Asal-Usul Teori Konspirasi Pendaratan Di Bulan

967

Hari ini merupakan hari ulang tahun Apollo 11 dilancarkan untuk mendarat ke Bulan. Sehingga ke hari ini, masih terdapat sebilangan manusia yang masih belum percaya bahawa manusia mampu mendarat ke Bulan. Dalam skala gelobal, hanya sekitar 20% – 25% sahaja manusia yang masih tidak mempercayai bahawa manusia pernah menjejakkan kaki di Bulan.

Di Amerika hanya sekitar 5% – 10% yang tidak percaya. Jumlahnya tidaklah begitu besar seperti jumlah pengikut Bumi Datar yang mempopularkan konspirasi ini. Di Rusia mempunyai seramai 57% rakyatnya yang tidak mempercayai manusia pernah ke Bulan – ini tidak menghairankan memandangkan U.S. adalah musuh mereka. Bagaimana konspirasi ini bermula?

Konspirasi ini bermula setelah program misi ke Bulan ini tamat pada tahun 1970-an. Kebangkitan teori konspirasi ini pada awalnya tidak ada kena mengena dengan misi untuk ke Bulan, tetapi lebih kepada runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu.

Pada tahun 1971, sebuah laporan bertajuk Pentagon Paper menunjukkan penipuan kerajaan Amerika Syarikat berkali-kali tentang Perang Vietnam. Laporan tersebut menunjukkan pentadbiran Lyndon B. Johnson yang menipu, bukan sahaja rakyat tetapi kepada kongres sendiri. Kerajaan U.S. secara rahsia telah meluaskan skala peperangan mereka tanpa memberitahu media perdana.

Kemudian, muncul pula konspirasi yang menyatakan CIA telah salah guna kuasa mereka. Kemudian, pada tahun 1976 tular pula konspirasi bahawa pembunuhan Presiden John F. Kennedy telah dirancang oleh orang dalaman kerajaan U.S sendiri.

Wabak konspirasi ini berjangkit ke seluruh Amerika Syarikat sejak tahun 1970-an dan pelbagai peristiwa mempunyai sisi konspirasinya sendiri termasuk peristiwa 9/11 yang mempunyai pelbagai versi konspirasi yang melibatkan dalangnya adalah kerajaan U.S.  Termasuklah kematian Osama Laden dan Saddam Hussein mempunyai kisah-kisah konspirasinya tersendiri.

Konspirasi ini terjebak ke program misi ke Bulan. Bill Kaysing – bekas pegawai tentera laut U.S – bekerja sebagai penulis teknikal salah satu daripada pembuat roket Apollo NASA untuk misi ke Bulan. Kaysing tidak mempunyai pengetahuan dalam kejuruteraan dan roket, dia hanya sekadar menulis seperti minit mesyuarat. Kaysing mendakwa bahawa dia mempunyai maklumat dalam tentang konspirasi kerajaan U.S untuk memalsukan pendaratan manusia ke Bulan.

Konspirasi ini diterbitkan dalam bukunya, We Never Went to the Moon: America’s Thirty Billion Dollar Swindle. Teori konspirasi pendaratan Bulan ini bermula dengan ‘terjemahan semula’ segala bentuk bukti yang disiarkan kepada awam oleh NASA dan mencari percanggahan dalam rekod rasmi. Satu perkara yang mereka tidak pernah buat ialah mencari maklumat dan bukti yang sebenarnya disembunyikan oleh kerajaan U.S. berkenaan misi ke Bulan.

Bukti visual merupakan peralatan yang paling ampuh digunakan oleh pendokong teori konspirasi kerana ia boleh diterjemah dengan pelbagai bentuk. Kemudian, ‘realiti’ konspirasi itu dibentuk dengan mengukuhkan idea bahawa “apa yang kita lihat, tidak semestinya betul dan ini semua adalah lakonan”.

