Baru-baru ni viral satu kulit depan buku yang ditulis pada tahun 1919 bertajuk “Malaysia”. Jadi ramai pun terkejut sebab ramai duk ingat nama Malaysia cuma wujud selepas tahun 1963.

1. Nama “Malaysia” dah wujud lama dah, paling awal ialah tahun 1835 dalam peta yang dilukis oleh Thomas G. Bradford, seorang ahli geografi US. “Malaysia” ialah versi Bahasa Inggeris istilah “Malaisie” yang dicipta oleh Jules Dumont d’Urville, seorang pelayar berbangsa Perancis pada 3 tahun sebelum itu.

2. Apa yang dimaksudkan sebagai “Malaisie” ialah “Kepulauan Melayu” yang merangkumi pulau-pulau Sumatera, Singapura, Jawa, Borneo, Filipina, Sulawesi, Maluku dan Nusa Tenggara. Tanah Melayu ialah semenanjung, bukan pulau, jadi ia bukan sebahagian daripada “Kepulauan Melayu” atau “Malaysia”.

3. Kenapa dinamakan sebagai “Kepulauan Melayu”? Sebabnya bacalah sendiri apa yang omputih ni tulis:

“Malaisia (Fr. Malaisie), or the Malay Archipelago … derives its name from the circumstances that the inhabitants, for the most part, belong to the great Malay Race” (Thomas Baldwin, A Universal Pronouncing Gazetteer, 1854, halaman 354)

“All ethnic regions should be named from the tribes that inhabit them … Thus by Malayu-Land I understand all districts, whether geographically united or not, that are possessed by communities of Malayu, and by Malays and Malayus I understand men of the Malayu race and language” (The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, Vol. 4, 1850, halaman 277)

So basically omputih dulu panggil manusia dekat this whole region (Tanah Melayu, Indonesia, Filipina) sebagai “Melayu”. Mau mengamuk ra’ayat Malaysia Baharu kalau ada orang buat demikian hari ini. Dan this whole region namanya kalau yang pulau, “Malaysia”, yang semenanjung, “Malaya”.

Lepas penjajah semua sudah berambus, negara-negara di sini masing-masing pasang niat nak bina “superstate” yang merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu dan dinamakan sebagai Malaysia. Antara negara yang pernah cuba buat demikian ialah Filipina ketika kepimpinan Manuel Quezon (1935-1944).

Soekarno kurang minat dengan nama “Malaysia”, dia lebih suka istilah “Indian Archipelago” (Kepulauan India) atau singkatannya “Indonesia” dan mahu membina “Indonesia Raya” yang merangkumi Borneo. Jadi apabila Tunku memasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan baharu yang bernama “Malaysia”, Soekarno rasa macam kena sailang dan dia mengisytiharkan “Ganyang Malaysia”.

So kalau ada orang memandai kata nama Malaysia dah tak ada kena mengena dengan identiti Melayu, kasi ketuk sikit kepala dia suh dia diam-diam dan kaji sejarah dulu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.