https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Asal Usul Pawang Dalam Tamadun Melayu Menurut Kajian Orang Putih

2,654

William Skeat telah membaca satu kitab bagaimana asal usul pawang Melayu. Dia telah menamakan kitab tersebut sebagai “Introduction To Pawang Book” yang dipercayai menjadi manuskrip yang menjadi bahan rujukan untuk menjadi pawang.

Bahwa ini fasal pada menyatakan surat pawang yang pertama-tama keturunan Nabi ALLAH Adam, dengan berkat ilmu mukjizat Nabi kita Muhammad dengan berkat Dato Kathi Rabun Jalil, yang diam di Madinah yang sembahyang di Kaabah dengan berkat Tok Syeikh Alim Puteh yang bersandar di tiang arash, yang tahu Lokh Mahpar yang menyuratkan dua kali syahadah yang menghadap pintu Kaabah.

Dengan berkat Tok Saih Panjang yang berdiam dinding songsang serta berkat Tok Kuning Malim Jaya yang diam di Gunung Ledang dengan berkat Tok Puteh Sabun Mata yang berdiam di Gunong Berapi Tok Maalim Karimun yang berdiam di Pulau Karimun, dengan berkat Tok Lambang Lebar Daun yang diam di Hulu Palembang, dan berkat Tok Dang Pok Dang Leni, berkat wali ALLAH, dengan berkat Ibu bapa, dengan berkat mukjizat bulan dan matahari dan dengan berkat Sultan Manikam yang diam di Puncha Arash yang memegang sekelian benih Adam dan itulah adanya

Petikan Malay Magic William Skeat

Gimlette (1915) pula menyatakan pula hasil tembualnya dengan Pawang Diraja Kelantan pawang bermula dengan orang yang bernama Akmal Hakim. Akmal Hakim ini panggilan yang lain untuk Lukmanul Hakim.

Menurut Ronald Werner pula yang menemubual pawang kelantan menyatakan Muhammad Salleh pawang pertama yang diketahuinya. nHasil kajian temuramah dengan bomoh di Kedah, Kelantan dan Perak menyatakan Lukmanul Hakim sebagai bomoh pertama di muka bumi. Lukmanul Hakim diberikan ALLAH kitab dan ilmu perubatan lalu diamalkan dan diperturunkan.

Pawang cuaca

Menurut Walter Skeat, terdapat pelbagai jenis pawang Melayu. Antaranya ialah pawang cuaca. Pawang ini pandai dalam mengawal cuaca seperti angin dan hujan. Angin penting pada zaman dahulu kerana orang Melayu belayar untuk pelbagai tujuan antaranya perdagangan, menangkap ikan dan sebagainya. Jadi cuaca seperti angin memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh jika sedang belayar tiada tiupan angin maka jampi akan dibaca

“Marilah Inche, marilah Tuan
Ureikan rambut kau yang panjang lampei”

(Hanya sekerat sahaja jampi saya tulis kerana ianya menyeru nama satu makhluk)

Jika angin terlalu kuat maka satu jampi akan diseru:

“Telor chichak telor mengkarong
Ketiga dengan si labi labi
Panchang ku chachak tengah harong
Angin ribut tidak menjadi
Puteh menjadi kabur
Hitam menjadi arang.”

RUJUKAN:

William Skeat. Malay Magic. 1900

Ronald Werner. Practise Of Bomoh. 1986.

Gimlette. Malay Poison an Charm Cures

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.