Seperti dalam rencana aku sebelum ini, daftar nama raja-raja Jawa dapat ditelusuri kerana ada jumpaan prasasti/piagam yang puluhan jumlahnya, jika tak ratusan.

Hari ni aku nak kongsikan sebuah lagi prasasti yang dikeluarkan oleh raja Kediri yang bernama Sri Gandra, nama raja ni seakan-akan ‘bastard’ King Robert I Baratheon dalam cerita epik Game of Thrones… tapi tu Gendry, bukan Gandra.

Prasasti Jaring yang bertarikh 19 November 1181 (atau tahun saka 1103) ditemui di Kembarangum, Sitojayan, dalam kabupaten Blitar. Kabupaten ni daerah kalau di Malaysia. Prasasti yang beraksara dan berbahasa Jawa kuno ini ada disebut oleh Stamford Raffles dalam History of Java II.

Seperti juga kebanyakan prasasti yang ditemui sebelum ini, Prasasti Jaring adalah sebuah prasasti yang berkisar tentang penganugerahan desa siwa swtantra atau desa perdikan. Biasanya, penduduk kampung yang berbakti kepada raja akan dilepaskan daripada membayar pajak/cukai dan diberi kelebihan-kelebihan lainnya. Anugerah ini dipahat pada prasasti dan diletakkan dalam kampung tersebut.

Jika prasasti ni sama seperti yang lainnya, apa yang unik sangat?

Bahagian ni yang unik! Tahukah kalian yang Hayam pada nama Raja Hayam Wuruk merujuk kepada “ayam”, Gadjah pada Patih Amungkubumi Gadjah Mada merujuk kepada “gajah”, Kebo pada Kebo Anabrang pula merujuk kepada “kerbau”. Nama-nama yang merujuk kepada haiwan ini amat popular dan banyak ditemui dalam catatan-catatan kuno era Majapahit, bermula dari tahun 1293. Banyak lagi nama-nama yang merujuk kepada haiwan seperti Lembu Sora, Maesa Nabrang, Kudo Kudrono, Gadjah Biru, Mahisa Taruna dan banyak lagi. Malah, ‘ayah’ Ken Arok pengasas kerajaan Singosari pun bernama Gadjah Para.

Kalau nak tahu, Prasasti Jaring adalah bukti pertama sumber primer sejarah yang mencatatkan begitu banyak nama “pegawai tinggi kerajaan” yang bertemakan haiwan. Antara nama-nama yang tercatat dalam prasasti ini adalah seperti Macan Kuning, Menjangan (kijang), Lembu Agra dan banyak lagi.

Sri Gandra bukanlah seorang raja Kediri yang terkenal kerana tak banyak tinggalan prasasti atau naskhah kuno yaNg menceritakan perihal beliau, tetapi Prasasti Jaring yang dikeluarkan beliau ada kepentingannya dalam pengkisahan sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.