Moving Forward As One

Asgard: Tempat Tinggal Para Dewa-Dewi Norse

1,396

PayLater by Grab

Tanyalah kepada mana-mana peminat Marvel Cinematic Universe tentang Asgard, ramai akan merujuknya sebagai dunia asal Thor (Chris Hemsworth) dan Loki (Tom Hiddleston). Hakikatnya mengikut mitologi Norse, ia merupakan kediaman untuk dewa-dewi orang Norse dengan sebahagian daripadanya menjadi inspirasi watak fiksyen yang menjadi sebahagian daripada budaya popular hari ini.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Perkataan Asgard itu sendiri sebenarnya satu perkataan unik. Ia sebenarnya dikenali sebagai Asgaror, gabungan dua perkataan Norse Lama iaitu ass (Tuhan) dan garor (ruangan). Di Norway, Iceland dan Sweden, Asgaror turut dikenali dengan sebutan-sebutan lain seperti Åsgard, Ásgarður dan Asgård. Bila Asgaror diterjemah ke Bahasa Inggeris, antara sebutan yang popular ialah Asgarthr, Asgard, Asegard dan Asgardr. (Lindow, 2002)

Terdapat tiga sumber Norse yang dirujuk sejarawan berkenaan Asgard. Pertama, The Poetic Edda iaitu koleksi sajak yang tidak diketahui siapa pengarangnya dan dikatakan sudah wujud sekitar abad ke-13. Antara lokasi-lokasi Asgard yang disebut dalam Poetic Edda ialah Bifrost dan Yggdrasil (pokok mitos Norse yang dianggap sebagai pusat alam semesta dengan sembilan dunia mengelilinginya).

Rajah 1: Ash Yggrasil oleh Friedrich Wilhelm Heine

Kedua, The Prose Edda yang dikatakan dikarang oleh sejarawan abad ke-13, Snorri Sturluson. Prose Edda dianggap sebagai karya yang memperincikan segala aspek tentang Asgard termasuk asal-usul dewa-dewi Norse dan perihal Ragnarok. Manakala yang ketiga iaitu Heimskringla lebih kepada koleksi saga yang menyentuh raja-raja Sweden dan Norway serta kaitannya dengan mitologi Norse. Seperti Prose Edda, Heimskringla juga dikarang oleh Sturluson.

Antara bangunan dan ciri tempat yang wujud di Asgard ialah:

  • Valhalla – dewan emas di mana pahlawan-pahlawan yang ma.ti di medan pe.ra.ng dan diperintah oleh Odin. Mengikut Poetic Edda, ten.te.ra-ten.te.ra baginda atau einherjar akan turun bertem.pu.r semasa peristiwa Ragnarok bersamanya. Mereka berlatih berlawan setiap hari bagi memantapkan kemahiran mereka. Begitupun, hanya separuh saja yang akan berada di Valhalla dengan bakinya berada di Folkvangr yang diperintah Freyja. (Crawford, 2015)
Rajah 2: Valhalla oleh Max Bruckner
  • Bifrost – jambatan pelangi yang menghubuungkan Asgard dengan Midgard (bumi) dan dikatakan bermula di Himinbjorg, kediaman Heimdallr (Heimdall). Akan mu.sn.ah semasa Ragnarok apabila angkatan Muspelheim menye.ra.ng. (Crawford, 2015)
Rajah 3: Lukisan Heimdallr di Bifrost oleh Emil Doepler
  • Folkvangr – kediaman Freyja dan dua puterinya iaitu Gersemi dan Hnoss. Mengikut Poetic Edda, Folkvangr kaya dengan flora dan fauna bersesuaian dengan statusnya sebagai dewi keindahan dan cinta. (Mundal, 2019)
Rajah 4: Freyja di Folkvangr oleh Emil Doepler
  • Himinbjorg – kediaman Heimdallr (Heimdall). Apabila Asgard dise.ra.ng angkatan Muspelheim, beliau akan meniup sejenis tanduk bernama Gjallarhorn sebagai tanda permulaan Ragnarok. (Lindow, 2002, Crawford, 2015)
  • Bilskirnir – bangunan terbesar dan paling menonjol di Asgard. Merupakan kediaman Thor, Sif dan anak-anak mereka serta mempunyai 540 buah bilik. Menurut Prose Edda, sebahagian Bilskirnir mus.na.h semasa pertem.pu.ran tercetus antara Thor dengan Jormungandr bila Ragnarok tercetus. (Crawford, 2015)

Jadi, bagaimana Asgard dibina? Menurut Sturluson, setibanya dewa-dewi Norse tiba di situ, tanah-tanah dibahagikan antara mereka untuk diperintah dan mendirikan istana kediaman mereka. Begitupun, wilayah-wilayah mereka masih terdedah kepada ba.ha.ya terutama an.ca.man gergasi atau jotunn.

