Dalam Syair Raja Ahmad ada merekodkan bagaimana askar-askar Siam dibunuh oleh para panglima, pejuang dan pendekar Perak dalam perang besar tahun 1821.

” Kelantasan, kepantasan
Kekuatan semangat
Kekuatan yang unggul
Musuh dapat dipalam
Musuh dipalam diri menjadi galang
Nyawa dibadan menjadi taruhan”.

Daerah Kerian dan sekitarnya yang menjadi sempadan (ketika itu Kedah telah pun berada di bawah hegemoni Siam) telah dipertahankan habis-habisan oleh panglima-panglima Perak.

Askar-askar Siam jenuh mencacah tatu azimat laksana sihir dalam filem Long Khon di badan-badan mereka, membawa patung besar dan panji perang bergambarkan dewa Vishnu yang bercampur aduk dengan identiti dewi Kali kononnya boleh menambahkan kuasa mereka bertempur serta menimbulkan kegerunan di pihak musuh, dan ini walaubagaimanapun sedikit sebanyak menakutkan sebilangan orang Melayu terutama di Kedah.

Dipetik dari blog Chedet:

“Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.”

Namun ini tidak berkesan di Perak apabila askar-askar Siam yang penuh bertatu dan acah-acah ganas itu dengan mudah dipalam satu-persatu, dilunyaikan dan disembelih oleh para panglima Perak di sempadan Perak.

Ini menunjukkan taktik psikologi Siam tidak berkesan kepada para pejuang Perak. Azimat, imej-imej Vishnu-Kali dan tatu-tatu tidak memberikan manfaat dan mudarat langsung. Askar-askar Siam terus dibunuh beramai-ramai dan badan mereka ada yang pecah berderai dibedil rentaka dan meriam panglima Perak. Yang lainnya gugur satu-persatu dibidik dengan senapang, panah atau balingan lembing bagaikan langau hijau dilibas kain.

Apa beza orang Melayu di Perak dan di negeri-negeri Melayu lain yang mudah ditawan Siam? Mengapa ‘kuasa sihir dan kebengisan Siam’ tawar di Perak? Mengapa Siam susah sangat menakluk Perak walau diserang berkali-kali (mulai 1813, 1814, 1816, 1818, dan 1819 kemudian perang skala besar 1821) padahal begitu mudah menawan Patani (pada serangan terakhir) yang pernah menjadi satu kerajaan Melayu yang kuat dengan memiliki sejumlah meriam besar?

Rahsianya ialah pada sikap rebel dan melawan yang ditampilkan oleh Sultan Abdul Malik Mansur Shah, pemerintah Perak ketika itu. Jika raja kuat dan tegas, maka rakyat akan terinspirasi dan sama kuat sama tegas. Jika raja lembik dan pengecut, maka rakyat akan lemah semangat dan ‘down’.

Sikap baginda yang menganggap permintaan Siam supaya Perak tunduk dan menghantar Bunga Emas kepada Siam sebagai ufti sebagai MEREPEK dan TIADA dalam adat dan sejarah negeri Perak sebelumnya menunjukkan betapa jelasnya pendirian baginda dan tanpa kompromi lagi.

Dalam karya saya yang terbaru nanti, saya akan huraikan bagaimana segala sihir, azimat, tatu, patung, kebengisan, kegasaran dan keganasan Siam akhirnya longlai dan mandul bila berdepan dengan pendinding yang dipraktikkan oleh sultan Perak dan rakyatnya ketika itu.

Apakah ‘pendinding’ itu?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.