Maharaja Ashoka dianggap sebagai salah seorang monarki terhebat India dan merupakan pemerintah ketiga Empayar Maurya. Walaupun pen4klukan-pen4klukan yang dilakukan oleh Ashoka tidaklah sehebat datuknya, beliau dikenang secara meluas sebagai seorang pemerintah dan penaung Buddhisme. Sumbangannya terhadap Buddhisme dan penyebaran moraliti menjadikan beliau sebagai satu figura yang terkemuka dalam sejarah India.

EMPAYAR MAURYA

Empayar Maurya diperkirakan sebagai empayar terbesar dalam sejarah sub-benua India. Pada zaman kemuncaknya, Empayar Maurya bukan hanya menguasai hampir seluruh wilayah India moden, akan tetapi turut mendominasi Bhutan, Nepal dan Bangladesh di sempadan timur dan Pakistan, Afghanistan dan sebahagian Iran di sempadan barat. Kebanyakan pen4klukan wilayah-wilayah ini dilakukan pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya, pemerintah pertama empayar berkenaan merangkap datuk kepada Ashoka.

Tugu Chandragupta Maurya, pemerintah pertama Empayar Maurya merangkap datuk Ashoka


Ashoka dipercayai lahir pada tahun 304 Sebelum Masihi sebagai putera kepada maharaja Bindusara dan Dharmma (isteri berpangkat rendah). Selain seorang adik, Ashoka juga mempunyai beberapa orang saudara tiri. Menurut satu legenda, Ashoka dikatakan memerangi dan membvnuh 99 orang saudaranya demi mewarisi takhta Maurya. Hanya adiknya sahaja, iaitu Vitashoka, dibiarkan hidup.

PERGELUTAN KUASA DALAM KALANGAN KERABAT DIRAJA

Semenjak kecil, Ashoka mempamerkan potensi besar sebagai seorang panglima berjaya dan pentadbir yang cekap. Walaupun begitu, peluang Ashoka untuk mewarisi takhta ayahandanya agak tipis memandangkan beliau mempunyai beberapa orang saudara tiri. Apapun, keupayaan yang dimiliki oleh Ashoka membuatkan mereka beranggapan bahawa Bindusara kelak akan menyerahkan takhta kepadanya. Hal ini sekaligus membuatkan mereka berasa tidak selamat, terutama sekali bagi Susima si putera sulung Bindusara.

Lantaran itu, Susima pun berusaha untuk menyingkirkan Ashoka demi menjamin kedudukannya. Beliau berupaya meyakinkan ayahandanya agar menghantar Ashoka ke Taxila (di Pakistan moden) untuk menundukkan sebuah pemberontakan. Namun, rancangan Susima ini memakan diri lantaran Ashoka disambut baik sebaik tiba di kawasan tersebut sekaligus berupaya menundukkan pemberontakan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Susima kemudiannya menghasut Bindusara supaya membenci Ashoka, lantas mengakibatkan Ashoka diusir selama dua tahun. Namun, pemberontakan dahsyat yang berlaku di Ujjain memaksa Bindusara agar memanggil Ashoka pulang. Ashoka kemudiannya dihantar untuk menangani pemberontakan tersebut.

Walaupun berjaya menundukkan pemberontakan itu, Ashoka tercedera dalam sebuah pertempuran. Demi merahsiakan berita kecederaan tersebut dari Susima, Ashoka dirawat secara rahsia oleh pendeta-pendeta Buddha. Ramai sejarahwan meyakini bahawa pada saat itulah Ashoka berinteraksi buat pertama kali dengan ajaran Buddha.

Pada tahun berikutnya (275 SM), Bindusara gering lalu mangkat. Lalu, p3rang pewarisan takhta pun tercetus antara Ashoka dan saudara-saudara tirinya. Ashoka berupaya memenangi pergelutan kuasa ini dan menjadi maharaja Maurya yang ketiga.

Relif India yang mungkin menggambarkan Ashoka di bahagian tengahnya. Dari Amaravati, daerah Guntur, India

Dikisahkan bahawa pada tahun-tahun awal kekuasaannya, Ashoka dikenali sebagai seorang pemerintah yang kejam dan bengis. Misalnya dalam sebuah legenda, diceritakan bagaimana Ashoka menguji kesetiaan para menterinya dengan memerintahkan mereka supaya menebang kesemua pokok bunga dan pokok buah, serta meninggalkan hanya pokok-pokok berduri.

MULA MEMERINTAH SEBAGAI MAHARAJA YANG BENGIS

Kesemua menteri kehairanan dan bingung dengan perintah tersebut, lantas mempersoalkannya. Selepas mempersoalkan perintah Ashoka itu sebanyak tiga kali, Ashoka pun naik murka lalu “beliau menarik keluar pedangnya dan memenggal kepala lima ratus orang menteri”.