Pada satu hari, seorang jotunn tiba di Asgard bersama kudanya bernama Svadilfari dan menawarkan khidmatnya membina tembok pertahanan Asgard dalam tempoh tiga musim sejuk. Sebagai tukaran, gergasi itu mahukan bulan dan matahari sebagai hadiah serta Freyja sebagai isterinya. Sebaik mendengar syarat itu, Freyja tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan enggan menerima si gergasi sebagai suaminya.

Kerana terdesak, dewa-dewi Norse bersetuju dengan syarat tersebut tetapi dengan syarat ia mesti disiapkan dalam tempoh satu musim sejuk. Bagaimanapun, mereka langsung tidak berminat memenuhi syarat yang dinyatakan dan cuba mencari helah. Bersesuaian dengan perihalnya sebagai Dewa Penipu, Loki ditugaskan untuk menggagalkan usaha jotunn berkenaan.

Hasil pemerhatiannya mendapati Svadilfari yang membantu menyiapkan tembok pertahanan termasuk menggerakkan kayu balak dan batu sebagai bahan binaan. Lantas, Loki bertukar menjadi seekor kuda betina dan menggodanya agar ia merasa terganggu dan tidak dapat membantu tuannya itu. Gangguan tersebut menyaksikan binaan tembok yang dijanjikan tidak dapat disiapkan tepat pada masanya.

Si gergasi yang berang cuba menye.ra.ng mereka tetapi ia digagalkan oleh Thor sebelum dia dibu.n.uh dengan ketukan yang kuat. Saki-baki kerja pembinaan diselesaikan dan ianya kemudian diperkukuhkan agar Asgard kebal dari se.ra.ngan musuh. Beberapa bulan selepas itu, Loki melahirkan seekor kuda berkaki lapan bernama Sleipnir yang kemudiannya menjadi tunggangan Odin. (McCoy, 2016)

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ragnarok dianggap bermula sebaik saja Heimdall meniup Gjallarhorn selepas jotunn-jotunn dari Muspelheim memus.na.hkan Bifrost. Dewa-dewi Norse akan mara ke medan pertem.pu.ran Vigrid dan berdepan jotunn-jotunn ini. Dan seperti digambarkan dalam filem Thor: Ragnarok, Surt/Surtr (Surtur) mara ke Asgard dan memus.na.hkan istana-istana dan kubu-kubu Asgard.

Semasa peristiwa ini berlaku, dewa-dewi Norse seperti Odin, Thor dan Loki terbu,n.uh dan medan Vigrid dibasahi dengan da.r.ah. Bila itu berlaku, dunia akan ditenggelamkan ke dalam air dan menamatkan kewujudan yang ada. Mengikut sajak pertama Poetic Edda, Voluspa, dunia lama yang mus.na.h akan digantikan dengan dunia baru dengan saki-baki dewa-dewi Norse yang terselamat memulihkan kembali Asgard ke puncak kegemilangannya. (Crawford, 2015)

RUJUKAN:

McCoy, D. (2016). The Fortification of Asgard. The Viking Spirit: An Introduction to Norse Mythology and Religion. CreateSpace Independent Publishing Platform.

Mundal, E. (2019). Vǫluspá as a source for Old Norse religion in 2019. The Aarhus Mythology Conference. University of Bergen.

Lindow, J. (2002). Norse Mythology : A Guide to the Gods, Heroes, Rituals, and Beliefs. Oxford University Press. Halaman 13, 37 dan 54–56.

Crawford, J. (2015). The Poetic Edda : Stories of the Norse Gods and Heroes. Hackett Publishing Company, Inc. Halaman 12–14, 47–58, 68, 95

Ruangan komen telah ditutup.