“Comel betul Unicorn ni. Rupa paras kuda, bertanduk satu keluar pelangi warna-warni. Wah, best betul hidup sebagai Unicorn ni. Digilai ramai”.

Seekor haiwan mitologi yang dianggap suci oleh sebahagian bangsa sehinggakan haiwan ini dijadikan simbol negara ataupun sembahan yang mulia. Ramai manusia pada zaman dahulu mempercayai kewujudan Unicorn sehinggakan mereka berburu masuk ke dalam hutan semata-mata mencari haiwan mitos ini. Dipercayai tanduk Unicorn atau dalam bahasa rasmi mitologinya ‘Alicorn’ mampu dijadikan sebagai penawar untuk pelbagai penyakit yang dihidapi manusia. Tidak peliklah, mengapa haiwan mitos ini sentiasa diburu oleh manusia. Sehingga sekarang.

Tetapi, sejauh manakah kita mengetahui asal-usul haiwan mitologi yang sebenarnya ‘wujud’ pada suatu tika dahulu?

Ba-dum-tss…

1. Unicorn pertama kali disebut oleh seorang ahli fisik dan penulis sejarah (India dan Parsi) dari Yunani, iaitu Ctesias yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan dari Yunani ke Parsi untuk berkhidmat pada Kisra Parsi iaitu Artaxerxes II. Dalam perjalanannya itu, beliau mendengar daripada rombongan pedagang dari tanah India tentang kisah haiwan tersebut sehinggakan Ctesias menggambar haiwan yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada masa itu. Hasil kisah perjalanannya dicatat di dalam buku ‘History of India/On India’ (Indica):

“There are in India certain wild asses which are as large as horses, and larger. Their bodies are white, their heads dark red, and their eyes dark blue. They have a horn on the forehead which is about a foot and a half in length…”.

(Terjemahan dari Yunani ke Inggeris).

‘Wild asses’ di sini membawa maksud ‘unicorn’. Walaupun pada ketika ini perkataan Unicorn belum wujud, tetapi kisahnya tersebar dengan meluas sehinggakan ianya pernah dipetik oleh Julius Caesar, Pliny the Younger dan Claudius Aelianus di dalam bukunya ‘De Natura Animalium’:

“Every phrase of his three considerable passages about the unicorn was conned and reiterated many times during the following fifteen hundred years and for this reason they deserve careful attention”.

Ya, walaupun ianya catatan sejarah, Ctesias juga menambahkan ciri-ciri pada haiwan ini mengikut imaginasinya seperti tanduk yang berwarna-warni dan keupayaan fizikal yang kuat. Sepertimana ditulis oleh beliau berkenaan keajaiban tanduk Unicorn (Alicorn) yang mampu menjadi penawar:

“Indeed, they are immune even to poisons if, either before or after swallowing such, they drink wine, water, or anything else from these beakers”.

Sebenarnya, Ctesias tidak pernah melihat dengan biji mata sendiri bagaimana bentuk sebenar haiwan yang diperkatakan oleh para rombongan dari India ini. Beliau hanya mendengarkan sahaja dan merakamkan kembali hasil ingatannya ini ke dalam buku catatan sejarahnya.

2. Perkataan Unicorn pertama kali muncul dalam Bible versi King James (1611). Perkataan Hebrew ‘Re’em’ diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani iaitu ‘Monokeros’, lalu diterjemahkan pula ke dalam bahasa Latin iaitu ‘Unicornos’ dan akhir sekali ianya diterjemahkan ke dalam Bible versi King James iaitu Unicorn.

Perkataan ‘Re’em’ yang sebenarnya membawa maksud ‘Wild ox’. Dari ‘mistranslation’ inilah yang menambahkan lagi imaginasi kukuh kewujudan Unicorn. Setelah nama Unicorn ini diperkenalkan, maka setiap catatan kuno yang menyebutkan nama haiwan mitos tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Unicorn’.

3. Penulis buku ‘The Lore of the Unicorn’, Odell Shepard, mengatakan yang Ctesias banyak menggunakan imaginasinya ketika sedang membayangkan bagaimana rupa bentuk Unicorn tersebut. Maklumlah, pada masa tersebut, khabar angin disampaikan dari mulut ke mulut manusia sehinggakan haiwan yang pada mulanya wujudnya hanya biasa sahaja ditokok-tambah sehinggakan haiwan yang tidak berdosa ini menjadi mangsa fantasi manusia.

Aristotle, ketikamana mengetahui tentang kewujudan Unicorn dan kisah haiwan ini mula tersebar meluas, beliau menyimpulkan Unicorn ini berkemungkinan sosok haiwan gajah, zirafah ataupun badak sumbu.

