Beberapa bulan lepas, Saya telah menerima keputusan ujian DNA yang dibeli dari laman web My Heritage, sebuah syarikat Genealogy yang menawarkan servis ‘ancestry test’ melalui pembelian kit ujian DNA, makmal mereka berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat.

Melalui keputusan yang dipaparkan dalam platform My Heritage, didapati bahawa 1% genetik datang dari kawasan Baltik, Eropah Timur yang merangkumi negara seperti Estonia, Latvia dan Lithuania.

Beberapa orang kenalan yang turut melakukan ujian ini sama-sama mempunyai genetik hampir serupa dengan jumlah kecil dna ‘Baltik’ dalam susunan genetik mereka.

Rupanya genetik Baltik ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan salah satu suku Nomad di Eropah Timur, penutur Bahasa Finno-Ugric ini menduduki kawasan Skandinavia dan juga mendiami di sepanjang pesisir Laut Baltik atau lebih tepat lagi di Teluk Bothia.

(Penafian: Artikel ini tidak ditaja oleh My Heritage dan kenyataan di atas adalah bersifat teori melalui data kualitatif dan perkongsian maklumat, bukan berdasarkan penyelidikan empirikal)

Jadi Siapakah Orang Sámi Ini?

Asal-Usul Orang Sámi

Orang Sámi merupakan suku Nomad yang mendiami kawasan paling Utara di Eropah. Selama beribu-ribu tahun mereka hidup di kawasan yang dipanggil Sápmi, wilayah yang meliputi negara-negara Skandinavia seperti Norway, Sweden dan Finland.

Dari segi bahasa, agama, budaya orang-orang Sámi jauh berbeza dengan kumpulan etnik Skandinavia yang lain; namun corak penempatan dan gaya hidup juga boleh berbeza-beza di kalangan orang Sámi.

Nenek moyang etnik Sami dipercayai berasal dari suku Samoyed/Nenets yang datang dari Utara Arktik Rusia sebelum berpindah ke Barat.

Antara seni ukiran petroglif termasuk motif Zoomorph berbentuk Rusa, Bot, dan ukiran bersifat ‘antropomorfisme’(atribusi sifat manusia) menunjukkan bahawa nenek moyang orang Sámi tinggal di sepanjang Pantai Lautan Artik di Utara Norway 10,000 tahun yang lalu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Ukiran Petroglif

2.000 tahun yang lalu, orang Sámi mendiami semua kawasan yang kini dikenali sebagai Finland. Dokumen tertua mengenai orang Sámi bertarikh 98M oleh Ahli Sejarah Rom, Tacitus , di mana mereka dirujuk sebagai ‘pemburu fenni’ di Utara.

Tacitus menggambarkan mereka dengan pakaian berbulu, mengembara dengan Ski dan memburu rusa demi kelangsungan hidup .

Dokumen Cina pada 500 Masehi juga menyatakan kewujudan kumpulan masyarakat yang tinggal di kawasan Sápmi yang menggunakan haiwan Rusa sebagai pengangkutan.

Berikutnya, etnik Sámi turut muncul pada abad 555 Masehi dalam catatan Yunani, Ahli Sejarah Yunani, Procopius menggelar mereka sebagai ‘Scandinavia Thule’.

Secara tradisi, Bahasa Sami hanya digunakan secara lisan dan mereka tidak mempunyai tulisan, maka kebanyakan dokumen sejarah yang membincangkan mengenai orang Sami direkod oleh bangsa lain.

Orang Sami Dan Rusa Kutup

Identiti Sámi Dan Kepentingan Bahasa Mencerminkan Gaya Hidup

Orang Sámi, juga dikenali sebagai Sami dan Saami, sebelum ini dikenali sebagai Lapps dan Laplanders sama seperti perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada banyak budaya purba, istilah ini telah menjadi lapuk (dan kurang tepat dari segi politik).

Dalam bahasa Skandinavia moden “Lapp” bermaksud ‘tampalan; dan dengan itu ia mencadangkan bahawa identiti orang Sami sebagai puak yang memakai pakaian bertampal(pakaian berbulu?).

Walau bagaimanapun Laplander tidak cukup tepat kerana ada masyarakat bukan dari etnik Sami yang tinggal di kawasan Lapland. Perkataan Sámi sendiri berasal dari Proto-Finnic dan secara kebiasaanya diterjemahkan kepada “tanah”.

Bahasa Sámi kaya dengan perbendaharaan kata untuk perkataan yang berkaitan dengan alam semula jadi dan alam sekitar, dengan istilah yang tepat menerangkan unsur-unsur seperti tanah, air dan salji.

Kepercayaan Dan Kehidupan Harian Tradisional dalam Masyarakat Sámi

Agama tradisional Sámi adalah Paganisme Politeistik. Disebabkan oleh keluasan Sápmi yang luas, terdapat perbezaan yang dilihat dalam aspek kehidupan masyarakat beragama dan tidak beragama. Walau bagaimanapun, kepercayaan tertua dikaitkan dengan Animisme dan hubungan rapat dengan ‘natural’ bumi, seperti yang digambarkan dalam ‘ancestral rock art’.

Falsafah Kosmologi Puak Sami Mengenai Dunia Atas, Tengah Dan Bawah

Pegangan Panteisme yang kuat dalam kehidupan sehari-hari adalah elemen utama kerohanian tradisional Sámi.

Masyarakat Sámi terdiri daripada Siida (kumpulan keluarga) yang tinggal dan berkongsi sumber semula jadi. Seorang siida diketuai oleh individu tertua dalam kumpulan itu, tanpa mengira jantina. Pemimpin siida mengawal semua aspek kehidupan seharian – menentukan bila kumpulan mereka akan bergerak, menentukan kawasan memancing dan perkara-perkara lain melibatkan sosial.

Jadi Apa Kaitan Dengan Melayu?

Setakat ini tidak ada kajian rasmi mengenai hubungan antara Melayu dan Sámi, namun secara data kualitatif yang diperoleh melalui carta, perkongsian maklumat dan keputusan genom mendapati terdapat persamaan susunan genetik pada sebilangan genetik Melayu moden. jika lebih ramai orang Melayu mengambil ujian DNA, mungkin lebih besar peluang untuk melihat hasil keputusan yang signifikan untuk merumuskan teori ini.

Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.