tidak jelas. Terdapat pelbagai variasi yang telah dicampur aduk dengan mitos dan cerita palsu. Walaupun ceritanya masih diperdebatkan, satu versi yang terbukti ialah datang daripada Timur Tengah dan Eropah. Kita akan bincangkan sedikit sebanyak tentang versi ini. Penulis tidak mengatakan ini adalah versi sebenar, namun penulis gunakan versi ini sebagai misalan terhadap penceritaan permainan video dan peranan latar belakang yang kuat dalam membekalkan permainan video yang menakjubkan.

Hassan Al-Sabbah dilahirkan dalam keluarga Syiah. Beliau asalnya bukan merupakan pengikut Ismailiyat. Namun setelah berkunjung ke Mesir, beliau mula mengikuti mazhab pemikiran tersebut. Ketika itu adalah Era pemerintahan Empayar Fatimid (900s-1160s). Beliau dikatakan pulang semula ke Parsi untuk mengajar ilmu yang diperolehnya ketika di Mesir. Pada tahun 1088, beliau menawan Alamut, dan dikatakan telah menamakannya Assass (perkataan arab ‘asas’) untuk beliau menyebarkan ajarannya.   Alamut merupakan sebuah kubu yang dibina di atas bukit berhampiran dengan Bandar Tehran. Kubu ini memiliki banyak nama dan panggilan dalam buku sejarah, salah satunya ialah Kal’at Al-Mout (istana kematian); diceritakan bahawa sesiapa yang masuk ke tempat ini tidak akan pulang, maka diberi gelaran demikian. Alamut juga bermakna ‘sarang helang’ berikutan dengan lokasinya. Patutlah dalam permainan video AC banyak guna burung helang.  Selain itu, Assassin’s Creed (AC) juga berlatarbelakangkan daripada mitos Hashashin. Hashashin adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud pengguna Hashish. Hashish merupakan dadah narkotik yang tumbuh di Timur Tengah.

Terdapat juga cerita tentang gerakan Assassin ini adalah berlandaskan kepada tiga tokoh dalam sejarah, iaitu Nizam Al-Mulk, pemerintah kerajaan Turki Saljuk, Umar Al-Khayyam dan Hassan Al-Sabbah. Dikatakan mereka bertiga ini sahabat yang telah bersumpah setia untuk membantu satu sama lain jika salah seorang daripada mereka memegang tampuk kuasa. Maka, setelah Nizam Al-Mulk menjadi pemerintah, beliau menawarkan jawatan kepada kepada Umar Al-Khayyam dan diberi gaji tetap. Hassan Al-Sabbah diberi jawatan tinggi dalam kerajaan Turki Saljuk. Walaubagaimanapun, atas beberapa salah faham, Nizam berkomplot menjatuhkan Hassan dan menghalaunya daripada kerajaan atas kesalahan membelot. Maka, penubuhan Assasssin adalah untuk membalas dendam terhadap Nizam Al-Mulk dengan Hassan membentuk satu pakatan yang cukup kuat.

Sebagai kesimpulan, pembentukan Assassin adalah bermotivasikan politik dan agama. Penggiat dan pencipta permainan AC tahu tentang cerita ini, namun segala kejadian yang ditonjol dalam permainan hanya bersifat fiksi semata-mata.

RUJUKAN

El Nasr, Al Saati, Niedenthal & Milam,D. 2007. Assassin’s Creed: A Multi-Cultural Road. http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.595.3642&rep=rep1&type=pdf

Shaw, Adrienne. 2015. The Tyranny of Realism: Historical Accuracy & Politics of Representation in Assassin’s Creed III. The Journal of the Canadian Game Studies Association. Vol 9 (14) : hlmn 4 – 24.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.