Terdapat sebuah lagi legenda lain yang memerihalkan tentang sebuah kamar penyeksaan yang dibina oleh Ashoka. Kamar ini dikenali sebagai ‘penjara indah’ atau ‘Neraka Ashoka’. Kamar ini disifatkan “kelihatan indah di luar namun di dalamnya, ia merupakan sebuah tempat yang mengerikan”. Pembinaan ‘penjara indah’ ini adalah atas permintaan Girika, algojo yang baru sahaja dilantik oleh Ashoka dan dikatakan bahawa ianya diinspirasikan dari lima seksaan Neraka.

DUA LEGENDA, SATU PERUBAHAN

Sebuah legenda menyatakan bahawa salah seorang mangsa Girika adalah seorang pendeta Buddha yang bernama Samudra. Walaupun beliau diseksa oleh Girika, tubuhnya langsung tidak tercedera dan berita tentang keajaiban ini sampai ke pengetahuan Ashoka. Ashoka datang menemui Samudra yang menegur beliau dan mengarahkan supaya Ashoka membina 84 000 buah stupa, bersesuaian dengan suruhan Buddha demi menjamin keselamatan seluruh makhluk. Ashoka menginsafi perbuatannya, meruntuhakan kamar penyeksaan, menghukum si algojo dan mentaati suruhan Samudra.

Terdapat suatu lagi versi lain yang memerihalkan tentang perubahan diri Ashoka. Versi ini lebih masyhur berbanding versi yang melibatkan Samudra. Kesemuanya bermula daripada pen4klukan Kalinga yang dilakukan oleh Ashoka.

Selepas menewaskan pasukan musuh, Ashoka mengunjungi ibu kota Kalinga untuk menyaksikan sendiri kerosakan dan korban p3rang. Jumlah kem4tian dan kehancuran yang diakibatkan pep3rangan tersebut dipercayai membuatkan Ashoka berduka cita sekaligus meninggalkan sifat bengisnya. Semenjak itu, Ashoka mula mentaati ajaran Buddhisme.

Perutusan Ashoka mengisytiharkan perdamaian. Ilustrasi dari Story of the Nations oleh Hutchinson. Ashoka meninggalkan kebengisannya selepas pen4klukan Kalinga, jika menurut satu legenda

ASHOKA KEMBALI KEPADA BUDDHISME DAN MENYEBARKAN AJARANNYA

Selepas kembali kepada ajaran Buddhisme, Ashoka mula menyebarkan kepercayaan tersebut ke seluruh empayarnya. Keadaan ini jelas sekali terpamer dalam titah-titahnya yang diukir pada batu-batu atau tiang-tiang. Titah-titah ini menyentuh pelbagai topik dalam ajaran Buddhisme. Misalnya, terdapat bahagian yang menyentuh tentang melindungi haiwan:

Sebelum ini, di dapur Kekasih Tuhan-Tuhan, Raja Piyadasi, ratusan ribu haiwan dibvnuh pada setiap hari demi memasak kari. Namun kini dengan penulisan titah Dhamma ini, hanya tiga makhluk, dua burungmerak dan seekor rusa boleh dibvnuh, dan rusa tidaklah selalu. Dan suatu ketika, tiga makhluk ini juga tidak dibvnuh.

Serpihan bagi salah satu Tiang Ashoka terdapat di Muzium British, dan ia mewarwarkan keluhuran budi Ashoka kepada seluruh rakyatnya:

“Aku merenungi bagaimana supaya aku dapat membawakan kebahagiaan kepada rakyat, tidak hanya kerabatku atau penghuni ibu kotaku, akan tetapi mereka yang jauh daripadaku juga. Setiap perbuatanku, aku mengenangkan keadaan mereka semua. Aku merisaukan keadaan seluruh rakyatnya, kesemua kelas secara sama. Tambahan, aku menghormati kesemua aliran agama yang masing-masing ada sembah korbannya. Namun, aku menganggap menjadi tugas utamaku untuk menziarahi sendiri rakyat jelata.”

Salah sebuah batu yang mengandungi titah-titah Ashoka. Junagadh, Gujarat, India

KERUNTUHAN SEBUAH EMPAYAR DAN KEPERCAYAAN

Walaupun kedudukan Buddhisme diangkat berkat naungan yang diberikan oleh Ashoka, keadaan tersebut tidak bertahan lama. Berikutan kemangkatan Ashoka pada tahun 232 SM dan keruntuhan Empayar Maurya kira-kira setengah abad kemudian, Buddhisme kehilangan pengaruh di India. Apapun, asas-asas Buddhisme sebagai kepercayaan besar di dunia tanpa dapat dinafikan merupakan jasa Ashoka dan kepercayaan tersebut meraih kemasyhuran di wilayah-wilayah luar India sehingga ke hari ini.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (21 Oktober 2015). Ashoka the Great: From Cruel King to Benevolent Buddhist. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/ashoka-great-cruel-king-benevolent-buddhist-004259


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.