Aset Maritim Strategik Pertahanan Nasional

0
1045
views
Foto menunjukkan kapal selam TLDM berada pada kedalaman periskop sewaktu latihan penembakan torpedo Blackshark pada 22 Ogos 2016 yang turut disertai KD Selangor, KD Lekir dan DSV Mega Bakti.

KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak adalah aset maritim strategik yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dibawah gugusan tugas Angkatan Kapal Selam yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Sepanggar,Kota Kinabalu.

Foto menunjukkan kapal selam TLDM berada pada kedalaman periskop sewaktu latihan penembakan torpedo Blackshark pada 22 Ogos 2016 yang turut disertai KD Selangor, KD Lekir dan DSV Mega Bakti.

Dua aset pertahanan maritim strategik ini mula beroperasi sejak tahun 2009 dimana kedua duanya dibina oleh firma DCNS dan Navantia dengan menggunakan rekabentuk kapal selam berkuasa nuklear Peranchis jenis Rubis-Amethyst yang merupakan rekabentuk serba baharu yang digunakan bagi membangunkan kelas kapal selam baharu jenis Scorpene yang menggunakan sistem pendorongan diesel elektrik dimana ia sesuai untuk pasaran eksport dan pengoperasian di kawasan perairan cetek dengan kedalaman sehingga 500 meter keatas.

Menggunakan sistem pendorongan diesel elektrik, lengkap dengan sistem persenjataan bagi tujuan peperangan bawah permukaan dan aras permukaan serta mampu melaksanakan operasi penyusupan jauh di belakang garisan hadapan musuh, kedua dua kapal selam kita ini merupakan mata tombak utama armada angkatan laut kita dengan mengeksploitasi kelebihan dan pengetahuan kita keatas kawasan perairan negara yang menjadi salah satu titik panas pertindihan dengan negara negara tetangga di Laut China Selatan.

Sehingga artikel ini ditulis, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak berjaya dengan trampil melaksanakan latihan penembakan sistem peluru berpandu Exocet SM39 dan sistem torpedo Blackshark, selain terlibat dalam siri latihan bersama aset permukaan dalam TLDM sendiri dan dengan negara sahabat seperti Australia dan Singapura yang memperlihatkan keupaayan kapal selam kita memburu kapal perang permukaan dan mengelak dari dikesan oleh aset anti kapal selam seperti pengunaan sonobuoy dan sonar aktif oleh helikopter pemburu kapal selam.

Sistem persenjataan seperti peluru berpandu Exocet SM39 yang merupakan antara mata tombak utama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak mampu dilancarkan dari bawah permukaan dan pada kedalaman operasi yang mana ia ditembak dari pelancar torpedo dan kemudian meluncur keluar kepermukaan laut menuju kearah sasaran seperti peluru berpandu anti kapal dengan jangkauan jarak sehingga 70km. Peluru berpandu ini membolehkan serangan hendap keatas gugusan armada musuh dilaksanakan tanpa musuh mengetahui kedudukan sebenar platform pelancaran.

Sistem torpedo Blackshark yang merupakan torpedo kelas berat keluaran Whitehead Alenia Sistemi Subacquei buatan Itali ini mempunyai jangkauan jarak sehingga 50km dengan kelajuan sekitar 50 knots. Ia mampu menerjah kearah sasaran dalam keadaan persekitaran serakan elektronik yang tinggi dan mengaplikasikan sistem sonar pelbagai frekuensi dan sistem non doppler untuk mengenalpasti dan mengunci sasarannya.

Kemampuan persenjataan KD TAR

Kedua dua sistem senjata ini telah diujinilai dan latihan penembakan telah dilaksanakan oleh kedua dua kapal selam TLDM ini yang mana kesan kemusnahan akibat hentaman kedua sistem senjata ini mampu melumpuhkan kapal perang moden dengan mudah.

Latihan demi latihan yang dilalui meletakkan Angkatan Kapal Selam pada aras kesiagaan paling tinggi dalam armada dan walaupun dengan 2 buah kapal selam, kelebihan yang dimiliki oleh Angkatan Kapal Selam adalah kerahsiaan tertinggi dan keupayaan teknologi paling terkini yang mana ketika keduanya ditauliahkan dalam TLDM merupakan aset bawah permukaan paling maju di rantau ASEAN, mendahului Indonesia yang masih lagi mengoperasikan 2 kapal selam buatan Jerman jenis Type 209 era 80an dan masih merangka untuk memperoleh aset baharu dari Korea Selatan dan Singapura yang walaupun mempunyai sejumlah 6 kapal selam da merupakan operator terbesar dalam kalangan negara ASEAN tetapi masih menggunakan kapal selam terpakai yang dibeli dari Sweeden jenis Sjoormen (Challenger class – 2 buah) dan Vastergotland (Archer class – 4 buah) dan hanya akan memperoleh kapal selam baharu pada tahun 2020.

Selain Malaysia, negara seperti Chile, Brazil dan India juga merupakan pengguna utama kapal selam jenis Scorpene yang memperlihatkan setiap satu darinya mempunyai spesifikasi yang berbeza antara satu sama lain.

Brazil sebagai contoh menggunakan asas Scorpene bagi membina kapal selam nuklear pertama negara tersebut manakala India mengambil langkah menjadikan Scorpene sebagai asas kepada pembangunan industri pembuatan kapal selam mereka secara mandiri walaupun sebelum ini mereka condong kepada teknologi dan bantuan dari Russia.

Australia juga mengambil langkah sama seperti India dengan memperoleh kapal selam jenis Scorpene yang ditingkatkan keupayaan dan mewujudkan kelas baharu iaitu Barracuda khusus untuk negara benua selatan tersebut.

Kapal selam adalah sistem senjata yang sangat digeruni oleh mana mana armada besar kerana keupayaannya untuk kekal senyap dibawah permukaan dan mengelak dari dikesan selain mampu melancarkan serangan hendap keatas aset penting seperti kapal pengangkut pesawat atau kapal pengangkut amfibia. Selain itu, kos mengatur gerak aset pemburu kapal selam juga sangat tinggi dan memakan masa justeru melambatkan pergerakan armada musuh dimana untuk mencari sebuah kapal selam berkuasa diesel elektrik, ia memerlukan koordinasi lebih dari 4 buah kapal perang penjajap beserta helikopter anti kapal selam dan pesawat rondaan maritim yang dilengkapi sistem pengesan magnetik dan ini telah terbukti bilamana angkatan laut Amerika Syarikat sendiri gagal mengesan dan memburu kapal selam Sweeden dalam satu latihan bersama walaupun pelbagai aset diaturgerak untuk mengekang ia dari melancarkan serangan.

Keupayaan ini sedikit sebanyak mampu menyebabkan musuh dan sahabat tetangga kita berfikir dua kali untuk mengatur gerak armada perang mereka dan sekaligus memberikan kita kelebihan dalam menentukan tempat dan masa untuk bertempur menjadikan ia aset cegah rintang paling trampil dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara dari ancaman dan angkara murka musuh konvensional.

Menurut Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin – TLDM menerusi pelan pemodenan 15 ke 5 akan memperlihatkan penambahan jumlah kapal selam yang dikendali Angkatan Kapal Selam bagi meningkatkan lagi kemampuan pertahanan strategik masa hadapan.

Perlu difahami umum, kapal selam mempunyai misi dan operasi yang khusus untuk mencegah pergerakan dan pencerobohan armada konvensional dalam persekitaran peperangan maritim serta bertujuan melaksanakan pemantauan dan pengumpulan maklumat risikan dalam kawasan perairan dalam masa aman manakala tugas mengekang dan memantau pergerakan kapal peronda pengawal pantai seperti yang berlaku di Beting Patinggi Ali beberapa tahun lepas memerlukan aset permukaan dan kapal peronda dan bagi memintas penceroboh rentas sempadan seperti situasi di Sabah Timur memerlukan kehadiran bot pemintas yang dikendali anggota pasukan khusus dan kapal peronda laju.

Setiap dari aset armada kita mempunyai tugasan yang tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk garisan pertahanan paling utuh bagi memastikan ancaman konvrnsional dapat ditangkis dan dicegah dengan trampil.

ARMA PACIS FULCRA

FJ

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here