Asal Usul Teori Konspirasi Freemason-Yahudi Menguasai Dunia

3,130

Pra-tempah hanya di Shopee

Kita semua tahu yang Freemason ni akidah dia berbeza dengan umat Islam. Organisasi dia memang wujud, dan falsafah dia memang batil. Kita sedia maklum bahawa ulama Al-Azhar dan Ulama Mekah sependapat fatwa bahawa Freemason ni akidahnya sesat dan mengharamkan umat Islam sertainya.

Sebab tu Khalifah Uthmaniyyah, iaitu Sultan Mahmud I pada tahun 1748 haramkan Freemason sebab dia sebarkan fahaman ateis. Ini kita semua setuju, tetapi teori konspirasi yang menyelubungi Freemason ni. aku ada beberapa masalah mengenainya. Disipilin ilmu sejarah, kewangan, ekonomi dan geopolitik aku membuatkan aku sukar untuk percaya.

Contohnya deme cakap Ataturk ni ahli Freemason dan nak kuasai dunia, tapi kau tahu Freemason sendiri pernah cuba nak bunuh Ataturk sebab tak puas hati dengan mamat nama Ataturk ni? Beb, ahli-ahli Freemason ni gagal bunuh Ataturk dan dijatuhkan hukuman! Kalau power sangat Freemason ni, kenapa Ataturk pun dia susah nak bunuh? Last-last deme terciduk kena dengan Ataturk!

Bahkan, Pengasas-pengasas Amerika Syarikat seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson yang dikaitkan dengan Freemason pun membenci Yahudi dan seringkali menghina Yahudi. Ya, mereka ahli Freemason. Tapi mereka jelik terhadap Yahudi.

Korang tahu tak yang pada tahun 1798, masih belum wujud sebarang usaha nak kaitkan Freemason dengan Yahudi, dan sumber AUTHENTIC dari BARAT yang mengaitkan Freemason dan Yahudi ialah pada tahun 1861 melalui buku La Verite Israelite.

Petikan buku:

“The spirit of Freemasonry is the spirit of Judaism in its most fundamental beliefs; it is its ideas, its language, it is mostly its organization, the hopes which enlighten and support Israel. It’s crowning will be that wonderful prayer house of which Jerusalem will be the triumphal centre and symbol.” La Verite Israelite, 1861

Atas ialah antara sumber terawal. Jadi teori-teori konspirasi kait Freemason dan Yahudi tak keluar awal di barat sampailah 1800-1899. Jadi, kenapa aku sebut barat? Sebab teori konspirasi Illuminati dan Freemason ni asal-usulnya dari buku-buku dari Barat pada zaman Enlightment dulu. Umat Islam hanya menyambut teori-teori konspirasi daripada barat.

Raja Louis XVI dikorbankan dalam Revolusi Perancis.

Asal usul Teori Konspirasi adalah di Eropah menjelang akhir abad ke-18. Ketika itu berlaku peristiwa besar yang bernama Revolusi Perancis. Golongan Konservatif takut dengan Revolusi Perancis, lantas buat cerita buruk-buruk pasal revolusi ni. Antaranya dikaitkan dengan syaitan dan jugak… KONSPIRASI nak menguasai dunia.

John Robison, seorang professor dari University Endiburgh telah menerbit buku berjudul Conspiracy Against all the Religions and Governments of Europe, Carried on in the Secret Meetings of Freemasons, Illuminati and Reading Societies, diikuti oleh buku Memoirs Illustrating the History of Jacobinism yang ditulis seorang paderi Jesuit bernama Abbé Augustin Barruel (sebuah kumpulan Katolik yang diharamkan oleh kerajaan Perancis) pada tahun 1798.

Bapa-Bapa Teori Konspirasi: Barruel dan Robison

Barruel menulis bahawa Freemason ialah pewaris kepada Knights Templar. Kononnya ketika organisasi ini dihukum mati oleh  Raja Perancis pada tahun 1314 atas tuduhan menyembah setan, satu tuduhan yang direka-reka oleh Raja Phillip IV untuk merampas harta Templars, mereka tidak mati sepenuhnya sebalik ialah warisan Knights Templar.

Ini ialah buku PERTAMA dalam SEJARAH bercakap pasal FREEMASON dan ILLUMINATI menguasai dunia melalui konspirasi. Sebelum sekurang-kurangnya 1849, bermula 1798 tak ada satu pun satu buku yang AUTHENTIC dapat DIBUKTIKAN bercakap pasal FREEMASON dan YAHUDI.

Sebab tu titah khalifah haramkan Freemason takde satu pun yang kaitkan FREEMASON dan YAHUDI. Kenapa hanya pada (1800-1899) baru sahaja barat mula kait Yahudi yang kuasai Freemason? Sebab pada zaman tu Yahudi mula menguasai ekonomi di Eropah.

Jadi, orang putih takut tengok yang bangsa yang dulu tarafnya macam sampah mula menguasai bank-bank, institut kewangan dan jugak ekonomi deme. Deme masa tu tengah kalah dengan permainan dan kelicikan bangsa Yahudi dalam ilmu kewangan.

Henry Ford pendukung teori konspirasi Yahudi

Tak percaya? Industrialis terkenal di Amerika bernama Henry Ford (pengasas syarikat kereta Ford) turut menjadi salah seorang yang kuat menyebarkan teori konspirasi Yahudi. Lepas tu dengan kebangkitan Sosialism dan Komunism, lagilah Kapitalis Amerika masa tu dok sebarkan teori konspirasi pasal Yahudi.

Protocol of the Elders of Zion

Kemuncaknya ialah Protokol Zionis atau “Protocol of the Elders of Zion” pada tahun 1903 di Rusia. Protokol ni selepas itu dibuktikan ialah propaganda seorang lelaki Russia bernama Pyotr Rachkovsky untuk mempengaruhi kerajaan Rusia terus menekan orang Yahudi.
Dan protokol yang jadi kitab rujukan para pengkonspirasi teori walaupun ada beratus-ratus buku di luar sana berjaya menjawab Protocol Of The Elders Zion dan tak ada satu pun buku teori konspirasi mampu menjawab tuduhan tersebut.

Poster Nazi bertahun 1935 yang memaparkan simbol-simbol Freemason dan Yahudi

Dan teori ni kemudiannya disambut oleh Parti Nazi pada tahun 1930 -an. Hitler menyebut tentang konspirasi Freemason-Yahudi dalam bukunya Mein Kampf pada tahun 1925. Dan teori konspirasilah yang digunakan oleh Hitler untuk melakukan genoside ke atas Yahudi. Untuk halalkan kebencian dia ke atas Yahudi.

Deme kata Rothschild melalui Freemason menguasai kewangan dunia. Dia menanam proksi dia kat mana-mana. Tapi hakikatnya, Rothschild dah terciduk lama dah. Konon dia pegang duit US$ 500 trilion dalam dunia. Tapi hakikatnya ialah duit dalam dunia ialah dimasukkan dengan emas (US$ 7.8 trilion), “Narrow Money” (28.6 trilion) dan “Broad Money” (80.9 trilion) pun tidak capai angka 500 trillion.

Jacob Rothschild ketua Rothschild di London, potrait di belakang menunjukkan Nathan Mayer Rothschild, datuk kepada moyangnya

Ini dari zaman dulu memang dia kuasai politik dunia. Sekarang ni dia dah terciduk dah sebab bukan dia jer yang kawal kewangan dunia. Sebab dulu ilmu ni dia jer tahu, sekarang semua orang ada akses dan lagi power daripada dia. Bahkan hari ini, bangsa yang menguasai kewangan dunia bukan lagi Yahudi macam dulu tetapi…

CINA dan JEPUN.

5 Bank terbesar dunia ialah datang daripada China dan Jepun iaitu (ICBC, CCB, Agricultural Bank of China, BOC) dan Jepun (Mitsubishi UFJ). Nak lawan Yahudi punya licik, kita kena contohi macam mana orang Cina lawan deme. Perhatikan macam mana Soros tumbangkan negara-negara di Asia Tenggara masa krisis ekonomi dulu kat sini.

Tapi tahu tak Soros terciduk kat mana? Hong Kong. Soros jumpa lawan setanding deme kat Hong Kong sampai tercirit-cirit balik lepas ditewaskan dalam permainan kewangan. Donald Tsang Yam-kuen iaitu Setiausaha Kewangan Hong Kong berjaya buat Yahudi Soros rugi dua Billion bhai!

Mesti Soros tak tidur malam dok bayangkan muka dia.

Kalau kena ilmu dia, kita umat Islam boleh bangkit kalahkan Barat dan Eropah. Dulu China digelar sebagai Sick Man Of Asia, Turki pulak Sick Man Of Europe. Tapi China hari ni tengah buat Amerika menggigil kepala lutut. Kita umat Islam masih lagi sick man yang tak bangkit-bangkit.

Kenapa? Bila kita tengok Barat dan Yahudi menguasai dunia, kita tak lawan dengan menuntut dan belajar ilmu kewangan, ekonomi, meniaga, sains dan teknologi, sebaliknya kita cuba menenangkan diri kita, “its okey, deme maju sebab Dajjal, sebab konspirasi Freemason.”

Sampai bila-bila kita tak akan maju kalau fikiran macam tu dalam kepala kita. Barat mampu maju sebab deme ACKNOWLDGE ilmu yang dimiliki oleh TAMADUN ISLAM masa tu dan mula belajar dengan kita. Selagi kita jadi denial dengan teori konspirasi, maka kita tak akan mampu bangkit.

RUJUKAN:

Wong, Ayman Rashdan. (2018). Mencabar Teori Konspirasi. Patriots Publishing.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.