Pada mulanya, presiden pertama Myanmar iaitu Sao Shwe Thaike telah mengiktiraf orang Rohingya sebagai salah satu daripada 135 pribumi Myanmar. Pengesahan status pribumi diberikan kepada mana-mana etnik yang telah wujud di Myanmar sejak era 1800an. Bermula dari 1958 sehingga 1962, orang Rohingya hidup dengan aman dan tenang.

Selepas itu pihak kerajaan telah merampas kesemua kad pengenalan orang Rohingya dengan alasan deme bukanlah warganegara. Kemuncaknya pada tahun 1982, Myanmar telah meminda 1982 Citizenship Law yang menyaksikan Rohingya terkeluar daripada 135 etnik yang dianggap sebagai pribumi.

Perlucutan hak pribumi itu dikatakan berpunca daripada tanggapan Myanmar yang menuduh Rohingya merupakan pendatang daripada Chittagong, Bangladesh. Alasan yang diberikan adalah rupa paras orang Rohingya persis penduduk Chittagong. Bahasa orang Rohingya juga berbeza dengan pribumi Myanmar yang lain.

Newly arrived Rohingya migrants gather at Kuala Langsa Port in Langsa, Aceh province, Indonesia, on Friday after coming ashore. Most such migrants have been prevented from making port in Southeast Asia.

Betul ke Rohingya merupakan pendatang di Myanmar?

Sebenarnya istilah Rohingya hanya wujud secara rasmi pada tahun 1950. Mengikut 1982 Citizenship Law, sesebuah etnik itu akan diiktiraf sebagai pribumi jika mereka sudah tinggal di Myanmar semenjak era 1800an. Boleh dikatakan Rohingya ni bukan pribumi dan mungkin adalah pendatang.

Tunggu dulu sebab orang Rohingya dah wujud di Arakan sejak abad ke-15. Malah mereka siap tubuhkan kerajaan sendiri di Arakan yang dikenali sebagai Mrauk U. Masalahnya istilah Rohingya yang merujuk kepada orang Arakan beragama Islam masih belum wujud. Ketika itu mereka dikenali dengan banyak nama seperti Muslim, Mohamaden, Chittagonians, Bengalis, Rooinga, dan Rossawn.

Tapi apabila Francis Buchanan iaitu staf Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pergi bertemu dengan penduduk Arakan beragama Islam, dia mendapati kaum tu menggelarkan diri deme sebagai Rooinga. Boleh dikatakan terma Rohingya berkemungkinan wujud daripada perkataan Rooinga.

Nasib malang Rohingya bermula setelah kerajaan Mrauk U ditakluk oleh orang Bamar. Pada masa tu ramai orang Rohingya telah ditangkap untuk dijadikan hamba di wilayah Myanmar yang lain. Baki yang masih terselamat terus lari ke British India bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman orang Bamar.

Tak lama kemudian, Myanmar telah ditakluk oleh British hingga menyebabkan Dinasti Konbaung terkubur. Di era pemerintahan British inilah, Rohingya dapat kembali ke Arakan. British juga menggalakkan orang India dan Bengal pergi ke Myanmar untuk bekerja. Dekat sinilah salah faham terjadi. Sebab orang Bamar anggap Rohingya ni sama je macam India dan Bengal. 

Orang Bamar dan Myanmar mula cakap Rohingya merupakan orang yang berasal daripada Bangladesh. Hal ini dikuatkan lagi dengan pengakuan seorang ahli parlimen Rohingya yang menyatakan etniknya berasal daripada Chittagong. Deme semua berpindah ketika era British menguasai Myanmar. Padahal dalam rekod British, orang Rohingya sudah wujud di Arakan berabad-abad lamanya.

Senang cerita, Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara sebab mereka dianggap berasal daripada Bangladesh. Mungkin ada yang anggap ini adalah konflik agama. Tapi kena ingat dekat Arakan juga masih ada lagi etnik beragama Islam iaitu Kaman. Bezanya adat resam dan bahasa orang Kaman lebih dekat dengan Myanmar.

Ditambah lagi nama Rohingya itu baru sahaja wujud. Nenek moyang pulak dikenali dengan nama yang berbeza-beza. Maka terjadilah kekeliruan di Myanmar walaupun rekod daripada British yang menyatakan Rohingya adalah pribumi.

Disebabkan telah ditindas sekian lama dan tidak diiktiraf sebagai warganegara, terpaksalah deme semua lari ke negara lain. Bila tak diiktiraf sebagai warganegara ni nak masuk sekolah pun susah. Mungkin sebab tu kot Rohingya ni perangai pelik-pelik.

RUJUKAN:

Albert, E., & Maizland, L. (2020, Januari 23). The Rohingya crisis. Council On Foreign Relations. Dipetik daripada https://www.cfr.org/backgrounder/rohingya-crisis 

Blakemore, E. (2019, Februari 9). Who are the Rohingya people? History. Dipetik daripada https://www.nationalgeographic.com/culture/article/rohingya-people

Haradhan Kumar Mohajan. (2018). History of Rakhine state and the origin of the Rohingya Muslims. IKAT: The Indonesian Journal of Southeast Asian Studies, 2(1), 19-46.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply