Penyanyi lagu Zombie, Dolores Cranberries yang glamour waktu aku remaja dulu dah meninggal semalam akibat kematian mengejut pada umur 46 tahun.

Polis dan doktor sedang siasat punca kematian.

Sementara itu, pernah ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi yang selalu kalahkan tentera salib? Lalu Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan setelah beliau berjaya dibunuh, nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa. Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang meratah daging manusia.

Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie berasal dari pahlawan Islam?

Jawapan aku:

Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.

Sebagai penulis kita kena adil dalam mengkaji sejarah, jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi. Aduhai..

Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok sendiri yang cuba dihubung kait sebagai fakta, hanya untuk menutup kejahilan diri sendiri.

Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan Zambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud “roh orang mati”, yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh hidupkan semula orang mati tanpa perasaan yang hanya bergerak-gerak.

Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam filem Zombie pertama berjudul “Night of the Living Dead” tahun 1968, filem hitam putih, dan idea jalan cerita itu pula datang dari novel klasik puntianak: “I am Legend”.

Sejak filem tu hit, maka berlumba-lumba filem zombie dikeluarkan sehingga di Malaysia ada Zombie Kampung Pisang.

Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggungjawab, dan amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang betul, sumber yang betul, rujuk muzium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak George A. Romero yang dikenali sebagai bapa kezombian Amerika baru saja mati tahun lepas, tak nak pulak korang tanya dia hari tu?

Terkini: Oleh sebab filem Zombie dah popular, maka dah ada pihak terbit drama bersiri “The Walking Dead” yang dah masuk season 8, dan dianggap sebagai drama terbaik dalam menggambarkan zombie, tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan dengan perkatan “zombie”, sekarang mereka tukar “The Walker”. Jika korang tengok filem tu, langsung tak sebut perkataan “zombie”.

Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat untuk burukkan islam itu?

Islam agama fakta dan amat memetik beratkan fakta. Terima kasih kerana bertanya sebelum sebar semua berita kerana perintah Allah suruh kita kaji dulu setiap berita sebelum sebar.

Artikel oleh Hamka Kereta Mayat. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.