4. Tambahan pula, terdapat satu lagi catatan yang menggambarkan bagaimana kekuatan Unicorn tersebut oleh Cosmas Indicopleustes di dalam Book XI ‘The Monoceros or Unicorn’ yang berbunyi:

“This animal is called the unicorn, but I cannot say that I have seen him. But I have seen four brazen figures of him set up in the four-towered palace of the King of Ethiopia. From these figures I have been able to draw him as you see. They speak of him as a terrible beast and quite invincible, and say that all his strength lies in his horn. When he finds himself pursued by many hunters and on the point of being caught, he springs up to the top of some precipice whence he throws himself down and in the descent turns a somersault so that the horn sustains all the shock of the fall”.

5. Kisah dan catatan para penggembara dan sejarah berkenaan Unicorn ini tersebar meluas sehinggakan ianya memberikan kesan yang mendalam terutamanya pada zaman pertengahan yang dimana para pendeta gereja mengambil haiwan ini sebagai haiwan yang suci. Penganut agama Kristian pada masa tersebut mengambil (mengadapsikan) unicorn sebagai haiwan yang suci di dalam agama mereka mempercayai haiwan tersebut berkait rapat dengan:

1. Incarnation of Christ.
2. Passion of the Christ.

6. Para pelukis mengambil peluang tersebut untuk menggambarkan Unicorn mengikut imaginasi masing-masing sehinggakan gambaran unicorn tersebut masih dipakai pada masa sekarang. Boleh dilihat pada lukisan ‘The Lady and the Unicorn’ oleh Luca Longhi (abad ke-16 M), ‘Saint Justina with the Unicorn’ oleh Moretto da Brescia, tahun 1530 M dan ‘Portrait of a Young Lady with a Unicorn’ oleh Raphael Santi, tahun 1505 M.

Bermula dari sinilah, Unicorn mulai digambarkan dengan paras rupa haiwan yang cantik dan hasilnya mempengaruhi imaginasi manusia sehingga sekarang.

Pengaruh tentang kewujudan Unicorn pada zaman Eropah tersebar meluas sehinggakan entiti makhluk mitos ini diketahui mempunyai hubungan dengan kewujudan Unicorn versi bangsa lain seperti:

1. China: Qilin.
2. Afrika: Ababda.
3. Amerika Selatan: Camahueto.

7. Marco Polo, seorang pengembara terkenal dari Itali menulis catatannya ketikamana beliau berada di kepulauan Sumatera (Java la Grande) berkenaan Unicorn yang dilihatnya:

“hair like that of a buffalo, feet like those of an elephant, and a horn in the middle of the forehead, which is black and very thick”.

Diketahui Unicorn yang dilihat oleh Marco Polo dipercayai adalah badak sumbu Jawa. Sepertinya, melalui catatannya, boleh dilihat bagaimana kecewanya dia apabila melihat sosok unicorn yang dikatakan ‘bagai indah khabar dari rupa’.

8. Akhirnya, daripada hanya sebuah catatan sejarah, Unicorn menjadi salah satu sasaran falasi peribadi manusia. Secara tidak langsung apabila gambarannya disalahtafsirkan, ditambah pula dengan campur tangan agama menyebabkan kewujudan makhluk imaginasi Stecias ini wujud dalam fizikal kuda, bertanduk satu, berbadan putih dan lain-lain lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa, marilah kita memecahkan misteri sebenar apakah haiwan yang berada di sebalik dalang konspirasi Unicorn ini..

BADAK SUMBU.

Salah satu teori ahli saintis yang mengungkapkan misteri sosok disebalik Unicorn adalah badak sumbu ‘Elasmotherium’ yang telah pupus pada hari ini. Ada banyak lagi teori yang lain seperti antelope, narwhal, kerbau dan lain-lain lagi. Tetapi, teori badak sumbu adalah yang paling disokong oleh para saintis melalui penemuan fosil tulang di daerah Pavlodar, Kazakhstan. Hasil penemuan ini boleh dilihat di:

http://thescipub.com/PDF/ajassp.2016.189.199.pdf

Kesimpulannya, Unicorn yang cantik adalah badak sumbu yang comel. Dan secara realitinya, jikalau anda peminat Unicorn, anda sebenarnya adalah peminat Badak Sumbu purbakala. Nasib baik bukan badak air.

– TAMAT –

Sumber rujukan:

1. Cosmas Indicopleustes, Christian Topography (1897) pp. 358-373. Book 11.

2. A Brief History of the Unicorn oleh Tiffany Sharples.

3. Mythology: Unicorn oleh Prof. Geller.

4. The Lore of the Unicorn oleh Odell Shepard.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.