Kita boleh nampak corak-corak begini dalam pelbagai jenis peristiwa – terutamanya peristiwa kematian Osama, peristiwa 9th November dan krisis di Timur Tengah. Kemudian, kepekatan teori konspirasi ke Bulan ini semakin popular apabila Hollywood memfilemkan Capricorn One yang menggambarkan pendaratan ke Marikh adalah palsu.

Walau bagaimanapun, pelbagai teori-teori konspirasi berkenaan pendaratan ke Bulan telah pun disanggah. Berikut merupakan antara teori popular yang digunakan oleh pendokong teori konspirasi.

Mengapa bendera berkibar sedangkan di bulan tiada angin? Ya, bulan tiada angin dan benda itu tidak berkibar sebenarnya. Bendera itu dipacakkan dengan batang berbentuk ‘L’. Lihat pada gambar dengan cermat. Bendera itu sebenarnya dalam keadaan renyuk kerana telah lama disimpan dalam roket ketika menuju ke bulan.

Mengapa ‘langit’ di bulan kelihatan gelap, sedangkan bumi berwarna biru? Kerana bulan tiada atmosfera untuk mencetuskan kesan Rayleigh – pelanggaran sinaran EM matahari dengan atmosfera. Tetapan kamera yang dihantar hanya didedahkan hanya untuk permukaan bulan, gambar astronaut dan modul bulan. Tambah lagi, cahaya matahari di bulan terlalu terang sehingga cahaya bintang lain jadi kelihatan malap.

Mengapa bekas tapak di bulan tidak sama dengan corak tapak kasut? Kerana tapak kasut yang ditunjukkan oleh pendokong teori konspirasi ialah kasut di dalam. Kasut yang mereka gunakan ketika berjalan di bulan ialah kasut di luar. Sila rujuk gambar rajah.

Astranout tidak akan dapat melepasi radiasi Van Allen Belt. Benarkah?
Radiasi Van Allen Belt ialah radiasi daripada zarah bertenaga tenigi yang terperangkap dalam medan magnet Bumi. Konsep pergerakan roket Apollo 11 ini sama seperti berjalan di atas api – saya pasti kita semua pernah melihat persembahan manusia berjalan di atas api.

Manusia tidak cedera apabila dia terus berjalan dengan laju tanpa bermain-main di kawasan api tersebut. Kemalangan akibat radiasi ini akan muncul apabila kita terlalu lama terdedah dengannya sebanyak 200 – 1000 ‘rads’ dalam tempoh beberapa jam.

Roket Apollo 11 hanya terdedah kurang dari 2 jam dan mereka hanya terdedah sebanyak 18 rads sahaja – masih di batasan yang selamat. Tambah lagi, NASA memastikan roket Apollo 11 kebal daripada radiasi tersebut.

Maka, purata radiasi yang terdedah hanyalah 0.18 rads sahaja – sama dos radiasi sinaran-X (sinaran-X). Untuk pengetahuan anda, dos sinaran-X yang tinggi akan membahayakan anda. Sebab itu apabila kita X-ray, kita tidak ada apa-apa kerana dosnya yang rendah.

Kalau kita pernah ke bulan, mengapa kita tidak pergi lagi? Kos persiapan untuk ke bulan sangat mahal dan kos mahal tersebut menuntut pada keperluan lain. Ketika manusia pertama kali ke bulan, perbelanjaannya telah menelan sebanyak $25 bilion.

Pada hari ini, satu tempat duduk memakan kos $750 juta untuk mendarat ke bulan. Tetapi anda jangan risau, projek untuk ke bulan telah dilancarkan semula oleh beberapa syarikat angkasa. Mereka mahu menjadikan bulan sebagai tempat pelancongan.

Pada tahun 2018, SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk telah membuat persiapan untuk membawa dua orang pelancong untuk ke bulan dan mereka merancang untuk berlancar pada tahun 2023.

Tentu ada pernah terjumpa gambar-gambar yang menunjukkan mereka sedang merakam filem pendaratan bulan. Iya, itu adalah rakaman mereka sedang melakukan latihan sebelum pergi ke bulan. Latihan tersebut di lakukan di Kennedy Space Cener, Florida.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.