Asal Usul Perkataan Epidemik Dan Pandemik Dari Bahasa Yunani

792

Bencana Koronavirus sekarang ini berfokus kepada minda, sasaran mudah untuk menggoyahkan kewujudan manusia apabila berdepan dengan wabak global ini. Perkataan seperti ‘epidemik’ dan ‘pandemik’ telah menjadi sebahagian dalam rutin harian kita.

Perkataan tersebut berasal dari Yunani, dan perkara ini menunjukkan orang Yunani Kuno dulu memikirkan banyak tentang penyakit, sama ada menurut perubatan dan sebagai metaphor kepada perluasan hubungan manusia. Terdapat ciri-ciri yang tidak dilupakan apabila perkataan ‘wabak’ (loimos) diterap dalam kesusasteraan Yunani.

Ia bermula dengan karya agung yang lahir di Yunani Kuno sendiri iaitu Iliad karya Homer (sekitar 700 SM), terdapat kisah satu wabak menyerang para anggota tentera kota Troy. Agamemnon, putera Yunani Kuno yang mengetuai bala tenteranya, mengutuk paderi dewa Apollo bernama Chryses.

Dewa Apollo adalah dewa wabak – pemusnah dan penyembuh – dan menghukum kaum Yunani Kuno dengan menghantar penyakit sampar. Dewa Apollo juga adalah dewa pemanah, dan dinyatakan Apollo menembak panah berapi ke arah para tentera Yunani Kuno yang mempunyai kesan serangan teruk.

NARATIF WABAK

270 tahun kemudian selepas menghasilan karya Iliad, perkataan wabak diterapkan dalam dua karya sastera Athens yang agung – Sophocles’ Oedipus the King, dan Thucydides’ History of the Peloponnesian War.

Penulis karya agung bernama Thucydides (460 – 400 SM) dan Sophocles (490 – 406 SM) mungkin pernah bertemu sesama mereka, walaupun sukar untuk dibuktikan kerana kekurangan bukti. Kedua-dua karya ini dihasilkan pada masa yang sama. Ia dihasilkan pada 429 SM, dan wabak Athens berlaku sekitar 430 – 426 SM.

Thucydides menulis rangkap tidak dalam bentuk bait puisi (seperti penulis Yunani Kuno biasa lakukan), dan dia bekerja di kursus baru ‘sejarah’ (merujuk kepada kajian). Dia mefokuskan Perang Peloponnesian iaitu perang antara Athens dan Sparta sekitar tahun 431 – 404 SM.

Penerangan Thucydides mengenai wabak yang menyerang Athens pada 430 dalam karya History of Peloponnesian War adalah petikan yang popular dalam kesusasteraan Yunani Kuno. Menariknya tentang penerangan tersebut adalah bagaimana social masyarakat focus kepada penyakit sampar, sehingga penduduk terjangkit meninggal dunia dan yang terselamat dari wabak tersebut.

KRISIS KESIHATAN

Penerangan Thucydides terhadap wabak kemudian dibentangkan dalam ceramah Pericles’ Funeral Oration (Pericles kemudian meninggal dunia akibat wabak pada 429 SM, manakala Thucydides turut terjangkit tapi terselamat).

Thucydides menerangkan peringkat pertama wabak penyakit sampar – dikatakan ia berasal dari Afrika Utara, merebak ke seluruh kota Athens, kesungguhan doctor mengubatinya, dan peningkatan kematian termasuklah doktor itu sendiri.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Tiada yang dapat selesaikan krisis ini – tiada ilmu perubatan atau pembelajaran baru, doa atau keajaiban. Sesungguhnya “pada akhirnya mereka mengatasi oleh kesengsaraan mereka sendiri sehingga mereka tidak tumpukan perhatian akan perkara di hadapan mereka”.

Dia menerangkan symptom secara menyeluruh – rasa terbakar , sakit perut dan muntah, rasa ingin berbogel tanpa seutas benang pada badan pesakit, insomnia dan kurang rehat.

Peringkat seterusnya, setelah tujuh atau lapan hari dijangkiti wabak, penyakit ini merebak turun ke perut dan bahagian tubuh yang lain – kemaluan, jari tangan, dan kaki. Sesetengah pesakit terus menjadi buta. Pihak kerajaan juga tidak terkecuali terjangkit wabak sebegini.

Peringkat terakhir, Thucydides fokuskan kepada perpecahan nilai tradisi dimana kebebasan dan kepentingan diri menjadi keutamaan dari kehormatan. Dewa dan manusia tidak lagi mereka takuti lagi. Wabak ini berlangsung sehingga dua tahun, kemudian wabak kedua berlaku lagi namun perebakan wabaknya semakin berkurang.

Walaupun Thucydides menerangkan kehadiran wabak selepas peristiwa teruk itu, dia sempat menghitung kematian pesakit wabak: 4,400 orang Hoplites (rakyat berketurunan tentera), 300 orang askar berkuda, dan jumlah rakyat biasa yang tidak diketahui bilanngannya.

MENGIKUT PANDANGAN MODEN

Para akademik moden berhujah melebihi konsep sains sendiri kerana Thucydides telah lama memberikan maklumat penting tentang wabak penyakit sampar. Wabak epidemik Typhus dan cacar menjadi peristiwa baru yang menyayat hati, namun sebanyak 30 jenis penyakit telah dikenal pasti.

Thucydides memberikan penerangan naratif wabak penyakit sampar dengan pendekatan berbeza seperti apa yang kita lakukan. Pengajaran yang kita peroleh dari krisis Koronavirus adalah belajar dari pengalaman masa lalu, bukan sekadar membaca karya Thucydides. Y

ang penting, Thucydides memberitahu bahawa negara-kota yang pernah berkuasa juga mengalami krisis wabak yang meninggalkan kesan yang memilukan.

Terjemahan dan olahan dari artikel Thucydides and the plague of Athens – what it can teach us now:
https://theconversation.com/thucydides-and-the-plague-of-athens-what-it-can-teach-us-now-133155

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.