Kebetulan pada hari ini, 80 tahun yang lepas (9 Mei 1940), UK pun mengalami krisis politik yang melibatkan undi tidak percaya ke atas PM Neville Chamberlain.

Undi tidak percaya (vote of no-confidence) dicipta oleh Parlimen UK untuk buang PM/kerajaan yang dianggap telah kehilangan “keyakinan” majoriti ahli parlimen akibat kegagalan atau salah laku.

Orang first yang kena no-confidence vote ialah Robert Walpole, PM Britain pertama (gambar kiri). Usul dibentangkan oleh Samuel Sandys (gambar kanan).

Walaupun Walpole selamat dalam undi, Walpole meletak jawatan pada tahun seterusnya.

Undi tidak percaya 9 Mei 1940 terhadap Chamberlain pula diusulkan oleh Clement Attlee, ketua pembangkang (Labour) yang hilang kepercayaan kepada cara Chamberlain menangani ancaman Jerman bawah Hitler.

Ada diceritakan di permulaan filem Darkest Hour lakonan Gary Oldman.

Sebelum WW2 tercetus pada September 1939, Chamberlain berbaik2 dengan Hitler untuk elak peperangan. Tapi hasilnya Jerman jadi makin berani dan UK & Perancis pun terpaksa isytihar perang.

Chamberlain selamat dengan undi 281:200, tapi dia sedar diri dah tak popular & perlu undur.

Maka Chamberlain buat syor kepada Raja George VI untuk melantik Winston Churchill yang selama ini menentang dasar appeasement sebagai PM baharu.

Selain UK, undi tidak percaya juga dipraktikkan di negara2 demokrasi berparlimen.

Bagi negara demokrasi berparlimen beraja (warna merah) spt UK, Jepun & Malaysia, undi tidak percaya boleh diguna untuk buang PM yang merupakan kerajaan. Raja selaku ketua negara ada imuniti.

Bagi negara demokrasi berparlimen berpresiden spt Itali, India & Singapura (warna oren) atau semi-presidential spt Perancis & Poland (warna kuning), PM (ketua kerajaan) boleh kena undi tidak percaya, dan Presiden (ketua negara) boleh kena impeachment.

Bagi negara republik berpresiden spt US, Indonesia & Filipina (warna biru), presiden adalah ketua negara dan juga ketua kerajaan.

Tapi presiden bukan seorang ahli parlimen, tak boleh pakai undi tak percaya.

Jadi cara nak lucutkan jawatannya adalah menerusi impeachment. Macam baru2 ni Trump berdepan dengan impeachment tapi dibebaskan (acquitted).

Cuma impeachment hanya untuk kesalahan besar spt salah guna kuasa. Kalau sekadar “hilang keyakinan” tak boleh buat impeachment.

Complicated kan?

Undi tidak percaya pada asalnya adalah untuk mewujudkan kerajaan yang lebih berkesan. Nak tunggu PRU lama lagi, maka undi tidak percaya menjadi mekanisme untuk membawa perubahan.

Cara ni selalu dipakai oleh Jepun untuk singkirkan PM yang tak perform, spt Kiichi Miyazawa (1993).

Selain Miyazawa, Shigeru Yoshida (1948 & 1953) & Masayoshi Ohira (1980) juga resign selepas undi tak percaya. Yoshida sampai 2 kali.

Ni saat Yoshida kalah undi tidak percaya tahun 1953. Parlimen bubar. Ahli parlimen yang anti-Yoshida berpakat jerit “banzai”.

Tapi kadang kala undi tak percaya juga disalahguna sebagai senjata politik untuk menjatuhkan musuh semata2, menimbulkan kekacauan politik spt di UK, Jepun & Itali. Sikit2 “no-confidence”, macam mana pelabur dalam & luar nak ada confidence.

Tak ada sistem & mekanisme politik yang perfect di dunia. Wisdom adalah kunci untuk memastikan negara terus berada di landasan yang betul.

Wisdom ni boleh dipelajari dari sejarah politik negara2 lain. Lihat apa yang membawa kepada kemajuan & kekacauan sesebuah negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.